Rabu, 25 Julai 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Syabas Beroperasi di Bawah Keupayaan

Posted: 25 Jul 2012 01:39 AM PDT

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan kerajaan Selangor bagi menjalankan pemantauan terhadap operasi Syabas merumuskan syarikat itu beroperasi dibawah keupayaan.

Jawatankuasa yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk  Khusrin Munawi dan dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) itu juga mendapati fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan Syabas tidak tepat dan mengelirukan.

Berikut adalah kenyataan penuh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim:

Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk  Khusrin Munawi dan dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

Jawatankuasa ini telah menghantar laporan pertama kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  (MMKN) hari ini.

Hasil laporan pertama jawatankuasa ini, terdapat tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian agar rakyat tahu kedudukan sebenar.

Penemuan ini ialah;

1.      Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.

2.      Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.

3.      Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 % yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11%  dan akan meningkat kepada 18 % selepas Mac 2013  apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.

Penemuan-penemuan ini membuktikan bahawa SYABAS telah gagal memenuhi tanggung jawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004.

Kegagalan ini menguatkan lagi rancangan Kerajaan Negeri untuk 'step in' dalam pengurusan SYABAS yang bertujuan membaiki semua kelemahan termasuk syor supaya Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS dipecat.

Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah selesai menyediakan dokumen-dokumen untuk 'step in' dalam pengurusan SYABAS dan pasukan yang mewakili Kerajaan Negeri bagi tujuan ini juga sudah bersiap sedia untuk menyertai pengurusan SYABAS bila-bila sahaja bagi membaiki kelemahan.

Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkaitan pelaksanaan Projek Langat 2 hendaklah dibawa terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Semua agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepada Dato' Menteri Besar.

Fakta sebenar yang tidak boleh dinafikan semua pihak dalam isu air ini ialah kegagalan SYABAS merancang dan mengurus sistem agihan untuk menyalurkan air terawat kepada pengguna.

Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama beberapa EXCO untuk bertemu rakyat bagi mencari penyelesaian masalah air termasuk membawa tangki-tangki air ke kawasan yang telah bertahun-tahun berdepan kekurangan bekalan air.

Kerajaan Negeri juga menyediakan talian 1-8000-88-2824  untuk orang ramai mengadu masalah air. Pusat panggilan ini juga mengendalikan masalah sampah.

Kerajaan Selangor konsisten dengan pendirian bahawa isu air ini boleh diselesaikan secara holistik sekiranya kerajaan negeri mengambilalih industri air daripada syarikat-syarikat konsesi yang akan menawarkan pembekalan air yang lebih cekap pada harga munasabah seperti yang dihasratkan WSIA 2006.

Sumber: HarakahDaily

MB Beri Duit Kepada Sekolah, Tetapi Dihalang Hadir Majlis Sumbangan

Posted: 25 Jul 2012 01:35 AM PDT

SHAH ALAM, 25 JULAI : Kerajaan Selangor membidas tindakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menghalang Menteri Besar, menghadiri majlis penyerahan sumbangan yang berlangsung di SMK Sultan Sulaiman, Bestari Jaya baru baru ini.

Tindakan ini membuktikan mereka tidak menghormati tugas dan tanggungjawab Tan Sri Abdul Khalid sebagai seorang wakil rakyat iaitu Adun Ijok.

Ia juga menunjukkan sikap tidak malu JPN yang menerima sumbangan RM 24,000 dari Kerajaan Negeri tetapi tidak sudi Abdul Khalid menghadiri majlis pemberian sumbangan itu.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, tindakan itu menindas wakil rakyat Pakatan Rakyat kerana jabatan itu tidak pernah menghalang mana-mana wakil rakyat Umno-BN menghadiri program sekolah.

"Jika benar mahu melaksanakan peraturan yang tidak membenarkan ahli politik menghadiri program di sekolah, kuatkuasa kepada semua wakil rakyat dan ahli politik.

"Namun ini tidak berlaku. Sekatan ini hanya dikenakan kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Ini jelas membuktikan Jabatan Pendidikan telah lari dari tanggungjawab penubuhannya dan lebih berminat bermain politik," katanya.

Minggu lepas Abdul Khalid, sebagai ADUN Ijok tidak dibenarkan untuk menyertai majlis sumbangan ke SMK Sultan Sulaiman di Bestari Jaya walaupun beliau dijemput oleh syarikat yang mahu memberi sumbangan tersebut.

Abdul Khalid juga menyumbang RM 24,000 dari Kerajaan Negeri.

Halangan tersebut dikeluarkan melalui satu pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada kakitangan pejabat DUN Ijok. Menurut SMS itu, Menteri Besar atau mana-mana wakilnya dihalang menghadiri majlis penyerahan sumbangan.

Faekah berkata, Abdul Khalid selaku wakil rakyat Ijok sewajarnya dijemput menghadiri program berkenaan kerana beliau turut memberi sumbangan.
Jelas beliau, program tersebut bukan bermotifkan politik sebaliknya program tanggungjawab sosial.

Beliau berkata, sekatan ini langsung tidak dikenakan terhadap ahli politik UMNO-BN yang secara terang-terangan menghadiri atau menganjurkan program berbaur politik di sekolah.

"Saya juga dimaklumkan pemimpin UMNO di Selangor bebas keluar masuk ke sekolah  untuk menghadiri program. Malah, (Ketua Umno Selangor) Datuk Seri Noh Omar juga mengadakan lawatan ke Jabatan Pendidikan Negeri baru-baru tanpa diketahui atas kapasiti apa.

"Adakah  UMNO-BN tidak lagi mempercayai KEMAS sehinggakan terpaksa mempergunakan Jabatan Pendidikan sebagai mata dan telinga?,"  katanya.


Sumber: Selangorku

Wanita Dan Keluarga Paling Terkesan Dalam Gangguan, Catuan Air

Posted: 25 Jul 2012 01:32 AM PDT

SHAH ALAM, 24 JUL : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) seharusnya memberi laluan kepada Kerajaan Negeri untuk mengurus industri air di Selangor kerana gangguan bekalan seperti pencatuan dan tekanan rendah akan memberi kesan kepada wanita dan keluarga.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, wanita yang kebiasaannya menjadi nadi rumahtangga memerlukan bekalan air sempurna saban hari agar pengurusan rumahtangga sempurna.

"Syabas tidak pernah meminta pandangan Kerajaan Negeri, jauh sekali untuk berbincang mengenainya. Senario ini sekaligus memberi kebimbangan kepada kaum wanita khususnya, apabila air dicatu di bulan Ramadan.

"Urusan rumahtangga terganggu. Anak-anak tidak terurus sehingga amalan
ibadah juga turut terganggu.

"Ia boleh melibatkan soal-soal kesihatan dan perkara-perkara lain yang
akan timbul akibat penawaran air yang terganggu tanpa alasan yang benar," Rodziah berkata di dalam kenyataan medianya semalam.

Mengikut perjanjian konsensi 2004, Syabas, sebuah syarikat swasta, dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi rawatan dan edaran air di Selangor.

Kerajaan Negeri mahu mengambilalih operasi itu daripada Syabas kerana syarikat itu dilihat tidak mampu mengurus bekalan dan edaran air terawat dengan baik.

Akan tetapi, pada Julai 23, kerajaan pusat tidak meluluskan permintaan Kerajaan Negeri.

"Suatu pendekatan memberi kebajikan dan keselesaan rakyat tanpa pembaziran dan kos yang berlebihan adalah terbaik untuk rakyat Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Justeru, Syabas diingatkan supaya tidak menjadi dalang utama dengan cuba menyekat bekalan air di Selangor terutama di bulan Ramadan untuk kegunaan rakyat."

Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang