Isnin, 8 Oktober 2012

Khalid Samad

Khalid Samad


Program Peluncuran Dan Bedah Buku "Pendedahan di Parlimen"

Posted: 08 Oct 2012 01:06 AM PDT

Buku pertama siri kajian dan penulisan badan pemikir dan penyelidikan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah diterbitkan. Program peluncuran dan bedah buku "Parlimen di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia" oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dato' Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 9 Oktober 2012 di Bangunan Yayasan Selangor.

Program peluncuran buku ini yang disunting oleh Pengarah Eksekutif KPRU saudara Ooi Heng, merupakan anjuran bersama Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dan KPRU, dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik. Majlis peluncuran akan disusuli dengan Forum "Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara". Buku ini merupakan terbitan bersama KPRU dan SIRD.

Berikut ialah butiran dan aturcara program:

Tarikh : 9 Oktober 2012 (Selasa)

Masa : 8.00 – 10.30 malam

Tempat : Tingkat 16, Bangunan Yayasan Selangor (18A, Jalan Persiaran Barat, Menara Yayasan Selangor, 46000, Petaling Jaya, Selangor) [Bersebelahan dengan Amcorp Mall]

Tetamu khas Majlis Peluncuran: Dato' Seri Anwar Ibrahim

Panelis Forum:

1. YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai

2. YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam

3. YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Setia

Buku setebal 290 halaman ini boleh dibeli dengan harga RM28 (tidak termasuk kos kiriman). Anda dijemput untuk sama-sama hadir ke program ini bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

Tiada ulasan:

Nuffnang