Rabu, 3 Oktober 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri

Posted: 02 Oct 2012 07:29 PM PDT


2 Okt 2012 

KUALA LUMPUR: Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.

Hishammuddin hari ini berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.

Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.

Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.

"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.

Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".

"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.

"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

Diskaun PTPTN: Pelajar miskin tetap terpinggir

Posted: 02 Oct 2012 07:28 PM PDT


2 Okt 2012 

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan menguntungkan golongan kaya.

Mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang), Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekaligus.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak.

"Yang boleh membayar PTPTN sekaligus orang yang ada duit, orang kaya.

"Orang miskin tetap tidak mampu. Diskaun itu tak memberi apa-apa kesan kepada orang miskin sedangkan yang kita nak bela ialah orang miskin," katanya.

Hamim mencadangkan supaya diskaun dan biasiswa diberikan kepada pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2013 minggu lalu mengumumkan bahawa peminjam yang melangsaikan sepenuhnya hutang tersebut, antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2012, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus.

PENTAS RAKYAT

Posted: 02 Oct 2012 07:26 PM PDT


CERAMAH PERDANA

Posted: 02 Oct 2012 07:24 PM PDT


CERAMAH PR REMBAU

Posted: 02 Oct 2012 01:17 AM PDT


JOM UBAH

Posted: 02 Oct 2012 01:16 AM PDT


Tiada ulasan:

Nuffnang