Selasa, 15 Mac 2011

DUN PENGKALAN KUNDOR

DUN PENGKALAN KUNDOR


Diari YB: Seminar PBT

Posted: 14 Mar 2011 06:39 PM PDT

Buat sehingga rakyat dapat rasai perubahan dalam PBT
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR


 ALOR SETAR, 14 Mac – Pihak berkuasa tempatan (PBT) mestilah memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk dalam pelbagai perkara sehingga rakyat dapat merasai perubahannya berbanding dahulu.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi, setiap Ahli-ahli Majlis PBT perlulah melihat tanggungjawab mereka dalam menjaga kawasan masing-masing.
"Susunan setiap Ahli Majlis PBT yang kita buat sudah cukup baik dan kita kena pastikan warga yang ada dalam PBT berpuas hati dengan apa yang kita buat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar PBT anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah sempena Sambutan 3 Tahun Kedah Sejahtera di Hotel Seri Malaysia,di sini.

Seminar anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu turut dihadiri oleh Ahli-ahli
Majlis PBT dalam usaha membincangkan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan
oleh setiap Ahli-ahli Majlis PBT.

Phahrolrazi memberitahu, masalah kebersihan seperti longkang, parit dan rumput perlulah diberikan perhatian oleh setiap Ahli-ahli Majlis PBT dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
"Inilah antara peranan yang lebih berkesan yang perlu dimainkan oleh setiap Ahli-ahli Majlis PBT yang mewakili rakyat dalam kawasan masing-masing," ujarnya.

Beliau menjelaskan, PBT diwujudkan dalam satu akta untuk melaksanakan undang-undang kecil dan penguatkuasaan dan peranan ketua-ketua jabatan juga amat diperlukan dalam usaha bersama-sama membantu PBT.

"Apa yang kita ketahui, loji rawatan kumbahan sudah diswastakan di bawah Indah Water yang
menguruskan sistem pembentungan sisa pepejal di setiap kawasan perumahan di negeri ini,"
dari kiri: YB Dato' Phahrolrazi,YB Lee Guan aik
dan YB Nasir Mustafa
katanya.

Tambahnya, isu kebersihan terutama yang berlaku di kawasan perumahan perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya agar masalah itu dapat ditangani dengan sebaiknya.

"Masalah peniaga juga perlulah diberikan perhatian terutama dari segi kebersihan dan lokasi perniagaan agar mereka dapat berniaga dengan baik dan sempurna," jelasnya.


Beliau berharap agar setiap PBT dapat memainkan peranan masing-masing sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri untuk melihat usaha dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh setiap PBT di negeri ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang