Selasa, 15 Mac 2011

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) Kurang Kepakaran Dalam Memutuskan Hukum

Posted: 15 Mar 2011 06:44 AM PDT

15 Mac - Kegagalan Majlis Fatwa Negeri Terengganu untuk memutuskan hukum mengadakan pameran mistik di Dataran Syah Bandar yang bakal diadakan pada bulan depan menunjukkan tahap keilmuan syariah yang semakin mundur di negeri Darul Iman, di mana pakar-pakar hukum syara' Majlis Fatwa Negeri terpaksa bergantung sepenuhnya kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam penentuan hukum syara' bagi perkara tersebut.

Adalah sangat malang bagi Negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal sebagai serambi Madinah dengan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Syeikh Abdul Malek (Tokku Pulau Manis), Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Tok Ku Paloh, Syeikh Duyung dan Tuan Guru Haji Abbas, sudah tidak mampu meneruskan kegemilangan tradisi keilmuan Islam di negeri yang pernah diperintah oleh Sultan Zainal Abidin III yang terkenal dengan perlaksanaan hukum-hukum Islam.

Apa yang mengecewakan ialah hukum yang gagal diputuskan itu bukanlah mengenai perkara yang melibatkan teknologi perubatan, teknologi pemakanan atau akad-akad perniagaan semasa yang kompleks tetapi lebih kepada fatwa untuk mendidik masyarakat daripada mempercayai perkara tahyul dan membuat penjelasan yang perkara-perkara ghaib yang sepatutnya diimani secara tulus tanpa dicampur adukkan dengan unsur khurafat. 

Mungkin ada masanya kecenderungan politik tokoh-tokoh tertentu seperti Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dan Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri Terengganu patut diketepikan oleh Majlis Fatwa Negeri, bagi meningkatkan kepakaran syariah yang dimiliki oleh badan  itu dalam perkara-perkara tertentu.



Malaysiakini melaporkan.Klik.


Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) masih belum dapat memberi kata putus mengenai cadangan sebuah syarikat mengadakan pameran mistik di Dataran Shahbandar di Kuala Terangganu pada bulan depan.

Ahli Jawatankuasa MFNT Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Dr Alias Abdullah petang semalam.

"Saya maklumkan keputusan mesyuarat itu, jawatankuasa MFNT tidak membuat keputusan yang muktamad dan perkara itu (pameran) kita bawa kepada Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskannya," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Ujian Hafazan Al-Quran peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Muhamad Ramli Nuh.

Pada ujian itu seramai 18 peserta telah bertanding dalam tiga kategori hafazan Al-Quran iaitu satu juzuk hingga 10 juzuk, satu juzuk hingga 20 juzuk dan satu juzuk hingga 30 juzud untuk memilih peserta dari Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan depan.

Shaikh Harun yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata, pameran mistik itu merupakan satu perkara baru di mana didapati ada imbasan berkaitan dengan larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini.

"Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini tidak membenarkan pameran berhubung dengan perkara-perkara mistik seperti keranda, jin, syaitan dan perkara-perkara lain oleh syarikat berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pameran seumpama itu merupakan pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia di mana sebelum ini pernah diadakan di negara Brunei Darussalam.

"Jadi kita kembalikan perkara ini kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan memang wajar serta relevan sekali pihak kebangsaanlah yang akan mengeluarkan kata putus mengenai pameran itu," katanya.

Shaikh Harun berkata, Dr Alias selaku Mufti kerajaan Terengganu akan membawa perkara ini ke persidangan mufti-mufti seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Katanya, Dr Alias akan berbincang terlebih dahulu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urusetia dan diharap persidangan itu diadakan secepat mungkin.

FITNAH ‘PEGAWAI ADUN KHALWAT- USTAZ MOHD NOR BUAT LAPORAN POLIS

Posted: 14 Mar 2011 09:42 AM PDT

YB Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Hassan dengan laporan polis.


KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis, berikutan berita fitnah disiarkan akhbar Berita Harian pada Isnin, 14 Mac 2011. yang bertajuk 'Pegawai ADUN mengaku khalwat'.

Laporan polis tersebut terpaksa dibuat pada jam 3.15 petang di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu setelah Balai Polis Kuala Terengganu tidak dapat menerima laporan kerana mengalami masalah talian internet.

Ketika ditemui media selepas membuat laporan, Ustaz Mohd Nor berkata laporan tersebut dibuat kerana berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut berunsur fitnah serta memalukan dirinya sebagai wakil rakyat.

Beliau meminta pihak polis supaya segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

"Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

"Kita (PAS) minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya.

Menurutnya, beliau rasa kesal dan malu kerana akhbar yang melaporkan berita tersebut telah mengaitkan beliau selaku Adun Bukit Payung dengan fitnah khalwat yang dilaporkan, telah dilakukan oleh 'Pegawai Adun Bukit Payung'.

"Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

"Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu menafikan beliau kenal dan tidak ada kaitan dengan orang yang disebutkan oleh akhbar tersebut sebagai 'Md Din Jusoh'

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

"Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya. 

Tiada ulasan:

Nuffnang