Ahad, 26 Ogos 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


JAMUAN AIDILFITRI PAS KILANG PADI MERIAH

Posted: 25 Aug 2012 09:15 PM PDT


TELUK INTAN, 25 Ogos - Suasana meriah menyelubungi majlis sambutan hari raya anjuran PAS Cawangan Kilang Padi. Majlis telah diadakan di perkarangan sebuah rumah penduduk dekat sini. Walaupun PAS Cawangan Kilang Padi merupakan salah sebuah cawangan baharu di bawah PAS Kawasan Teluk Intan namun keupayaan para pimpinan dan ahli-ahlinya menganjurkan majlis amat membanggakan apatah lagi ia di bawah DUN Pasir Berdamar.

Kehadiran ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin dan isteri telah menambahkan lagi seri dan kemeriahan majlis yang dihadiri oleh para penduduk sekitarnya. Turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan serta Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna.
Sdr. Sarguna bersama seorang veteran PAS, Hj. Hafith Jaafar.


YB Anuar turut menyampaikan ucapan dengan meminta para penduduk sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Pada masa yang sama, beliau juga menyeru agar sentiasa mengamalkan cara hidup Islam secara sepenuhnya dalam aspek hidup termasuklah dalam perkara memilih pemimpin supaya rakyat dipimpin dalam suasana adil dan berkebajikan.


YB Anuar menyampaikan sijil ahli PAS kepada seorang ahli baru.

YB Anuar dan isteri menyampaikan duit raya.
Persembahan nasyid raya yang mantap...

YB Anuar juga turut menyampaikan sijil ahli kepada beberapa orang ahli baharu cawangan tersebut. Kemudian, beliau serta isteri menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan As Syam. YB Anuar serta pimpinan PAS kawasan turut menikmati juadah raya bersama para penduduk.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang