Selasa, 19 Jun 2012

.

.


Pemuda Pas mahu fatwa isu PRU-haji

Posted: 18 Jun 2012 09:30 PM PDT

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas mahu Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian umum berkenaan dengan isu mengadakan pilihan raya dalam musim haji.
Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, jika Majlis Fatwa Kebangsaan mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pihak pembangkang, maka amatlah wajar badan itu mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung dengan isu yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan Kerajaan Malaysia.
"Selari dengan fungsi yang ditetapkan oleh pihak Jakim terhadap bahagian Pengurusan Fatwa, Majlis Fatwa menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan dengan fatwa dan juga menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum-hakam," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/pemuda-pas-mahu-fatwa-isu-pru-haji-1.57651

Hak politik adalah amanah, tegas Hadi

Posted: 18 Jun 2012 09:27 PM PDT


Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Pas tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.

Beliau berkata, Rasulullah SAW  bersabda, menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.

"Pilihan raya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat.

"Pilihan raya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab sesat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokus kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah menimbulkan kontroversi. Abdul Hadi berkata, susulan daripada kenyataan itu, Tuan Ibrahim menjadi sasaran media Umno.
Menurutnya, Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.Dalam kenyataannya, semalam, Abdul Hadi berkata, beberapa surah dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang dihisab pada hari kiamat nanti.
"Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan umrah. Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam seperti kepala dan badan," katanya.
Abdul Hadi berkata, Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf menegaskan agama adalah asas, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas, ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas,
ia akan tercicir.
"Banyak hukum Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politik tidak termasuk dalam Rukun Islam dan Rukun Iman,"katanya.

Source: http://www.sinarharian.com.my/politik/hak-politik-adalah-amanah-tegas-hadi-1.57512

Bekas Menteri Pula Sertai Pas

Posted: 18 Jun 2012 04:06 PM PDT

Pas bagaikan saham syariah yang baru disenaraikan di bursa saham ia kini mendapat perhatian semua pihak. Bukan saja artis, pegawai tertinggi polis atau diplomatik tetapi bekas menteri juga turut sama memilih Pas sebagai wadah perjuangan dan dakwah.

Salleh Jafaruddin
Terbaru Harakahdialy melaporkan bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Salleh Jafaruddin dari Sarawak pula telah menyertai Pas. Beliau telah menyerahkan borang keahlian Pas kepada Presiden Pas Abdul Hadi Awang di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut hari ini.

Menurut Salleh pilihan kepada Pas itu ialah selepas beliau bermesyuarat (bertemu) dengan ahli Parlimen Pas bulan lepas menyebabkan beliau berfikir, istikharah untuk mendapat petunjuk dari Allah.


"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk Pas," kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lepas.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.


Sudah pasti dengan penyertaan Salleh ia akan menyemarakkan lagi perjuangan Pas khususnya di Bumi Kenyalang. Tahniah dan syabas kepada Salleh. [wm.kl.4:45 pm 18/06/12]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/susupan-petang_18.html

Tiada ulasan:

Nuffnang