Selasa, 12 Jun 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


TAK TAHU BEZA HUKUM, FATWA, PENDAPAT DAN NASIHAT

Posted: 12 Jun 2012 09:24 PM PDT

Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat. Laporan selanjutnya di SINI
Laporan asal BERNAMA yang mengatakan demo BERSIH adalah  HARAM di sini .Di sini Keputusan MAJLIS SYURA ulama' PAS


Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.

Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya.

Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

"Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama.

"Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya.

Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara.

Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya.

- Bernama

ADUN SELAT KLANG rasmi penutupan kursus haji di Masjid Muttaqin Sg Udang

Posted: 12 Jun 2012 07:40 AM PDT

 AHAD
MASJID MUTTAQIIN
KPG SG UDANG

Setelah menjalani kursus sebanayak 17 siri, bakal-bakal haji di DUN Selat Klang diraikan oleh Lembaga Tabung Haji KLANG dalam program khas yang ditambah nilai dengan motivasi daripada tazkirah Ustaz Uda Kasim.

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali  turut serta meraikan bakal tetamu Allah ini.
Beliau telah menyumbang 2 gazebo untuk kegunaan jemaah masjid khusunya bagi wanita yang uzur yang masih boleh mendengar majlis ilmu.
Beliau berkongsi dengan para jemaah agar menggunakan peluang terbaik itu dengan mengeratkan hubungan dengan Allah dan mempastikan rezeki yang diguna untuk diri serta keluarga yang ditinggal adalah daripada sumber yang suci agar mudah mendekati Allah.

Dimaklumkan oleh LUTH KLANG seramai 800 jemaah haji telah diluluskan daripada daerah Klang untuk tahun ini. Jumlah tahun lepas 2011 hanyalah 500orang.
Semoga mendapat haji mabrur semuanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang