Selasa, 19 Jun 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


AHLI AKADEMIK TURUN TARAF JIKA KAKI AMPU

Posted: 19 Jun 2012 11:05 PM PDT


Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik

KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya.

"Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah.

"Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain," katanya di sini.

Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksub Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun.

Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN.

"Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009.

"Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2)," ujarnya.

Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7).

Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat.

Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang.

Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan.


"Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah.

"Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang," tambahnya.

Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka.

sumber: harakahdaily

ADUN SELAT KLANG bersyukur boleh selesai masalah tanah setinggan 40tahun

Posted: 19 Jun 2012 09:10 AM PDT

Penantian 40 Tahun Berakhir Hari Ini


ISU masalah penduduk Kpg Keretapi di DUN SELAT KLANG alhamdulillah boleh diselesaikan setelah 4 tahun ADUN Selat Klang YB Dr Hjh Halimah Alin bertungkus lumus berurusan dengan pihak Pengurusan Aset Keretapi, Pejabat Tanah Klang, EXCO Kerajaan Selangor dan wakil penduduk yang berbilang ideologi politik.


KLANG 15 JUN : Hasrat 125 penduduk di Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah setelah menunggu lebih 40 tahun kini menjadi kenyataan.
Penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN dahulu.
Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya.
Tetapi apabila pilihanraya berlepas, janji itu tidak ditunaikan.

Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973.
Sebelum ini katanya, kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu. Tetapi kini tidak lagi.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini," katanya ketika ditemui.
Walaupun sangat teruja, beliau juga berasa sedih.

Ramai penduduk kampung yang sudah lama mengejarkan tanah itu tidak sempat menikmati keistimewaan hari ini kerana sudah meninggal dunia.
Majlis Penyerahan Geran Hak Milik itu di sampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam.
Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng.

Abdul Khalid juga menyerahkan sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua.
Penduduk Jalan Kenangan, Hamdan Bakri, 43, berkata seramai 67 orang menerima kelulusan TOL.
Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini.

Beliau berkata beliau kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji tinggal janji.

"Setiap kali menjelang pilihan raya umum parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya.

"Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata," katanya.
Hamdan berkata beliau bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai.

"Kita akan usahakan untuk mendapatkan geran hak milik selepas ini.
"Tindakan Kerajaan Negeri ini kita nampak ketulusannya. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik," katanya.

UNISEL memBAKAU ditempuh gelora

Posted: 19 Jun 2012 08:52 AM PDT

Pelajar UNISEL Menangi Anugerah Terbaik Industri


KLANG, 15 JUN : Universiti Selangor (UNISEL) terbukti melahirkan pelajar-pelajar berkualiti dan diiktiraf seluruh Malaysia selepas dua orang pelajarnya berjaya menerima anugerah dalam bidang industri masing-masing.

Sufi Habibullah Roslan, 24, pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal diberi penghargaan oleh Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), badan profesional bidang itu, di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.

Beliau mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.

Sufi ketika ditemui berkata, UNISEL berjaya mewujudkan suasana pembelajaran menarik kerana dibantu oleh barisan pensyarah-pensyarah berkualiti.
"Ini bukan kejayaan saya seorang tetapi seluruh warga UNISEL perlu merasa bangga kerana ini membuktikan universiti ini mampu melahirkan graduan-graduan yang berjaya," katanya.
Sementara itu, Kerajaan Selangor berbesar hati memberikan sumbangan penghargaan di atas usaha yang dipamerkan kedua-dua pelajar terbabit.

Penyampaian sumbangan dilakukan Menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di iringi Pemangku Naib Canselor UNISEL, Prof Dr. Anuar Ahmad bersama barisan Exco Selangor di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Kerayong, Kapar hari ini.

Seorang lagi pelajar, Berjilia Jun Im Kin, 24, menerima Anugerah Pelajar Akauntan Terbaik UNISEL daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) bersama 11 wakil universiti-universiti lain di Malaysia.

Beliau yang berasal dari Sri Aman, Sarawak juga menerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut kerana mendapat PNGK 3.8 sepanjang pembelajarannya di UNISEL.

Katanya, UNISEL merupakan salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia kerana mampu melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang masing-masing.
"Walaupun terdapat banyak universiti lain di Malaysia, saya memilih UNISEL untuk menimba pengalaman berdikari untuk mencapai cita-citanya," katanya.

ISA DAPAT PERINTAH MAHKAMAH TIDAK BOLEH SERTAI MESYUARAT FELDA

Posted: 19 Jun 2012 03:27 AM PDT

Mahkamah benar cabar Isa sebagai pengerusi KPF

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peneroka Felda bagi mencabar Tan Sri Isa Samad dari menjadi pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi itu.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati kes itu mempunyai merit dan menolak semua bantahan awal dari peguam Isa, kata Peguam Mohamed Hanipa Maidan.

Oleh itu, Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya untuk membenarkan judicial review dan membenarkan sekatan sementara ke atas Isa sebagai ahli KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Oleh itu, Mohd Isa tidak boleh menyertai mesyuarat esok," kata Hanipa kepada wartawan.

Sumber: Harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang