Ahad, 18 Mac 2012

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


SRJK (T) - RRI

Posted: 18 Mar 2012 09:20 PM PDT

16th Mac, 2012

Sebaik sahaja kedengaran berita kerosakan yang dialami oleh Sekolah Tamil RRIM akibat ribut kuat pada akhir bulan Februari , 2012 yang lalu , beberapa usaha telah diambil untuk membantu membaikpulih sekolah ini dengan segera. ADUN Dr. Nasir Hashim dengan Ahli Parlimen YB Sivarasa telah melawati sekolah tersebut untuk mengenalpasti keadaannya . Kebanyakkan struktur bumbungnya telah rosak dan perlu diperbaiki diketiga -tiga blok bangunan sekolah satu tingkat ini .
Semasa ribut tersebut juga air hujan telah membanjiri kebanyakkan bilik darjah dan juga perpustakaannya . Bantuan segera dari Kerajaan Negeri Selangor telah dipohon dan suatu perjumpaan telah diadakan dengan Exco YB Dr. Xavier Jayakumar pada 6hb.Mac, 2012 . Setelah menerangkan masalah dan kerosakan yang dihadapi kepada Exco , beliau dengan serta merta mengumumkan bantuan RM 50,000 kepada sekolah ini .


Tambahannya pula apabila masalah keuzuran bangunan sekolah ini tersiar dalam berita email Pejabat ADUN Kota Damansara , maka beberapa pihak korporat juga telah menghulurkan bantuan untuk membantu para pelajar sekolah Tamil .

Sumbangan barangan bumbung dan 'hardware' bernilai RM 30,000 disediakan oleh sebuah syarikat pembekal hardware . Selain daripada itu sebuah lagi syarikat kontraktor swasta memberikan bantuan RM 10,000 dengan tenaga pekerjanya untuk menyiapkan kerja tersebut dengan secepat mungkin .
Kini kerja -kerja pembaikpulihan bumbung sedang giat dijalankan agar ianya dapat digunakan apabila sekolah bermula pada minggu hadapan .

Pada masa yang sama ADUN juga megambil kesempatan ini untuk memberikan bantuan kewangan kepada seramai 34 keluarga pekerja RRIM yang mengalami kerugian akibat ribut yang sama melanda kawasan ini . Beberapa rumah kehilangan bumbung dan kerosakan harta benda . Sebanyak 34 keluarga ini menerima RM 200 seorang dari Dr.Nasir Hashim ADUN Kota Damansara .

 

Jom Shopping - 17hb Mac 2012

Posted: 18 Mar 2012 08:29 PM PDT





YB Sivarasa sempat bersama Warga Mas dari kawasan DUN Bukit Lanjan untuk program JOM Shopping di GIANT, Kota Damansara.
Di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, warga mas yang berdaftar akan dijemput pergi membeli belah di pasaraya tertentu dan diberikan baucer bernilai RM100.


Tiada ulasan:

Nuffnang