Khamis, 16 Ogos 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Ramai orang tidak faham apa yang mereka patut belajar...maka lahirlah manusia terkeliru

Posted: 16 Aug 2012 09:45 AM PDT

Thursday, 16 August 2012
Falsafah dan keutamaan pendidikan berpaksi surah ini









Surah yang mengandungi konsep asas pengilmuan sebagai syarat utama manusia mencapai darjat lebih tinggi daripada malaikat yang suci daripada dosa.

Kegagalan ummat Islam menanggapi konsep pendidikan sebenarnya menatijahkan pembaziran daripada masa, tenaga, wang ringgit, prasarana dan tumpuan serta segala sumber yang lain yang kononnya diperuntukkan untuk mendidik manusia tetapi akhirnya manusia itu semakin keliru dan jauh daripada Penciptanya dan lebih melampaui batas. Keadaan ini adalah terbalik daripada hasil yang sepatutnya dicapai sekiranya ia telah menlalui proses pendidikan yang bertunjangkan ilmu daripada Allah, belajar dengan nama Allah bukan mendabik dada seolah-olah ia menguasai pelbagai kepandaian atas dasar usahanya sendiri.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang membelakangkan Tuhan akan pasti menghasilkan pelajar yang membelakangkan Tuhan daripada pola pemikiran, pertuturan dan amal tindakannya. Sudah tentu ini sudah jauh tersasar daripada matlamat asal pendidikan, iaitu semakin belajar dan semakin banyak ilmu , semakin faham, insaf dan sedar siapa dirinya dan kepada siapa seluruh kehidupan dan kematiannya seterusnya pasca kematiannya bergantung penuh.
'Bottomline' pendidikan dari perspektif Islam ialah insan yang kenal Rabbnya, berpaut teguh dengan al Khaliq, tunduk patuh kepada al Malik dan mampu sujud kepada yang MAHA BERKUASA.

Marilah kita mewujudkan sistem pendidikan Rabbani untuk menghasil insan kamil yang mampu mentadbir urus bumi Allah sebagai khalifah insyaallah. Amin.
Kita mulakan semaian tarbiyyah di Mini Serambi Mekah@Kpg Delek. Jom...
Fayassir ya Allah.Amin

Tiada ulasan:

Nuffnang