Rabu, 10 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Merempat belakang medan selera

Posted: 10 Jul 2013 02:23 AM PDT

Foto
1 Ramadhan1434 H. [MOD] -


Kuantan: Ramadan yang disambut umat Islam hari ini sepatutnya membawa kegembiraan, namun ia tidak dirasai empat beranak yang terpaksa hidup merempat di belakang sebuah medan selera di Lapang Besar, di sini, selepas rumah sewa didiami mereka selama 22 tahun terpaksa dikosongkan untuk projek pembangunan.

Itu realiti terpaksa ditempuh Rosli Abdul Ghani, 49, dan isterinya, Salbiah Mohammid, 47, yang sudah sebulan hidup bergelandangan di belakang medan selera berkenaan kerana ketiadaan tempat tinggal selain tidak mampu mencari rumah baru akibat kesempitan hidup.
Lebih memilukan anak pasangan itu, Amirul Azhar, 14, dan Shamil Al Muhaimi, 8, masing-masing belajar di Sekolah Pendidikan Khas Indera Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau, di sini, sudah dua minggu tidak ke sekolah kerana yang masalah dihadapi ibu bapa mereka.


Kesedihan tidak dapat disembunyikan dari wajah empat beranak itu yang apabila terpaksa menempuh kehidupan yang tidak pernah mereka minta apatah lagi pada Ramadan ini.

ROSLI sekeluarga hidup serba daif di belakang medan selera.


Rosli yang mencari rezeki sebagai nelayan berkata, dia hanya mahukan rumah yang selesa untuk anak dan isteri menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

metro/-

PAS cadang rayu petisyen Dun Selising

Posted: 10 Jul 2013 02:07 AM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Zamani Abdul Rahim hari ini menolak petisyen difailkan PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selising.



Ekoran itu peguam Hanipa Maidin (gambar) berkata, PAS bercadang mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan hakim tersebut.  

Manakala bantahan awal dikemukakan PAS terhadap petisyen kawasan parlimen Bachok, Dun Gaal dan Dun Jelawat juga ditolak dengan kos kerana dianggapnya tidak ada merit. 



Hakim menetapkan kos sebanyak RM30,000 bagi setiap satu petisyen.



Bagaimanapun Hanipa meminta dikurangkan jumlah tersebut, lebih-lebih lagi sekarang sempena bulan Ramadan dan hakim terbabit juga pertama kali mengendalikan kes petisyen.



Ekoran itu hakim menetapkan 12 hingga 15 dan 18 hingga 22 Ogos bagi pembicaraan petisyen parlimen Bachok dan Dun Jelawat. 



Manakala bagi Dun Gaal pula ditetapkan perbicaraan pada 1 hingga 5 September.



Sebelum ini PAS memfailkan petisyen bagi Dun Selising, Air Lanas dan Kok Lanas, manakala PKR bagi parlimen Machang dan Ketereh. 



BN pula memfailkan petisyen bagi Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Dun Gaal, Dun Mengkebang dan Dun Manek Urai.



Pada pilihan raya umum lalu Dun Selising dimenangi BN dengan majorit1 104 undi. Dun Air Lanas juga dimenangi BN majoriti 47 undi dan Dun Kok Lanas (BN) 169 undi. 



Parlimen Machang dan Ketereh pula dimenang BN. Parlimen Bachok, Dun Jelawat, Gaal, Mengkebang dan Manek Urai dimenangi PAS.



Barisan peguam PAS diketuai Hanipa turut disertai beberapa lagi peguam termasuk Hisham Fauzi, Zulkifli Alawi, Rashid Mohamad, Firdaus Mohd Yusof, Ahmad Mustaki, Sharuddin Mohamad dan Mumtaza Mohd Mokhtar.



Manakala Datuk Mohd Hafarizam Harun, Abu Bakar, Nor Azli Ahmad, Alias Mohd Nor dan Rohana Ariffin mewakili Umno.



Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili Azizan Arshad.



Perbicaraan hari ini juga menyaksikan perdebatan antara Hisham dan peguam mewakili Umno. Hafarizam membantah kehadiran Sivarasa, Latefa Koya dan Hafeez sebagai peguam PKR bagi petisyen parlimen Machang.



Hafarizam menyifatkan tiga peguam terbabit tiada autoriti kerana tidak dilantik pada peringkat awal ketika petisyen dikemukakan.



Namun hujah itu dibantah Hisham yang menyifatkan Sivarasa sepatutnya diberi peluang berhujah memandangkan pempetisyen ada hasrat melantik mereka.



Hakim kemudian membuat keputusan menerima bantahan tersebut dan Sivarasa tidak ada hak untuk mewakili pempetisyen.



Hakim juga menetapkan pada 8 hingga 12 September bagi mendengar bantahan awal petisyen parlimen Machang dan perbicaraan kes berkenaan sekiranya bantahan awal ditolak.


harakah/-

Maut jatuh jejambat

Posted: 10 Jul 2013 01:24 AM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

Foto
Georgetown: Seorang lelaki maut apabila tercampak dari jejambat dengan ketinggian hampir 10 meter, manakala rakannya pula hancur kaki kanannya selepas terbabit dalam satu kemalangan di Batu Lanchang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa juga pembonceng, Tang Wooi Hang, 30, maut di lokasi kejadian apabila mengalami kecederaan parah di kepala, manakala rakannya yang menunggang, Yeap Ghee Leong, 37, hancur kaki kanan.

Difahamkan, pemandu kereta melanggar kedua-dua mangsa terbabit sempat pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kemalangan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


Menurut sumber, ketika kejadian dua sahabat terbabit yang menaiki motosikal dalam perjalanan menuju ke Jalan Hamilton, bagaimanapun sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan dan merempuh mereka.
MAYAT mangsa yang maut selepas tercampak dari jejambat dengan ketinggian kira-kira 10 meter di Batu Lanchang, semalam.


"Akibat rempuhan kuat itu, mangsa melambung dan tercampak ke bawah jejambat menyebabkan kepalanya terhentak di jalan raya, manakala rakannya pula hancur kaki kanan dipercayai digilis tayar kenderaan itu.
metro/-

Ikon bola sepak Lionel Messi sertai kempen WeChat

Posted: 10 Jul 2013 01:17 AM PDT

1 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: WeChat, aplikasi komunikasi sosial mudah alih utama, telah melepasi 70 juta akaun pengguna berdaftar.
Bagi meningkatkan lagi momentum pertumbuhan yang kukuh, WeChat mengumumkan kempen global baharu yang memaparkan bintang bola sepak, Lionel Messi, yang turut menyertai kumpulan pemuzik, artis, ikon fesyen dan orang kenamaan, untuk berkongsi pengalaman WeChat mereka dengan peminat dan pengikuts

Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Tencent, Poshu Yeung, berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat teruja setelah mencapai 70 juta akaun pengguna berdaftar dalam masa yang singkat.
"Sebagai bintang bola sepak dan pengguna WeChat, Messi adalah personaliti yang sesuai untuk membantu kami terus meningkatkan kesedaran dan menyampaikan manfaatnya. "
Tencent adalah syarikat di sebalik aplikasi WeChat.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif global baharu ini, peminat boleh mengikuti akaun WeChat rasmi Messi, "MessiOfficial" yang akan termasuk video, mesej suara dan gambar daripada Messi.
WeChat secara konsisten menjadi aplikasi sosial mudah alih yang paling dimuat turun di banyak negara termasuk Malaysia, India, Mexico dan Filipina.
Popular di WeChat adalah berbual melalui suara dan video, berbual berkumpulan dan ciri-ciri berasaskan lokasi. - BERNAMA

Rafah masih ditutup, sukarkan warga Palestin

Posted: 10 Jul 2013 01:00 AM PDT

1 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MESIR: Hari ini masuk hari kelima pintu di sempadan Rafah ditutup oleh tentera Mesir selepas menjatuhkan Presiden Dr Muhammad Morsi melalui rampasan kuasa minggu lalu.


Akibat penutupan itu, ratusan warga Palestin di wilayah Mesir berkumpul dan berkampung di pintu tersebut menunggu ianya dibuka untuk ke Gaza.

Ianya termasuk para pesakit yang memerlukan rawatan segera di Hospital Mesir.



Perkara itu disahkan Menurut pegawai kementerian kesihatan Palestin, Dokter Asyrof kepada media.



"Setiap hari, puluhan warga Palestin yang menderita sakit menunggu dibukanya pintu perlintasan Rafah, agar mereka dapat segera berubat di Hospital Mesir atau tempat lainnya," katanya.



Sementara itu, Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Gaza Islam Shahwan berkata, perbincangan sedang dilakukan antara pihak Palestin dengan Mesir untuk membuka kembali pintu Rafah.



Bagaimanapun katanya, tiada perjanjian rasmi untuk membukanya kembali dan pihak tentera Mesir memberi alasan penutupan tersebut atas faktor keselamatan.



Tentara Mesir menutup pintu Rafah pada hari Jumat lalu, iaitu dua hari setelah tentera membuat rampasan kuasa terhadap kerajaan pimpinan Presiden Morsi.



Ketika Morsi ditampuk kuasa hampir setahun sebelum ini, pintu Rafah dibuka bebas untuk rakyat Palestin mendapatkan keperluan dan perlindungan.



Pintu sempadan ini ditutup sepanjang 32 tahun Hosni Mubarak berkuasa.
harakahdaily/-

Warga MTT demo bantah tentera rampas kuasa Morsi

Posted: 10 Jul 2013 12:37 AM PDT


1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Seramai 600 warga Ma'ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman terdiri daripada pelajar dan gurunya berdemonstrasi secara aman sebagai tanda solidariti kepada Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi yang diguling oleh tentera.


Kumpulan warga MTT tersebut menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir serta mendesak kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan kudeta boneka Amerika.

Mudir MTT, Ustaz Muzaihar Kamal Mustafa Kamal mendesak agar kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf kerajaan kudeta tajaan Amerika di Mesir.



Katanya, rampasan kuasa kerajaan oleh tentera Mesir yang bersekongkol dengan pihak barat tidak dapat diterima oleh masyarakat dunia.



Sebab itu, kata Muzaihar seluruh umat Islam yang prihatin termasuk di negara ini wajar menentang konspirasi tersebut.



"Kami, warga MTT terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan sekolah amat tidak bersetuju dan menentang tindakan rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan Islam Mesir di bawah Dr Mohamed Morsi.



"Ini tanda solidariti kita terhadap umat Islam dan jamaah Islam Ikhwanul Muslimin di Mesir yang sedang dibunuh dan dizalimi oleh pihak yang memusuhi Islam," tegasnya ketika berucap di hadapan para pelajar yang berdemonstrasi secara aman di pekarangan MTT, Kampung Tok Jiring, hari ini.



Menurutnya, seramai 600 pelajar, guru dan kakitangan MTT menyertai demontrasi aman itu sebagai tanda solidariti kepada Ikhwanul  Muslimin di Mesir.



Pada perhimpunan tersebut pelbagai sepanduk  dipamerkan antaranya 'Kami bersama Presiden Mesir yang sah…Dr Morsi', 'Kembalikan Hak Rakyat', 'Ya Allah…Selamatkan Umat Islam Mesir'.



Antara pimpinan PAS yang hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling.


harakah/-
.

7 khasiat kurma yang patut anda tahu

Posted: 09 Jul 2013 11:55 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -


Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
"Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan" (Surah al-Mukminah : ayat 19)

"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah', dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu." Sabda Rasulullah SAW.

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5 peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63 peratus majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4 peratus sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1. Paling cepat diproses dan diserap, sekali gus memberikan tenaga segera.
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan "tenaga segera" yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air." Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang "lambat untuk dicerna" seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2.  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3.  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak," (Surah Maryam : ayat 25)

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5. Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah RA, "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

6. Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

http://detikislam.blogspot.com

PAS menang PRK buka lembaran baru tuntut royalti

Posted: 09 Jul 2013 11:16 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

KUALA BESUT: Sekretariat Mengembalikan Royalti Minyak Terengganu (R Terengganu) menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS berkampung di Kuala Besut bagi menghadapi Pilihan Raya Kecik (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengarah Sekretariat Royalti bagi PRK Kuala Besut, Naraza Muda berkata, PRK Kuala Besut merupakan talian hayat kepada R Terengganu untuk meneruskan tuntutan ke atas royalti petroleum Terengganu.


Menurut beliau, seluruh ahli harus menyedari bahawa PRK Kuala Besut amat penting kerana jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang tergantung iaitu 16:16 menjadikan BN dalam keadaan bahaya.



"Saya merayu seluruh penyokong khasnya rakyat Terengganu supaya memerah keringat, memberi sokongan sama ada dalam bentuk buah fikiran atau secara zahir.



"Kemenangan PAS di Kuala Besut akan membuka satu lembaran baru kepada aktivis menuntut minyak dan gas dikembalikan kepada rakyat yang pasti tidak diambil perhatian oleh Kerajaan Terengganu bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat R Terengganu di Jerteh, hari ini.



Naraza juga berkata, selepas penubuhan R Terengganu enam bulan lalu, Ahmad tidak memberi respons berhubung tindakannya menarik balik saman Kerajaan Terengganu ke atas Petronas dan Kerajaan Pusat.



Saman tersebut dikemukakan Kerajaan PAS di bawah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dahulu.



Bagaimanapun, Ahmad menarik balik saman pada 20 Mac tahun lalu.



"Menteri besar tidak memberi respons walaupun satu ayat tentang royalti sebab dia antara yang terlibat secara langsung menarik balik saman yang dibuat kerajaan PAS dahulu.



"Nilaian pendapatan petroleum pasti akan bertambah dan lebih besar. Jika kini RM18 bilion, saya yakin hasil ini akan bertambah dan sehingga kini mekanisma pembayaran masih lagi kabur menyebabkan rakyat Terengganu kehilangan satu hak yang pastinya milik mereka apatah lagi pertikaian blok PM307 di Pahang," katanya.



Selan itu tegasnya, kemenangan PAS di Kuala Besut akan memungkinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah satu kerusi Dun bagi memastikan tiada jumlah kerusi genap seperti yang dicadangkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.



Karpal baru-baru ini berkata, SPR patut menambah sekurang-kurangnya satu kerusi Dun di negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap.



Negeri lain yang mempunyai jumlah DUN genap ialah Pulau Pinang (40), Kedah (36), Pahang (42), Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Melaka (28), Johor (56) dan Sabah (60).



Hari pengundian ditetapkan pada 24 Jula ini manakala hari penamaan calon pada 12 Julai. 



PAS meletakkan ahli perniagaan, Azlan Endut @ Yusuf yang juga Bendahari PAS Kawasan Besut sebagai calonnya.


harakahdaily.net

MENGHIDUPKAN BULAN RAMADHAN

Posted: 09 Jul 2013 09:22 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengistimewakan bulan Ramadhan dari bulan-bulan lainnya dengan berbagai keutamaan. Maka sepatutnya kita menyambutnya dengan taubat nasuha dan tekad meraih kebaikan sebayak-banyaknya di bulan suci ini. Berikut kiat-kiatnya: 

1. BERPUASA DENGAN BENAR, 

"Barangsiapa berpuasa karena keimanan dan semata-mata mengharap pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu."(HR.al-Bukhari dan Muslim). 
(a).Menjauhi kemaksiatan, perkataan dan perbuatan sia-sia. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam :

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامة وشرابه 


"Barangsiapa yang tidak menahan diri dari ucapan dusta dan perbuatan buruk maka sedikitpun Allah tidak sudi menerima puasanya meskipun ia menahan diri dari makan dan minum."(HR.al-Bukhari). 

(b). berniat pada malamnya, mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka dengan membaca do'a berbuka:

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله 


"Telah hilang rasa haus dan urat-urat telah basah serta pahala akan teta, Insya Allah."(HR. Abu Dawud). 

2.SHALAT TARAWIH. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam

"Barangsiapa menunaikan qiyamullail pada bulan Ramadhan, karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. al-Bukhari dan Muslim).

من قام مع إمامه حتى ينصرف كتب له قيام ليلة 


"Siapa saja yang shalat Tarawih bersama iman hingga selesai, akan ditulis baginya pahala shalat semalam suntuk." (HR. Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah) 

3. BERSHADAQAH. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang sangat dermawan; kebaikan dan kedermawanan beliau pada bulan ini melebihi angin yang berhembus. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

أفضل الصدقة صدقة في رمضان 


"Seutama-utama shdaqah adalah pada bulan Ramadhan." (HR. At-Tirmidzi).
Shadaqah ini di antaranya adalah: 

(a). Memberi makan. Para salafus Shalih senantiasa berlomba-lomba dalam memberi makan kepada orang lapar dan yang membutuhkan. Nabi shallahu 'alaihi wa sallambersabda: 
"Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi makan saudarnya sesama mukmin yang lapar, niscaya Allah akan memberikannya buah-buahan Surga. Siapa saja di antara orang mukmin yang memberi minum saudaranya sesama mukmin yang haus, niscaya Allah akan memberinya minuman Rahiqul Makhtum." (HR.at-Tirmidzi dengan sanad hasan). 

(b).Menyediakan makanan berbuka. Sabda Nabi shallahu 'alaihi wa sallam

من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئ 

"Barangsiapa menyediakan makan berbuka bagi orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapatkan pahala seperti orang yang berbuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun."
(HR.at-Turmidzi, hasan shahih). Dalam riwayat lain dikatakan: "....menjadi penghapus dosanya dan menjadi pembebas dirinya dari api Neraka..."

4. BANYAK MEMBACA AL-QUR'AN. 

Malaikat Jibril memperdengarkan al-Qur'an kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan, Utsman bin Affan mengkhatamkannya pada setiap hari Ramadhan, sebagian Salafus Shalih mengkhatamkan setiap 3 malam sekali dalam shalat Tarawih. Imam asy-Syafi'i dapat mengkhatamkan 60 kali di luar shalat dalam bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, para Shahabat dan Shalafus Shalih seringkali menangis tatkala membaca atau mendengar al-Qur'an. 

5. TETAP DUDUK DI DALAM MASJID HINGGA TERBIT MATAHARI. 

"Barangsiapa shalat fajar berjama'ah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari lalu shalat dua rakaat (Dhuha), maka seakan-akan ia mendapat pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna."(HR. at-Tirmidzi, dishahihkan oleh al-Albani). 

6. MENCARI MALAM LAILATUL QADAR, pada malam-malam ganjil di akhir Ramadhan dengan memperbanyak do'a:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني 
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai untuk mengampuni maka ampunilah aku."(HR.at-Tirmidzi). 

"Barangsiapa shalat di malam Lailatul Qadar karena keimanan dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR.al-Bukhari dan Muslim)."Diampuni juga dosa yang akan datang." (dalam Musnad Ahmad dari 'Ubadahradhiyallahu 'anhu). 

7. I'TIKAF, menetapi masjid berdiam di dalamnya dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله. 
"Bila masuk 10 (hari terakhir bulan Ramadhan) Nabi shallallahu 'alaihi wasallammengencangkan kainnya (menjauhkan diri dari menggauli istrinya), menghidupkan malamnya dengan ibadah dan membangunkan keluarganya."(HR.al-Bukhari).
Bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam senantiasa beri'tikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan hingga Allah mewafatkan beliau."(HR.al-Bukhari dan Muslim) 

8. UMRAH DI BULAN RAMADHAN

عمرة في رمضان تعدل حجة، (أو قال) حجة معي 
"Umrah di bulan Ramadhan sama seperti ibadah haji." Dalam riwayat lain: "sama seperti menunaikan haji bersamaku." (HR.al-Bukhari dan Muslim). 

9. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR, DZIKIR DAN DO'A. Terutama di saat sahur, berbuka, hari jum'at dan sepertiga malam terakhir sepanjang bulan Ramadhan. 

Pengundi Kuala Besut Perlu Celup Jari - SPR

Posted: 09 Jul 2013 09:13 PM PDT


1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah baik kaedah penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan mewajibkan pengundi mencelup jari mereka berbanding prosedur yang digunakan sebelum ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu tidak lagi menggunakan kaedah mencalit seperti yang digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
"Sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan terus digunakan dalam PRK Kuala Besut.
"Tetapi kali ini pengundi-pengundi perlu mencelup jari telunjuk kiri mereka ke dalam dakwat kekal," katanya pada Rabu.
Pengenalan prosedur baru ini dibuat berikutan rungutan banyak pihak bahawa kaedah mencalit dakwat kekal pada jari yang digunakan buat kali pertama pada PRU-13 lalu tidak kekal seperti yang dijanjikan.

Sebelum ini Abdul Aziz juga dilaporkan berkata bahawa pihaknya akan menggunakan dakwat kekal baharu yang lebih tahan lama dalam usaha menambah baik penggunaannya.

http://mstar.com.my

Penduduk Kampung Batu 8 Amat memerlukan Bekalan Air Bersih

Posted: 09 Jul 2013 09:05 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

LAMBIR - Kampung Usaha Jaya Batu 8 jalan Miri Bintulu yang terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandaraya Miri masih terpinggir dari arus pembangunan dan kemudahan asas.

Penduduk Kampung Usaha Jaya Batu 8 mengadu yang mereka sudah lama menanti bekalan air bersih untuk disambungkan ke rumah mereka tetapi sehingga kini mereka hanya diberi tangki 1Malaysia sebagai tempat takungan tadahan air hujan.

Walaupun Loji Perawatan Air LAKU (Lembaga Air Kawasan Utara) di Lambir hanya beberapa kilometer saja dari kampung tersebut namum keperluan asas seperti bekalan air bersih masih belum disambung ke tempat kediaman mereka. Cuma yang ada hanya bekalan elektrik dan juga projek jalan desa yang belum siap sepenuhnya.

Perkara ini sudah lama berlaku dan inilah masalah yang sering menjadi persoalan penduduk kampung tersebut mengapa pihak yang berkenaan tidak dapat menyalur bekalan air bersih ke kawasan mereka.

Mereka amat perlukan bekalan air bersih untuk kegunaan harian terutama kepada penduduk Islam yang mengerjakan ibadat puasa dan akan menyambut hari perayaan. Masalah tiada bekalan air bersih kepada penduduk kampung ini akan menjadi lebih sukar apabila berlaku kemarau panjang kerana air hujan yang ditakung dalam tangki tidak mencukupi untuk kegunaan harian.

Disamping masalah bekalan air bersih, keadaan jalan kampung yang masih belum bertar sepenuhnya juga perlu diberi perhatian oleh pihak yang berwajib, walaupun projek jalan desa sudah lama dijalankan tapi masih belum siap sepenuhnya. Keadaan peparitan yang tidak teratur,  jalan tidak rata dan masih ada lopak, seharusnya tidak terjadi sekiranya projek jalan desa dilaksanakan dengan sempurna oleh pihak yang berkenaan.

Setelah BN mencapai kejayaan besar dalam PRU13 yang lalu dan berjanji akan menepati setiap janji, sepatutnya masalah bekalan air bersih di kawasan tersebut dapat diatasi dan diberi keutamaan kerana penduduk di kawasan itu telah memberi sokongan padu kepada kerajaan BN.

Semoga masalah bekalan air bersih dan jalan penduduk Kampung Batu 8 ini dapat diatasi dengan segera oleh pihak yang berkenaan. Dengan adanya bekalan air bersih sekurang-kurangnya ini akan memberi kemudahan kepada penduduk kampung tersebut terutama sekali kepada penduduk yang beragama Islam yang sedang mengerjakan ibadat puasa. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah  menadah air hujan di saat mereka amat memerlukan air untuk kegunaan harian.

Kita mengesa pihak yang berwajib mengambil perhatian dan bertindak segera mengatasi masalah rakyat ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan amat dihargai.

Jofri Jaraiee

PAS Miri, Sarawak

Mekah siap sedia hadapi Ramadhan

Posted: 09 Jul 2013 08:13 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

MEKAH 9 Julai - Sebanyak 3,000 sukarelawan terdiri daripada golongan pemuda Arab Saudi akan memberi bantuan kepada kira-kira 2.5 juta jemaah umrah dan pengunjung di Masjidil Haram sepanjang bulan Ramadan ini.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah memberi bantuan kecemasan, menjadi penunjuk arah dan jurubahasa serta menghantar makanan untuk berbuka puasa, selain menawarkan bantuan lain yang diperlukan.
Seorang sukarelawan, Ibrahim al-Zahrani yang sering membantu menyediakan makanan ketika majlis berbuka puasa di masjid tersebut semasa bulan Ramadan, menyifatkan tugasnya itu sebagai satu penghargaan kepadanya.

Seorang lagi sukarelawan, Mohammad Al-Otaibi yang sering membantu menolak kerusi roda warga emas pula merasa terharu dapat membantu golongan itu menunaikan ibadah umrah.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Mekah telah bersiap sedia untuk memastikan persekitaran yang selamat dan sihat untuk jemaah umrah sepanjang bulan puasa ini.

Datuk Bandar Mekah, Osama al-Bar dalam temu bual dengan Arab News, baru-baru ini berkata, seramai 8,500 pekerja termasuk penyelia, pemandu, tukang sapu dan beberapa petugas lain akan memastikan bandar Mekah sentiasa bersih serta bebas daripada penyakit.

"Sebanyak 350 trak sampah, 170 tong sampah mampat dan 45 tong sampah biasa juga akan diletakkan di sekitar Masjidil Haram," katanya.

Menurut Osama, semua jalan raya dan 55 terowong turut akan dipantau bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar. - AGENSI


Ekspatriat makan, minum secara terbuka akan dihalau - Kerajaan Arab Saudi

Posted: 09 Jul 2013 08:10 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

RIYADH 10 Julai - Kerajaan Arab Saudi semalam menegaskan akan menghalau mana-mana ekspatriat bukan Islam yang didapati makan, minum atau merokok di tempat awam sepanjang bulan Ramadan.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, pekerja asing yang ditangkap berbuat demikian secara terbuka akan dikenakan hukuman setimpal termasuk pembatalan kontrak kerja serta diusir dari negara ini.
"Ekspatriat bukan Islam perlu menghormati kesucian bulan Ramadan dan menjaga perasaan orang Islam yang berpuasa.

"Setiap syarikat atau perniagaan individu perlu memaklumkan peraturan baharu itu kepada pekerja masing-masing," jelas kenyataan itu. - AFP

Angka korban kereta api meletup di Quebec meningkat kepada 15

Posted: 09 Jul 2013 08:07 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -


LAC-MEGANTIC: Pihak berkuasa berkata, jumlah kematian akibat nahas kereta api yang tergelincir lalu meletup di Quebec, hujung minggu lalu kini meningkat kepada 15 orang. 

Dua lagi mayat ditemui hari ini manakala 50 lagi masih hilang. 


Nahas berlaku awal Sabtu lalu menyebabkan kira-kira 50 rumah dan bangunan kediaman di sekitar tempat nahas terbakar. - AFP 

53 cedera letupan bom kereta di Beirut

Posted: 09 Jul 2013 08:07 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -


BEIRUT: Sebuah bom yang diisi dalam kereta meletup di selatan Beirut menyebabkan sekurang-kurangnya 53 cedera di kawasan kubu kuat pengikut Syiah Hezbollah, awal hari ini. 

Seorang saksi memberitahu, letupan berkenaan amat kuat, sehingga mencetuskan panik di kalangan penduduk sekitar. 

"Setiap orang cemas dan mereka lari menyelamatkan diri sebaik letupan berlaku," kata Carole Mansour, pemilik kedai kasut berhampiran kawasan letupan. 

"Asap tebal menyusul selepas itu," kata Mansour sambil menambah sebaik kejadian pengikut Hezbollah yang memakai pakaian awam terus dikerah untuk berkawal di lokasi letupan. - AFP 

Pelajar Malaysia Di Mesir Tersepit Antara Peperiksaan Dan Protes

Posted: 09 Jul 2013 08:05 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

PELAJAR - pelajar Malaysia tahun keempat jurusan perubatan di Universiti Kaherah berada dalam kebuntuan.
Mereka mempunyai satu lagi kertas peperiksaan untuk diduduki tahun ini, tetapi ia sering ditangguhkan kerana protes bantahan pro dan anti-Morsi.
"Pada mulanya peperiksaan untuk kertas forensik dan toksikologi sepatutnya diadakan pada 8 Julai. Kemudian kerana protes, mereka menangguhnya ke 11 Julai, dan kini ia telah ditangguhkan ke 13 Julai.
"Kami masih tidak pasti sama ada peperiksaan akan diteruskan pada 13 Julai kerana pihak universiti memberitahu kami supaya memeriksa dengan mereka pada hari Jumaat (12 Julai)," kata Ahmad Kamil Ahmad Fahmi, pelajar tahun empat dan Presiden Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia di Kaherah.
Beliau berkata ramai pelajar Mesir di Universiti Kaherah terlibat dalam demonstrasi jalanan dan telah menggesa universiti menangguhkan peperiksaan sehingga selepas Hari Raya, sambil menambah beberapa pelajar Malaysia telah kehabisan wang membeli tiket penerbangan kerana penangguhan itu.
Salah satu kawasan utama di mana penyokong-penyokong pro-Morsi berkumpul adalah berhampiran Universiti Kaherah dan jalan-jalan di luar universiti telah menjadi sasaran serangan maut.
Kereta yang terbakar masih terdapat di sepanjang di jalan-jalan tersebut yang menjadi bukti keganasan seminggu yang lalu.
Kamil berkata pelajar-pelajar Malaysia, termasuk mereka yang belajar di Universiti Kaherah, tinggal di kawasan selamat yang tidak terlalu hampir dengan universiti sambil menambah para pelajar telah mengambil langkah berjaga-jaga.
Abdul Rahim Samad, pelajar tahun kelima dan merupakan presiden pelajar-pelajar Malaysia di Mesir berkata mereka kerap bertemu dengan pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia.
Selain garis panduan ditetapkan bagi pelajar-pelajar, terdapat satu pelan pemindahan jika situasi menjadi buruk.
Beliau berkata, pelajar-pelajar telah diberitahu supaya menyimpan wang tunai di tangan dan menyimpan bekalan makanan untuk seminggu sekiranya ada kecemasan dan mereka tidak dapat keluar.
Pelajar juga digalakkan untuk menjauhkan diri dari kawasan "panas" dan kawasan bantahan selain diberitahu tidak membesar-besarkan tentang apa yang berlaku di Facebook dan Twitter.
"Kami juga memberitahu mereka supaya tidak menyiarkan pendapat politik mereka di Facebook kerana pelajar-pelajar kita mempunyai ramai rakan-rakan dari Mesir di FB dan kita tidak mahu pelajar-pelajar kita menjadi sasaran kerana pandangan mereka.
"Terdapat rakyat Mesir yang telah melabelkan rakyat Malaysia sebagai pro-Morsi, yang boleh menyebabkan masalah dengan pihak lain dan kita mahu mengelakkan perkara ini," kata Rahim, yang cukup bertuah kerana telah selesai kertas peperiksaan terakhir bagi tahun ini.
Nor Sabiha Zakaria, pelajar tahun keempat dan menunggu untuk menduduki kertas terakhir berkata pergerakan pelajar terhad dan mereka tidak banyak keluar seperti yang dilakukan sebelum ini.
Pelajar perubatan tahun ketiga Anis Zakaria, yang telah selesai peperiksaan memilih untuk tinggal lebih lama sedikit di Kaherah kerana sukakan suasana berpuasa dan Ramadan di Mesir.
"Orang-orang Arab sangat baik, sangat sopan dan ramah dengan orang asing. Tuan rumah menghubungi kami dari semasa ke semasa untuk memeriksa keadaan supaya kami baik-baik saja," katanya, sambil menambah dia sentiasa berjaga-jaga jika keadaan semakin buruk.

Jabhah Ulama Al-Azhar desak Syeikhul Azhar letak jawatan

Posted: 09 Jul 2013 08:02 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,10 Jul 2013
MESIR: Penentangan terhadap tentera dan sekutunya yang melakukan rampasan kuasa ke atas Presiden Dr. Mohamad Morsi terus terus meningkat termasuk dari golongan ulama Al-Azhar.

Terbaru, tekanan terus diberikan dan kali ini datang dari kelompok Jabhah Ulamak Al-Azhar iaitu badan terkemuka yang menghimpun ulama' Al-Azhar.
Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush ketika menyampaikan pidato di Dataran Raba'ah malam tadi dengan nada tegas menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Mosi sebagai Presiden dan menolak rampasan kuasa.

Beliau juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib yang menyokong rampasan kuasa yang dikepalai Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi.

Beliau meminta Syaikh Al Azhar meletakkan jawatan serta merta dan menegaskan bahwa Morsi adalah Presiden Mesir yang sah.

Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir.

Sementara itu, seorang lagi ulamak Dr Abdullah Barakat yang merupakan Dekan Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar turut mengecam keras tindakan Syeikh Al-Azhar.

Beliau berkata, Morsi merupakan seorang presiden yang adil, dan Dr.Ahmed Toyyib telah melakukan kesilapan dalam pendiriannya terhadap Presiden.

"Tidak boleh menyamakan presiden yang dipilih oleh rakyat itu adalah merupakan seorang yang adil dan amanah dengan gelaran 'orang zalim yang telah diguling'," katanya ketika berucap di pentas himpunan Dataran Raba'ah malam tadi.

Beliau juga turut menyeru seluruh rakyat termasuk Sheikh Al-Azhar agar membuat penilaian dan perbandingan antara Mesir sebelum Revolusi 25 Januari 2011 dan 30 Jun 2013 untuk mengetahui perbezaan antara Presiden yang dipilih rakyat dan Presiden yang ditolak.

Mesir: Tidak ganjak, jutaan terawih di Dataran Raba'ah

Posted: 09 Jul 2013 07:55 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -
Harakahdaily,10 Jul 2013
(Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi)


MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.

Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.
Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.

Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.

Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.

Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi dikembalikan ke jawatannya semula.

Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.

Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.


Berikut antara pemandangan terwaih di Dataran Raba'ah malam tadi.

Jutaan penyokong Morsi solat tarawih di Dataran Rabiatul Adawiyah

Posted: 09 Jul 2013 07:53 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -
http://www.kakisembang.com,
Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah | Ramadhan Di Mesir [Menggerunkan Sekularisme]

Di saat kita bergembira menyambut Ramadhan Al-Mubarak, saudara Islam kita di Mesir terus ditindas oleh Tentera negara mereka sendiri yang gilakan kuasa dan mengikut telunjuk Yahudi Zionist Laknatullah. Mereka kebanyakan pengikut Ikhwan Muslimin terus bersolidariti di seluruh Mesir sehinggalah Dr Morsi dibebaskan dan diangkat kembali sebagai presiden. Kita sebagai Saudara seagama berbanyakkan berdoa untuk saudara kita  di sana, semoga Allah mengurniakan kemenangan kepada Ikhwan dan seluruh Mujahidin seluruh dunia.

Jutaan penyokong Mursi yang tidak berganjak dari Dataran Rabiatul Adawiyah melaksanakan solat terawih dan qiamulail di sana. Mereka cekal mempertahankan hak mereka menuntut pembebasan Dr Mursi dan mengembalikan kuasa presiden kepada beliau walaupun peristiwa berdarah yang meragut nyawa puluhan penyokong Mursi yang sedang melaksanakan solat subuh masih menghantui fikiran semua penyokong Mursi di seluruh dunia.
Terbaru....Kesatuan Doktor Perubatan Mesir melaporkan jumlah kematian dalam tragedi berdarah "Solat Subuh" pagi kelmarin meningkat 84 orang, dua daripada mereka merupakan anggota kesatuan.

Sementara jumlah kecederaan pula melebihi 1,000 orang dan 7 orang daripada mereka merupakan doktor perubatan, antara mereka Dr.Yahya Musa (jurucakap media Kementerian Kesihatan)

Berikut adalah gambaran suasana sejam yang lalu (sebelum subuh). Para penyokong Dr Mursi qiamullail secara berjemaah di Medan Rabiatul Adawiyah.


TIGA SITUASI YANG MENGERUNKAN ASKAR DI RABA'AH MALAM INI

Saya kira pada malam pertama bulan Ramadhan, telah terdapat tanda-tanda kemenangan di pihak yang benar. Perhatikan situasi berikut:

1) Apabila Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy telah sudi turun ke dataran Raba'ah dan seterusnya mengimami solat terawih bersama-sama rakyat. Beliau turun bagi menyatakan sokongan kepada Presiden yang sah Dr.Mursi dan menolak rampasan kuasa. Bukan itu sahaja,Dr.Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam terawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan.

gambar Syeikh 'Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed Isa Ma'sarawy

2) "Jabhah Ulamak Al-Azhar", sebuah badan terkemuka yang mengumpulkan ulamak Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan kepada Dr.Mursi. Presiden Jabhah, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) yang berucap di pentas utama Raba'ah menyatakan bahawa tindakan askar melakukan rampasan kuasa merupakan satu jenayah dan haram di sisi undnag-undang. Jabhah juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmed Toyyib. Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir. 

3) Kemunculan 6 orang bekas menteri kabinet Mursi memberikan kekuatan baru kepada rakyat. Mereka menaiki pentas dan memberikan ucapan menolak rampasan kuasa dibuat oleh tentera. Kesemua mereka telah meletakkan jawatan beramai-ramai beberapa hari selepas rampasan kuasa sebagai tanda protes kepada tentera. Mereka ialah Dr.Usamah Yasin (bekas Menteri Belia), Dr.Bassem Audah (bekas Mentei Perdagangan Dalam Negeri), Dr. Hatim Abdul Latif (bekas Menteri Pengangkutan), Khaled Azhari (bekas Menteri Buruh dan Sumber Manusia), Dr.Yahya Hamed (bekas Menteri Pelaburan) Dr.Mustafa Mus'ad (bekas Menteri Pengajian Tinggi). Kesemua mereka adalah menteri kabinet dalam kerajaan Dr.Hisham Qandil sebagai Perdana Menteri dan mewakili Ikhwan Muslimin/FJP. 

Saya yakin ketiga-tiga situasi ini akan menambahkan lagi tekanan kepada askar dan kerajaan "perampas" hari ini. Kemenangan mereka semakin hampir insya-Allah..

gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah

gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah

gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah

gambar Jutaan Penyokong Dr Morsi Mendirikan Solat Terawih  Di Dataran Rabiatul Adawiyah
http://www.wasukalu.com, Akhukum Abdul Malik

Che Long: Calon PAS PRK Kuala Besut yang kukenali

Posted: 09 Jul 2013 07:51 PM PDT


1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

Dr Azman Ibrahim,
Tepat jam 11:55 malam, 9 Julai (malam tadi) bertempat di Kampung Nail, Kuala Besut, Tuan Guru Presiden PAS mengumumkan nama seorang aktivis parti yang akan memikul amanah PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut, 24 Julai ini. 

Nama Azlan mungkin agak asing bagi masyarakat di sini yang biasa memanggilnya dengan panggilan mesra, Che Long.

Walaupun dari segi kawasan pilihanraya, Jabi terletak dalam Parlimen Setiu, tetapi disebabkan jarak yang cuma bersepadanan serta persamaan dari segenap segi sosio-budaya, menjadikan saya tersangat akrab dengan pimpinan PAS kawasan Besut. 


Bermula dari Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar, Timbalannya Cikgu Solah, Ketua Penerangannya Ustaz Wan Syukri, Setiausahanya Aminuddin yang mesra disapa Pak Su Amin, Datuk Hussein Awang, Ust Nik Zawawi dan ramai lagi untuk disebut namanya, semuanya adalah sahabat karib dalam menempuh suka duka perjuangan.  

Che Long selaku bendahari PAS Besut selalunya mesra saya menyapanya dengan panggilan Abang Long sebagai menghormati perbezaan umur antara kami.

Saya mengenalinya sebagai seorang aktivis parti yang tawaduk, perlahan dan teratur dalam pertuturan, suaranya lemah lembut dan penuh kemesraan. 

Sekarang Abang Long dipertanggungjawabkan memikul amanah parti untuk memahat sejarah baru dalam catatan negeri Terengganu. 16:16 akan menjadi kenyataan dengan izin Allah. 

Tahniah serta takziah serentak saya ucapkan. Tahniah kerana mendapat kepercayaan pimpinan yang tentunya telah memilih yang terbaik antara yang terbaik manakala takziah disebabkan kita menyedari alangkah beratnya beban tanggungjawab yang akan dipikul.

Masyakat Kuala Besut bertuah, peribadi yang dikemukakan PAS untuk mereka undi dan pilih pada 24 Julai 2013 nanti, hakikatnya telah sekian lama menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat di sini. 

Tua dan muda mengenalinya. Sebati dengan susah dan senang masyarakat setempat adalah kelebihan tersendiri Che Long sebagai pemimpin. Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya. Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut. Warak serta memiliki pegangan agama yang kuat. 

Saya doakan kejayaan Abang Long memikul amanah ini dengan cemerlang. 

Seluruh negara malah seluruh dunia sedang memerhatikan kita. 16:16 akan menjadi suatu testimoni perundangan yang sangat menarik. Semuanya di tangan pengundi N01 Kuala Besut. Ayuh!!



Penulis ialah AJK Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Rasuah, pegawai tertinggi China dihukum mati

Posted: 09 Jul 2013 05:25 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

BEIJING 8 Julai - Bekas Menteri Kereta Api China, Liu Zhijun hari ini dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan, sekali gus menjadi pegawai tertinggi yang dihukum kerana rasuah sejak negara ini dipimpin oleh pemimpin baharu yang berikrar mahu membersihkan pemerintahan Parti Komunis.

Zhijun, 60, yang pernah digelar 'bapa' rangkaian kereta api laju China, didapati bersalah menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa oleh sebuah mahkamah di Beijing, lapor agensi berita Xinhua.
Rakaman televisyen kerajaan menunjukkan defendan yang berkaca mata dan memakai jaket hitam berdiri tanpa sebarang perasaan di kandang perbicaraan dengan diapit oleh dua anggota polis.

Zhijun dipecat sebagai Menteri Kereta Api pada 2011 selepas lapan tahun memegang jawatan itu berhubung skandal rasuah dilaporkan bernilai 800 juta yuan (RM418 juta).

Dia didakwa dan didapati bersalah menerima rasuah sebanyak 64.6 juta yuan (RM33.8 juta) untuk membantu 11 orang mendapatkan tender dan kenaikan pangkat, menyalahgunakan kuasa, menyebabkan kerugian besar kepada aset awam, serta mencabul hak dan kepentingan negara dan rakyat, lapor Xinhua.

"Zhijun dijatuhi hukuman mati yang ditangguhkan selama dua tahun," kata seorang pegawai mahkamah kepada AFP melalui telefon.

Mengikut undang-undang China, hukuman mati boleh dikenakan ke atas pesalah rasuah dalam kes melebihi 100,000 yuan (RM52,251) dan penangguhan hukuman mati biasanya diringankan menjadi penjara seumur hidup.

Mahkamah dalam pada itu mengarahkan semua harta peribadi Zhijun dirampas selain menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun secara berasingan kerana penyalahgunaan kuasa, tambah Xinhua. - AFP


Solat sunat terawih Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya diimamkan oleh imam dari Mesir,

Posted: 09 Jul 2013 05:20 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

Umat Islam dari Putrajaya dan sekitarnya menunaikan solat sunat terawih yang diimamkan oleh imam dari Mesir, Syeikh Dr Samy Ahmed Abd Rahman El Feky pada malam pertama ketibaan Ramadan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, malam Selasa. Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Rabu, 10 Julai 2013. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab

GUNUNG berapi Popocatepetl

Posted: 09 Jul 2013 05:16 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -

GUNUNG berapi Popocatepetl mengeluarkan kepulan asap dan debu ke udara Puebla, kira-kira 80 km tenggara ibu negara Mexico. Pihak berkuasa Mexico meningkatkan tahap berjaga-jaga hari ini bagi menghadapi peningkatan tahap aktiviti letupan dan abu yang melanda Bandar Mexico. - Foto REUTERS

Bersahur bezakan puasa orang Yahudi, Kristian

Posted: 09 Jul 2013 05:14 PM PDT


1 Ramadhan1434 H. [MOD] -



Abdullah bin Umar berkata: "Rasulullah mempunyai dua tukang azan. Mereka adalah Bilal dan Ibnu Ummu Maktum. Rasulullah bersabda: Sebenarnya Bilal melaungkan azan ketika waktu malam iaitu sebelum fajar menyinsing. Masa itu bersahurlah kamu hingga Ibnu Ummu Maktum pula melaungkan azan menandakan masuk waktu Subuh."

Abdullah bin Umar berkata: "Tidak ada jarak masa antara mereka itu. Apabila Bilal selesai berazan, Ibnu Maktum pula menggantikannya." Maksudnya jarak antara kedua-duanya tidaklah terlalu lama." (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim) 

Tempoh masa sahur 
"Amr bin al-'As berkata, Rasulullah bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur." (Riwayat Muslim)

Zaid bin Sabit berkata, "Kami bersahur bersama Rasulullah. Selepas itu kami bangun menunaikan solat Subuh. Orang itu bertanya kepadanya: Berapa lama jarak masa antara sahur dan solat Subuh itu? Zaid menjawab: Kira-kira sempat membaca 50 ayat al-Quran." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

"Amr bin al-'As berkata, Rasulullah bersabda: "Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur." (Riwayat Muslim) 

Abu 'Atiyyah berkata, "Saya dan Masruq menemui Aisyah. Masruq berkata kepada Aisyah: Ada dua sahabat Rasulullah yang melakukan kebaikan. Seorang daripada mereka menyegerakan sembahyang Maghrib dan menyegerakan berbuka puasa. Manakala seorang lagi melewatkan sedikit sembahyang Maghrib dan melewatkan berbuka puasa. Aisyah bertanya: Siapakah yang menyegerakan solat Maghrib dan menyegerakan berbuka? Masruq menjawab: 'Abdullah bin Mas'ud. Aisyah berkata: Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah." (Riwayat Muslim) 

Anas berkata, "Rasulullah berbuka dulu, kemudian barulah bersolat Maghrib. Baginda berbuka dengan buah kurma basah. Jika tiada barulah Baginda makan kurma biasa. Jika tiada juga barulah Baginda hanya minum beberapa teguk air." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi. Tirmizi mengatakan hadis ini adalah hadis hasan). BH/-

Jiwa tenteram jika sentiasa ingati Tuhan

Posted: 09 Jul 2013 05:08 PM PDT

1 Ramadhan1434 H. [MOD] -
 
Firman Allah SWT : "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati menjadi tenteram". (Surah Ar-Ra'd ayat 28)

Imam Assyaukani di dalam tafsirnya, Fathu Qadir, membuat huraian bahawa orang yang beriman itu akan tenteram jiwanya bila mereka mengingati Allah SWT.
Iman adalah satu-satunya jalan untuk kita mengenali dan mencapai keredaan Allah SWT. Ia juga menjadi bekalan kepada kita untuk menuju ke alam akhirat.

Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menanggung penderitaan di atas jalan menuju ke syurga dan tidak pula kita sanggup melawan nafsu syahwat yang mengheret kita ke neraka kecuali dengan keimanan kerana kekuatan inilah yang akan mengubah penderitaan menjadi kesenangan dan membuat kita sanggup menanggung dan berhadapan ujian menuju ke jalan Allah SWT.

Dengan iman inilah yang akan mencipta kekuatan rohani. Ia juga mencetuskan kecintaan kita kepada ibadat sehingga ia menjadi suatu keperluan yang menggembirakan kita. Sebenarnya, iman bukan sahaja jalan menuju kebahagiaan akhirat saja, malah ia juga adalah jalan kebahagiaan di dunia seperti impian setiap orang.

Kesenangan hidup yang dicapai manusia dewasa ini sebenarnya tidak kurang bahkan mungkin lebih seperti yang pernah dicapai oleh manusia sebelum ini. Ia memberi manusia segala kemewahan di dunia tetapi tidak dapat memberi ketenangan hati.

Namun demikian, melalui iman ia dapat memotivasikan manusia ke arah kebaikan, membenci kejahatan dan memenuhi hatinya dengan kerinduan untuk bertemu dengan Allah SWT.

Keadaan seperti inilah yang memberikan kuasa dan keupayaan kepada manusia untuk berada di tingkat yang tinggi mengatasi tingkat naluri biasa. Ia boleh memberi kemampuan kepada pemuda untuk mengawal hawa nafsunya seperti Nabi Yusuf AS yang lebih menyukai penjara daripada terjatuh ke lembah kemaksiatan.

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: 
Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. (Surah Yusuf, ayat 33)
Iman beri kesabaran 

Begitu juga ketika kita dituntut untuk berkorban maka iman akan memberikan kesabaran agar berserah diri kepada Allah SWT seperti kesabaran Nabi Ismail AS ketika ayahnya Nabi Ibrahim berkata kepadanya:
Wahai anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah bagaimana pendapatmu!. Dia (Ismail) menjawab, Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar. (Surah As-Saffat, ayat 102)

Dalam konteks hari ini, pemimpin dan pihak berkuasa undang-undang tanpa henti berusaha mengikat masyarakat dengan hukum dan peraturan yang dicipta oleh mereka menggunakan akal sendiri.

Bagaimanapun, mereka terlupa manusia hanya akan patuh jika diikat dari dalam hatinya bukan dari luarnya. Jika tidak, peraturan dan undang-undang akan gagal dan tidak akan memberi sebarang kesan kepada mereka yang sedang dikuasai oleh hawa nafsu.

Kehidupan masyarakat rosak apabila iman dipinggirkan dan syirik menguasai kehidupan sehingga mereka menjadikan sebahagian sembahan yang lain selain dari Allah SWT. Antara contoh yang dipaparkan di dalam al-Quran ialah kisah Namrud dan Firaun.

Masih banyak contoh manusia yang membuat pengakuan mengenai dirinya mengaku sebagai Tuhan meskipun mereka tidak menyatakannya melalui kata-kata yang jelas. Tetapi tindak tanduk dan peri lakunya menggambarkan hal tersebut.

Mereka ini menundukkan hamba Allah dan menjadikan mereka sebagai hambanya. Mereka memerintahkan agar mereka dipatuhi dan manusia mendengar setiap ketetapan hukum antaranya menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Mengangkat seseorang sebagai pembuat ketetapan hukum lalu membuat ketetapan mengikut kehendaknya boleh menghalal dan mengharamkan adalah termasuk jenis penyembahan dan syirik. Pelbagai bentuk penyembahan berlaku di sepanjang zaman dan ia berlaku di tengah-tengah kehidupan manusia.

Islam datang membebaskan manusia dari segala bentuk kepincangan ini dengan membebaskan mereka dari segala bentuk syirik serta memuliakannya dengan iman sehingga kehidupan manusia menjadi bermaruah, jiwa menjadi bebas dan mampu memimpin manusia bergerak ke hadapan.


Tiada ulasan:

Nuffnang