Ahad, 26 Ogos 2012

Khalid Samad

Khalid Samad


Dr. M: PAS Wajib Bersama UMNO

Posted: 25 Aug 2012 12:00 PM PDT

Menurut Dr. M pula, PAS wajib bersama UMNO supaya hudud dapat dilaksanakan!? Hei, apa pula ini? Bukankah PAS parti lemah sehingga kononnya diperkudakan DAP dan UMNO pula parti gagah perkasa boleh buat apa yang dikehendakinya tanpa takut kepada sesiapa? Tiba-tiba tidak boleh laksana hudud tanpa PAS bersama? Maka adalah, jelas UMNO tunduk pada MCA! Sudahlah, kalau UMNO memang berhajat untuk melaksanakan hudud sudah lama ianya boleh dilakukan. Jangan cuba jadikan PAS sebagai parti yang mengkhianati perjanjiannya, tinggalkan PR supaya bersama UMNO hanya untuk ditikam kembali oleh UMNO selepas itu.

Jika benar UMNO ikhlas ingin melaksanakan hudud, maka silakan. PAS akan sokong. Selepas itu PAS akan menuntut supaya didakwa semua perasuah dan perosak Negara melalui satu institusi kehakiman yang bebas! Ini juga merupakan tuntutan Islam. Baca sahaja kisah bagaimana Saidina Ali berhadapan dengan Qadi bernama Syuraih yang bertindak bebas dan adil tanpa menghiraukan bahawa yang di hadapanya adalah seorang Khalifah!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Nuffnang