Rabu, 9 Januari 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 08 Jan 2013 08:50 AM PST

Majlis Penyampaian Bantuan Pakatan Selangor

















Pakatan Rakyat kerah semua ahli gegar HKR Sabtu ini

Posted: 08 Jan 2013 01:32 AM PST

Saiz Teks: A A A


(Oleh Sidiqin Omar)

PETALING JAYA 8 Jan: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyokong penuh Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dan menyeru semua ahli parti gabungan itu hadir ke Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan menyokong penuh dan menyeru semua ahli parti Pakatan hadir ke himpunan itu," tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Katanya, pimpinan Pakatan akan bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN) petang ini bagi mendapatkan jaminan keselamatan polis sepanjang HKR pada 12 Januari ini.
"Pada jam 2.30 ini pimpinan Pakatan Rakyat akan bersama jawatankuasa penganjur bertemu KPN.

"Kita minta kerjasama pasukan polis untuk pastikan perhimpunan teratur dan aman, ikut jadual dan waktu ditetapkan di antara jam 2 hingga 5 petang," jelas Anwar.

Sementara itu, Pengarah HKR, Mohamad Sabu memaklumkan, sehingga kini pentadbiran Stadium Merdeka masih belum memberi reaksi permohonan berhimpun di stadium berkenaan.

"(Pengurusan) Stadium Merdeka tidak menjawab kata boleh (guna stadium), tidak menjawab kata tak boleh.

"Kita tunggu hingga jam 12 tengah hari esok. Kalau tidak ada apa-apa perkhabaran, maka pada jam 4 petang kita akan buat satu pengumuman di mana perhimpunan akan diadakan," kata Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS.

Turut hadir sidang media, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

MOVE TO MINIMISE RISK: Engineering solution now required for developments on Class 3 slopes

Posted: 07 Jan 2013 10:54 PM PST


ALOR STAR: THE Housing and Local Government Ministry will impose stricter rules for hillside development projects to prevent landslides like the ones which occurred in Puncak Setiawangsa and Putra Heights in Selangor.

Minister Datuk Seri Chor Chee Heung said housing developers would be required to prepare a complete engineering solution for development projects on slopes with a gradient of 25 degrees to 35 degrees, also known as Class 3 slopes, with immediate effect.

"In some circumstances, we can only plan but cannot avoid incidents such as landslides from occurring as they are controlled by God," he said here yesterday.

"However a comprehensive engineering solution will help reduce the risk and minimise damage in the event of soil erosion at the site.

"Although it would be costly for housing developers to come out with an engineering solution, the government is left with no choice as the safety of the people is our priority."

Chor, who is also Alor Star member of parliament, was asked if the government had plans to bar developments projects on hillslopes.

He urged developers to replicate the engineering solution adopted by housing development firms in Hong Kong.

He said most properties in Hong Kong were built on hillslopes due to the territory's geography. Developers in Hong Kong had come out with a commendable engineering solution, such as land reclamation and building retaining walls.

"There were a few landslides in the northern region of Hong Kong but the damage was not critical."

Chor said at the moment, a ban on hillside housing projects only applied to slopes with a gradient of more than 35 degrees, or Class 4 slopes.

As for Class 3 slopes, only developers with an engineering solution would be allowed to carry out the projects.

Chor said local authorities had been instructed to carry out annual audits on houses on hillslopes to help check soil erosion.

On Dec 28, a landslide occurred at Puncak Setiawangsa, causing a 50m concrete embankment to partially collapse. The incident forced families and shop operators at the bottom of the slope to evacuate the premises. The following week, a landslide occurred at Bukit Cermin in Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, Subang Jaya.

.
Workers shoring up an area hit by landslide in Persiaran Putra Bahagia, Putra Heights, Subang Jaya, yesterday. 

 Pic by Syarafiq Abd Samad

Read more: New rules for hillside projects - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/new-rules-for-hillside-projects-1.196759?localLinksEnabled=false=03%2F%24m.local.facebook_userinfo.pic_square%3Fpage%3D0#ixzz2HSVSLDwB

Arahan berhenti kerja bagi projek Kingsley Hills dikeluarkan

Posted: 04 Jan 2013 09:35 PM PST


Pihak bomba melihat sama ada terdapat mangsa di dalam kereta yang dihanyut oleh lumpur

Pihak bomba melihat sama ada terdapat mangsa di dalam kereta yang dihanyut oleh lumpur

SUBANG JAYA – Majlis Perbandaran Subang Jaya mengeluarkan arahan berhenti kerja bagi projek pembangunan Kingsley Hills di Putra Heights yang menyebabkan tanah runtuh yang menimbus lima buah kereta dan sebuah van dengan tanah berlumpur.

Portal online www.sjecho.com.my melaporkan timbalan presiden MPSJ Abdullah Marjunid yang berada di tempat kejadian sejurus ia berlaku, sebagai berkata arahan berhenti kerja akan dikeluarkan secepat mungkin.

Pada 6 petang pada Khamis, limpahan lumpur mengalir daripada tapak pembinaan di mana rumah berkembar dibina dan kenderaan di Persiaran Putra Bahagia 500 meter dari balai polis Putra Heights,  dihanyutkan sejauh beberapa meter.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul yang berada di tempat kejadian dengan ketua Bomba Subang Jaya Mohd Khairi Daud memberitahu Bernama bahawa 10 orang staf daripada stesen Subang Jaya tiba di tempat kejadian dan membantu mangsa.

"Lapan orang terjejas apabila kenderaan mereka tertimbus oleh lumpur. Lima buah kereta dan sebuah van dipenuhi dengan pelajar terjejas dalam insiden itu."

Seorang penunggang motorsikal diliputi dengan lumpur. Kesemua mangsa diselamatkan tetapi kereta-kereta yang terlibat mengalami kerosakan.

Mohd Sani berkata tanah runtuh berlaku di Bukit Cermin memasuki kawasan takungan berdekatan mengakibatkannya melimpah.

"Campuran air dan lumpur kemudian mengalir sejauh 20 meter ke jalanraya," katanya.

Pemaju Kingsley Hills Sdn Bhd Tan Sri Barry Goh berkata projek perumahan yang meliputi kawasan seluas 40 hektar, bermula awal tahun lepas dan dijadual siap dalam tempoh lima tahun.

"Kita akan bincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut," ujar beliau.

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie menggesa kerja-kerja pembinaan di kawasan itu diberhentikan supaya satu kajian dapat dijalankan.

Tujuh Kereta Tertimbus Tanah Runtuh Di Putra Heights, Subang Jaya.

Posted: 04 Jan 2013 09:30 PM PST



 
(Kanan: Keadaan tanah runtuh di Putra Heights, Subang)
 
 
 
KUALA LUMPUR: Tujuh buah kenderaan melibatkan lima kereta, satu van dan sebuah motosikal tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Persiaran Putra Bahagia berhampiran Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini, Khamis.

Bagaimanapun lapan pengguna kenderaan terlibat dilaporkan selamat dan tidakmengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata banjir lumpur berlaku di laluan itu akibat daripada runtuhan tanah daripada Bukit Cermin yang sedang dalam  proses pembinaan rumah semi-D.

"Tanah tersebut runtuh kemudian memasuki ke dalam kolam takungan air yang berhampiran dan menyebabkan kolam itu pecah.

"Air dan campuran lumpur tersebut melimpah ke jalan raya yang mana jarak antara kolam dan jalan kira-kira 20 meter," katanya di lokasi kejadian.

Kenderaan-kenderaan yang pada mulanya tertimbus kemudiannya 'dihanyutkan'banjir lumpur itu dan pengguna-pengguna kenderaan itu dapat menyelamatkan diri,katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.12 petang dan sampaidi tempat kejadian dua minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 6.05 petang.

"Kejadian tersebut berlaku 500 meter daripada Balai Polis Putra Heights,"katanya.

Beliau berkata kerja-kerja pembersihan jalan raya sedang dilakukan dandiharap selesai pada tengah malam ini supaya orang ramai dapat melalui semulajalan tersebut.

Manakala, pihak pemaju projek perumahan tersebut Kingsley Hills Sdn Bhd, Tan Sri Barry Goh berkata pembinaan rumah tersebut bermula pada awal tahun lepasdan dijangka siap dalam tempoh lima tahun.

"Kita mungkin terpaksa menghentikan projek pembinaan tersebut dan akan berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengenai tindakan seterusnya," katanya sambil menambah keluasan projek itu kira-kira 40.46 hektar.

Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafie meminta semua kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan sehingga satu kajian dibuat.  

BERNAMA

Bagaimana penipuan diuruskan?

Posted: 28 Dec 2012 01:27 AM PST


(Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya. Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang) – MALAYSIAKINI 23/November 2012.

(Peningkatan daftar pemilih baru mendadak di Selangor adalah perkara biasa memandangkan negeri terkaya di Malaysia tersebut menarik ramai orang yang mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Abdul Aziz juga memuji status negeri Selangor dan mengganggapnya sebagai paling popular dikalangan rakyat Malaysia, serta menambah ramai pengundi tertarik dengan peluang pekerjaan dan tinggal disitu.
"Seluruh Malaysia, daripada 2008 hingga 2012 terdapat tiga juta pengundi baru telah didaftarkan.) – MALAYSIANINSIDER 25 November 2012.


Ramai pembaca bertanya kenapa tulisan saya agak pesimis. Saya dilihat membawa ayat-ayat songsang apabila membuka surah tentang PRU 13. Saya menghitamputihkan kegagalan Pakatan Rakyat dalam perjalanan ke Putrajaya. Malah saya juga menulis kerjaaan Pakatan di Selangor akan jatuh.

Biar saya terangkan bahawa ayat-ayat songsang dalam surah saya bukan datangnya dari mimpi dan angan-angan. Surah yang saya bawa bukan dibuat-buat dan direka-reka dengan niat untuk menidakkan keupayaan Pakatan untuk mengambil alih pentabiran negara.

Berkali-kali saya nyatakan bahawa sokongan rakyat cukup ampoh untuk membawa Pakatan ke Putrajaya. Peningkatan sokongan tidak padam-padam – membara dan merebak. Malah lebih lewat PRU 13 dijalankan lebih molek untuk Pakatan kerana sentimen dan kebencian orang ramai terhadap United Malays National Organisation semakin bertambah. Ini hakikat. Ini realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata kita.
 Saya berhujah dengan menggunakan data dan maklumat kajian Dr Ong Kian Meng dari MERAP (Malaysian Electoral Roll Analysis Project) – badan yang mengkaji dan meneliti senarai nama pemilih. Saya juga meneliti laporan dari SPR sendiri. Saya juga mengumpul maklumat dari kenyataan ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan. Saya juga membuka mata dan telinga untuk mendengar kenyataan menteri.

Justeru, jangan lupa kenyataan YB Mahfuz Omar tentang 'special force' yang ditubuhkan untuk memberi kad pengenalan kepada warga Indonesia, Bangladesh dan Myamar. Malah mengikut kenyataan Mahfuz, dia tahu di pejabat mana operasi sulit lagi jahat, berjalan dan tahu nama Datuk dan Tan Sri yang mengepalainya.

Pembaca jangan lupa dengan kenyatan Timbalan Presiden PAS yang menerangkan bahawa projek menambah pengundi yang sedang dijalankan di Selangor berasaskan kejayaan United Malays National Organisation merampas kembali Terengganu. Malah Tuan Haji Mat Sabu secara terbuka menerangkan 'projek tawan Selangor' dikepalai Idris Jusuh, bekas MB Terangganu.

Pembaca jangan sesekali lupa kenyatan 'tergempar' Najib Razak pada 29 Januari lalu. Di hadapan belia yang dikumpul, dikepong dan diupah datang – Najib berkata "Putrajaya akan dipertahankan sampai ke titisan darah terakhir…" Ini ucapan Najib awal tahun ini. Semenjak itu semua gerak kerja Najib dan konco-konconya ialah merancang untuk memastikan terus berkuasa. Untuk saya, semua ini bukti perancangan jahat sedang diatur untuk menggagalkan Pakatan ke Putrajaya.

Jika pembaca masih lagi was-was dan kurang yakin, maka mari baca dan fahami maklumat terbaru dari kerajaan Pakatan Selangor. Awal tahun ini, kerajaan Selangor mengeluarkan dana untuk meneliti senarai nama pengundi. Pegawai dan pertugas pergi menyiasat dari pintu ke pintu. Tujuan untuk melihat siapakah hamba Allah yang namanya ada tertulis dalam Daftar Pemilih Induk Suku Keempat Tahun 2011 yang dikeluarkan SPR.
Ini adalah kajian yang paling rapi lagi menyeluruh keatas nama senarai pengundi di Selangor. Hasilnya ditemui 134,675 nama pengundi baru yang TIDAK dikenal pasti. Angka ini 28 peratus dari 497,804 pemilih baru yang mendaftar. Justeru, kerana fakta ini saya yakin – hantu akan mengalahkan Pakatan di Selangor.

Awas! Jangan terperanjat. Penambahan hantu yang paling ketara ialah di DUN Serdang. Jangan senyum kerana ini ialah kawasan Datuk Satim Diman – Ketua Pembangkang Selangor. Pak Satim ini menempah baju Melayu baru kerana bagitu yakin dengan 9,000 ekor hantu di Serdang dan puluh ribu di kawasan lain Pak Satim akan naik takhta sebagai MB Selangor yang baru.

Hantu-hantu muncul dari pelbagai bentuk kubur. Di Subang Jaya, lebih 8,000 hantu sedang disediakan untuk Hannah Yeoh – DAP, di Hulu Kelang lebih 5,000 hantu untuk Saari Sungib – PAS, lebih 4,000 hantu muncul di Bukit Lanjan untuk mengancam Elizabeth Wong – PKR, di Kinrara (Teresa Kok – DAP), Kota Anggerik (Yaakob Sapari), Kota Damansara (Nasir Hashim – PSM), Sri Muda (Shuhaimi Shafiei) dan Taman Medan (Haniza Talha) – beribu-ribu hantu diberi kad pengenalan biru untuk mengundi.

Projek ini, mengikut Tuan Haji Mat Sabu dipanggil Projek Terangganu – kerana taktik itu dipakai dengan jayanya untuk mengalahkan kerajaan PAS Terangganu pada 2004. Laporan kajian senarai nama pengundi ini disampaikan olehMB Selangor secara rasmi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang sedang bersidang. Pengerusi SPR dengan cepat menjawab. Pengerusi SPR yang juga ahli United Malays National Organisation berselindung di belakang undang-undang dan peraturan.

Mengikut Pengerusi SPR, semua hantu-hantu boleh mengundi walaupun polong dan hantu ini tidak diketahui hujung pangkalnya. Hantu-hantu ini disahkan kerana mengikut peraturan SPR: Jika nama hantu ini ada dalam senarai pengundi, maka hantu ini boleh mengundi.

Nah! Inilah bukti sahih yang saya kata berpuluh-puluh kali. Saya mengatakan bahawa yang dilawan oleh Pakatan bukan Barisan Nasional tetapi satu sistem dan peraturan yang diwujudkan khusus untuk memastikan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya akan terus berkuasa. Memang betul mengikut undang-undang 134,675 ekor hantu ini boleh mengundi. Undang-undang dan peraturan seperti inilah yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan Pakatan gagal mengambil alih pertabiran.

Sayugia diingatkan bahawa ada berpuluh-puluh undang-undang kecil dan peraturan yang direka untuk memastikan Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Jumlah 134,675 ekor hantu ini hanya ditemui di Selangor. Bagaimana di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan? Berapa ratus ribu lagi hantu, pelesit dan jembalang yang sedang disusun untuk masuk mengundi.

Najib Razak juga mencelah untuk menepis laporan rasmi kerajaan Selangor. Mengikut kata Najib – di Amerika – negara maju – senarai pengundinya pun tidak bersih. Apabila terbaca jawapan Najib, saya tidak tahu sama ada nak terkentut atau nak terberak. Kalau rakyat Amerika bangang dan senang ditipu, tidak semestinya orang ramai di Malaysia sedia jadi bangang untuk ditipu oleh SPR. Kalau Najib bangang tidak semestinya Satu Malaysia mesti bangang sama.

Ingin saya memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan demokrasi. Pembuangan undi lima tahun sekali bukan bermakna sistem pilihan raya itu adil dan bersih. Peraturan dan undang-undang kecil sengaja diwujudkan bukan untuk demokrasi tetapi untuk menyusah orang ramai dari membuat pilihan yang tepat.

Pilihan raya Malaysia bukan tentang hak asasi atau hak memilih pembuat undang-undang yang terbaik untuk dihantar ke Parlimen. Di Malaysia pilihan raya ialah sandiwara untuk mengabui mata orang ramai. Hukum dan undang-undang dilulus di Parlimen menghalalkan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu-nya untuk merembat harta kekayaan.

Rompakan siang hari tanpa dakwa dakwi berjalan berlandaskan undang-undang yang mereka luluskan. Undang-undang SPR hanya satu contoh.
Sebuah NGO – Tindak Malaysia – memberi latihan PACHABA – pemerhati dan pengira undi. Tindak memerlukan 300,000 sukarelawan di hari pengundian. Jom Pantau sebuah lagi NGO memerlukan 50,000 sukarelawan untuk memantau di hari mengundi. Ini belum dikira lagi beratus ahli Pakatan yang akan mengawal bakal calon dari dibeli atau diculik oleh gerombolan upahan United Malays National Organisation.

Semua ini dilakukan untuk memastikan kita tidak ditipu. Semua ini belanja pendemokrasian yang tinggi. Justeru, saya ada cadangan pendemokrasian yang lebih murah. Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya. Memorandum telah disampaikan, laporan polis telah dibuat, cadangan telah diajukan. Semuanya gagal. Tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Tanah rakyat terus dirampas. Alam sekitar terus dirobek. Balak terus dirompak.

Masanya telah sampai untuk ke jalan raya. Anak semua bangsa menuntut pilihan raya adil dan bersih. Anak semua bangsa sebaris menentang rampasan tanah. Anak semua bangsa menuntut Lynas ditutup. Himpunan Kebangkatan Sejuta Rakyat 12 Januari adalah perjuangan pendemokrasian untuk membuka luas ruang demokrasi.

Kita bertemu di jalan raya sekali lagi.


Lapan Bulan Lagi Untuk Kurangkan Masalah Banjir Klang

Posted: 23 Dec 2012 01:44 AM PST


240 views
banjir klang 4
KLANG 22 DIS: Majoriti kolam tadahan air di kawasan-kawasan Klang yang sering dilanda banjir dijangka akan siap di dalam masa lapan bulan, manakala kolam tadahan yang terbesar di Taman Sentosa dijangka siap dalam setahun.

Kolam-kolam yang akan siap di dalam lapan bulan adalah di Bandar Bayu Tinggi, Bandar Bayu Perdana, dan Bandar Tengku Kelana. Kesemuanya telah hampir siap 80 peratus.

Manakala pembinaan kolam tadahan 23 ekar di Taman Sentosa pula akan mengambil lebih masa kerana saiznya yang lebih besar.

Keseluruhan projek-projek tersebut memakan kos RM 5 juta, kata Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar.

Pembinaan kolam tadahan air ini melibatkan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Kita mengutamakan bandar Klang terlebih dahulu kerana kawasan ini kerap kali banjir.

"Selepas itu beberapa kawasan lain turut akan dikenalpasti untuk dibina kolam tadahan air kerana ianya melibatkan suatu proses yang rumit," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat di bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini.

Turut hadir Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ikhsan Mukri, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Sebelum ini, ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang lalu, peruntukan sebanyak RM 50 juta telah diluluskan bagi mengatasi masalah banjir di seluruh Selangor.

Dr Xavier berkata MPK akan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju yang tidak mengikut pelan struktur bangunan dengan tidak menyediakan saluran yang mencukupi untuk mengalirkan air hujan.

Dalam pada itu, satu kertas kerja tentang pembinaan kolam tadahan air di kawasan yang lain di Klang akan disiapkan untuk dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Bendera KEADILAN berkibar di bumi Gaza!

Posted: 12 Dec 2012 01:30 AM PST

Adun Sri Muda kibar bendera KEADILAN di Gaza

(Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 10 dis: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie mengibar bendera parti di bumi Gaza ketika menyertai perarakan sambutan ulang tahun Hamas yang ke-25 di Palestin.

"Saya mewakili KEADILAN Selangor bersama lima anggota Cabang Kota Raja mengikuti rombongan Persatuan Tadika Islam Malaysia ke Gaza.

"Saya turut berarak dan kibar bendera KEADILAN sebagai tanda sokongan kepada Hamas," katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau yang berada di Palestin antara 5 hingga 13 Disember turut menemui Perdana Menteri Palestin, Ismael Hanyieh dan pemimpin utama Hamas, Khalid Masyeal yang kebetulan berada di hotel yang sama.

Shuhaimi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Selain KEADILAN, bendera PAS juga berkibar di Gaza mengiringi sempena program sama.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40961

Isu Deepak: Zahid Hamidi kunci mulut untuk lindungi Najib

Posted: 03 Dec 2012 09:07 PM PST


(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 3 Dis: Kegagalan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan keluarga menunjukkan beliau cuba lindungi Perdana Menteri.

Zahid sebelum ini berjanji akan memberi respon terhadap isu itu dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno (PAU) Sabtu lalu, tetapi langsung tidak disentuh.

Beliau sebaliknya menghabiskan sebahagian besar ucapannya dengan memuji usaha Perdana Menteri di peringkat antarabangsa, dan mengkritik Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, tindakan Zahid itu hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak.

"Beliau seharusnya menunaikan janjinya untuk memberi penjelasan. Di mana kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin?

"Tindakan Zahid ternyata menambah imej negatif kepada Umno yang sememangnya tercalar dengan pelbagai isu yang tidak berjawab.

"Timbul juga persoalan apakah beliau juga terlibat dalam konspirasi yang melibatkan Najib tersebut," katanya ketika dihubungi.

Shuhaimi tidak menolak kemungkinan Zahid cuba untuk mengalih isu supaya tumpuan lebih diberikan kepadanya berbanding penantian rakyat untuk mendengar jawapan berhubung isu tersebut.

"Kita juga tertanya-tanya apakah janji beliau untuk menjawab isu itu sebenarnya untuk 'divert issue' (mengalih isu) supaya media dan rakyat melupakan seketika tentang dakwaan yang mengaitkan Najib dalam skandal Altantuya (Shaaribuu).
"Ataupun Zahid mahu menunjukkan bahawa beliau satu-satunya orang Umno BN yang menjaga Najib?," 
soal Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda itu.

Deepak mengakui terlibat membatal akuan bersumpah (SD) P Balasubramaniam yang mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Najib.

Beliau yang akrab dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan pernah menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai 'kakak' berbuat demikian apabila diminta menghulurkan pertolongan kepada Najib.

"Saya diminta membantu oleh seorang kawan, saya bersetuju untuk membantu kerana saya boleh lihat akibat yang akan dialami keseluruhan kumpulan itu," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Dalam wawancara itu, Deepak mengakui terlibat dalam kontroversi akuan bersumpah Bala atas permintaan seorang 'kawan wanita' tetapi beliau enggan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Katanya, SD kedua Bala dibuat bagi menarik balik tuduhan yang mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya, sekaligus menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita itu.

SD pertama, katanya, adalah permulaan sebelum seorang daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

Bagaimanapun, Deepak berkata, personaliti yang dinamakan dalam SD pertama bertindak menghalang pendedahan itu.

Beliau juga menyifatkan penglibatannya dalam masalah Bala yang bertujuan membantu Najib Razak sebagai suatu kesilapan.

"Saya seorang ahli perniagaan. Saya kecewa kerana membantu seorang kawan yang saya anggap sejati. Saya tidak sepatutnya terlibat dalam filem James Bond ini," katanya.

Ekoran pendedahan kepada media, Deepak terpaksa meletak jawatan pengarah dari semua 26 syarikatnya akibat tekanan daripada lembaga pengarah syarikat.


Batang Kali rep fined over sexist remark

Posted: 01 Dec 2012 11:07 PM PST


By TEH ENG HOCK
enghock@thestar.com.my


SHAH ALAM: An assemblyman was fined RM1,000 after members of the state assembly found him guilty of making a sexist remark during a debate session last Thursday.

Datuk Mohd Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) said he had no intention of offending anyone and apologised for the misunderstanding.

However, he alleged that Pakatan Rakyat backbenchers had wrongly interpreted his words and it was unfair to deem him guilty of making sexist remarks.

Mohd Isa was alleged to have told state executive councillor Elizabeth Wong to "not forget to take care of our own forest" during the debate.

Entering his defence, Mohd Isa said he was confident he had not committed any offence or had he contravened a Standing Order.

Mohd Isa said his remarks did not contain sexist elements as he had not ridiculed or belittled Wong's capabilities due to her gender.

He said his remarks could have been directed at anyone regardless of their gender.

"It is also not perverse in nature. Why is Rawang and the others so otak kuning (dirty-minded)?" he asked referring to Gan Pei Nei (PKR-Rawang) who had filed the motion to dock RM5,000 from Mohd Isa's allowance.

"If anyone is offended or feels insulted, I apologise," he said.

Later, when wrapping up the debate, Gan proposed to reduce the fine from RM5,000 to RM1,000 after it was suggested by other backbenchers including Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya) and Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda).

"I propose the fine be reduced to RM1,000, and for Batang Kali to personally apologise to Wong," she said.

At the state assembly lobby, Mohd Isa reiterated that he did not utter sexist remarks or contravene the Standing Order.

"It is just a misinterpretation by the backbenchers. What is wrong with the word forest'? How is it sexist? Maybe she (Wong) felt that I was hinting at her personal life," he said.

Datuk Satim Diman (BN-Seri Serdang) questioned why Wong felt insulted and why the rest sympathised with her.

"It is just their perception. It is clear in the Hansard (transcripts of parliamentary debates): not forget to take care of our forest'.

"He did not say your forest but our forest.

"By reducing the fine from RM5,000 to RM1,000, they admitting their perception was inaccurate," he said.

Tiada ulasan:

Nuffnang