Rabu, 25 Julai 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jerat tidak pernah melupakan pelanduk

Posted: 25 Jul 2012 12:41 AM PDT

Penjenayah semakin kreatif serta inovatif nampaknya untuk mencari mangsa. Pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Hanya kepada Allah tempat kita mohon perlindungan dan pertolongan.

Menyamar suami isteri, samun guru
25 Julai 2012

SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami isteri yang mahu menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini semalam, sebelum bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.

Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang ke tabika berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua guru terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kedua-dua suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang kemudian menyerbu masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan barang berharga.

"Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan barangan kemas, dua telefon bimbit bernilai lebih RM500.

"Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan kanak-kanak yang berada di dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan berada di pejabat mereka," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak meminta kunci kereta jenis Perodua Myvi milik salah seorang guru yang berada di luar kawasan tabika itu. 

"Kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan kereta berkenaan dan meninggalkan motosikal jenis Honda di tabika berkenaan.

"Hasil pemeriksaan awal kita mendapati, motosikal berkenaan dicuri di Klang dan siasatan sedang dilakukan untuk memburu suspek," katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta jenis Toyota Camry milik seorang guru dilarikan enam lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Taman Desa Indah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an didatangi sebuah kereta jenis Toyota Estima dinaiki enam lelaki berhenti di hadapan rumah sejurus pulang dari bekerja.

"Tiga daripada suspek kemudian bertindak mengugut mangsa supaya menyerahkan semua barangan berharga seperti komputer riba, barang kemas, broadband, dan telefon bimbit.

"Suspek turut bertindak melarikan kereta Toyota Camry mangsa sebelum melarikan diri. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM117 000," katanya.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.

"Kita sedang mengesan kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran," katanya.

Iftar dan Ceramah

Posted: 24 Jul 2012 09:00 PM PDT


Sudah 4 bulan jambatan runtuh belum dibaiki

Posted: 24 Jul 2012 06:34 PM PDT

Dikhabarkan sebuah jambatan di Kg Sekolah Lama, Batu 8, Labu, Negeri Sembilan telah runtuh dilanda banjir besar sejak 4 bulan yang lalu masih belum dibaiki. Sebahagian penduduk yang terputus hubungan dengan dunia luar terpaksa mengunakan lintasan keretapi untuk ke pekan. Kalau adapun jalan alternatif, jaraknya 2 km dari jalan sedia ada.


6 kampung terputus hubungan
9 April 2012

LABU – "Kami tiada cara lain, selain melintas landasan keretapi," kata Ropiah Omar, 54, penduduk asal Kampung Batu 8, di sini.

Biarpun menyedari tindakannya boleh mengundang bahaya, namun mereka tidak ada pilihan lain selain terpaksa menyabung nyawa untuk ke pekan atau ke tempat kerja,

Semuanya kerana jambatan dan jalan menghubungkan enam buah kampung ke jalan utama runtuh akibat kejadian banjir, Selasa lalu sehingga menjejaskan hampir 1,000 penduduk.

"Kami ingin persoalkan berkenaan kualiti projek infrastruktur di kampung ini dilihat tidak memenuhi piawaian sepatutnya.

"Bagaimana jambatan yang dibina mempunyai kualiti yang amat teruk apabila mudah mendap dan rosak," katanya.


TAZKIRAH RAMADHAN

Posted: 24 Jul 2012 06:28 PM PDT

Tarikh : 28 Julai 2012 , Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kg Senama Tengah, Rembau (rumah cikgu Zul)
Bersama : Ustaz Nasarudin Tantawi, Dr. Rosli Yaakop, Sdr Nazree Yunus dan Sdr Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid)

Semua dijemput hadir

Jawatan Kosong Guru Agama

Posted: 24 Jul 2012 06:27 PM PDT

Tawaran sebagai guru agama (tetap) untuk sebuah syarikat pelancongan dan pengurusan umrah di Tampin, Negeri Sembilan. Berminat sila hubungi Ustaz Ghani di 012-6761187.

Tarikh tutup permohonan pada 6 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang