Rabu, 10 Julai 2013

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


10 Jul 2013: Jawapan Bertulis Soalan Parlimen [MENTERI PENDIDIKAN]

Posted: 10 Jul 2013 02:54 AM PDT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN
DARIPADA : Puan Nurul Izzah binti Anwar

[ Lembah Pantai ]

TARIKH : 10 Jul 2013 (Rabu)
SOALAN : 10. PR-1311-L54453
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan

(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.

JAWAPAN

(a) dan (b)

Tuan Yang di-Pertua,

Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM. Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh Kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan. Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara Kementerian dan graduan yang terlibat.

Tiada ulasan:

Nuffnang