Selasa, 12 Jun 2012

Khalid Samad

Khalid Samad


Berceramah Bersama TS Kadir dan Dato Tamrin Ghaffar

Posted: 11 Jun 2012 06:30 PM PDT

Saya berkesempatan berceramah bersama TS Kadir beberapa kali pada bulan Mei. Dalam satu ceramah, apa yang telah disebutkan oleh TS Kadir saya sebarkan melalui laman twitter saya secara ringkas point demi point. Sejurus selepas itu, saya menerima berbagai respon dari budak-budak UMNO. Sebagai rumusan, ramai dari mereka yang menulis seperti ini, "TS Kadir duduk dalam UMNO dulu, sekarang dah kaya dah. Apa lagi yang dia nak? Patut duduk di rumah main dengan cucu".

Itulah masalah budak-budak UMNO ini. Tanpa mereka sedar mereka mengakui bahawa bagi mereka, tujuan masuk UMNO adalah untuk menjadi kaya. Apabila sudah kaya, maka seseorang sepatutnya bersyukur dan berterima kasih. Maka duduklah diam-diam di rumah jangan cuba kacau peluang orang lain pula!

Bagi budak-budak UMNO seperti ini, mereka tidak faham soal masuk politik demi perjuangan. Apabila yang diperjuangkan itu akhirnya dinodai, maka seseorang pemimpin, walaupun sudah mula berpencen, tidak akan boleh berdiam diri. Inilah apa yang diceritakan oleh TS, iaitu bagaimana UMNO dulu dan sekarang tidak sama dan mengapa dia akhirnya keluar selepas menjadi ahli selama 56 tahun. Menurut beliau lagi, Tun Hussein Onn pernah memberitahu kepadanya apabila beliau cuba memujuknya supaya kembali menyertai UMNO, "apabila UMNO berpisah dari rakyat (tidak lagi membela rakyat), maka kita mesti bersama rakyat". Atas sebab itu maka Tun Hussein Onn tidak kembali menjadi ahli UMNO.

Walaupun dijelaskan TS Kadir dengan baik, budak-budak UMNO ni tidak akan faham kerana mereka terlalu fokus terhadap persoalan mengguna kedudukan dan jaringan untuk mengkayakan diri.

Saya juga berpeluang berceramah bersama Dato Tamrin baru-baru ini. Beliau adalah anak kepada Tun Ghaffar Baba. Beliau pun menceritakan perkara yang hampir sama seperti TS Kadir. Bezanya beliau belum lagi keluar UMNO. Walaubagaimanapun, beliau meminta rakyat supaya menolak UMNO! Beliau ingin menyelamatkan UMNO dengan cara membiarkan UMNO mengalami kekalahan. Maka, barulah UMNO akan insaf dan kembali kepada perjuangan asalnya iaitu membela nasib rakyat, khususnya masyarakat Melayu. Itulah perjuangan asal UMNO mengikut Dato Tamrin dan sekarang ini UMNO telah terpesong dari matlamatnya.

Dalam pada itu, apa yang agak mencuitkan hati ialah apabila semasa berceramah beliau sempat pula berpesan; kalau beliau dipecat dari UMNO maka janganlah orang-orang PAS menolak dia dari menyertai PAS pula!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Nuffnang