Ahad, 18 Mac 2012

.

.


PEDAS Buat 'Laporan SPRM', Dakwa Bekas Pemimpin UMNO BN Khianat Tanah Rizab Melayu

Posted: 17 Mar 2012 08:21 PM PDT

KUANTAN, 18 Mac - Sebuah NGO yang dikenali sebagai Pengerak Anti Rasuah Dan Salahguna Kuasa (PEDAS) baru-baru ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Pahang, berhubung satu isu penyelewengan tanah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di negeri ini. Laporan telah dibuat oleh wakil mereka, Ram Ponnusamy (foto) dan Pang Jon Kong di pejabat SPRM Pahang, Tingkat 10, Wisma Persekutuan dekat sini. Turut mengiringi mereka ialah beberapa orang pemimpin PAS Kawasan Kuantan termasuk Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua) dan Ustaz Syed Anis Syed Hussin (Naib Yang DiPertua). Dalam laporan tersebut, pihak terbabit mendedahkan satu penyelewengan tanah (No Hak Milik 7793, Lot 468 Seksyen 39) yang dilakukan oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang yang juga bekas Menteri Besar iaitu, Tun Khalil Yaakob dan barisan exconya (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang). Difahamkan, MB Ahli MMK telah berkerjasama memecahbelahkan Tanah Simpanan (Rizab) Melayu Tok Sira kepada 14 lot perumahan yang masing-masing mempunyai pajakan 99 tahun dengan menggunakan Pasdec Corporation bagi mengaburi mata rakyat atas tindakan ini. Menurut Ram, tanah disitu (Tok Sira) adalah Tanah Rizab Melayu dan tanah tersebut masih dirujukkan atau dikategorikan sebagai Tanah Rizab Melayu sehingga ke hari ini berdasarkan maklumat dari Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan serta Pejabat Ukur Dan Pemetaan. "Mereka gunakan Pasdec Corporation Sdn Bhd untuk permohonan tersebut dan kemudiannya dipecahkan kepada 14 bahagian untuk tujuan lot-lot perumahan. Permohonan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (MMK) pada 2 April 1997 dan ia diberi milik kepada Pasdec pada 25 Oktober 1997", Kata Ram. Pasdec kemudiannya telah menjualkan lot terbabit kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang dengan kadar harga yang terlampau murah.


Pang Jon Kong, Cikgu Sulaiman, Ram Ponnusamy dan juga Ustaz Syed Anis
bergambar di lobi Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Antara yang disebut dalam laporan itu ialah bekas MB Tun Khalil Yaakob,
Dato' Hamdan (PKNP), Dato Hassan dan juga Dato' Omar (bekas Exco)

"Antara yang menandatangi Borang 14A (pndah lot) bagi lot tersebut pada 31 Disember 2001 ialah bekas Timbalan Menteri Besar Pahang Dato' Hassan Ariffin dengan harga RM76,499. Harga itu terlalu rendah jika dibanding dengan harga pasaran ketika itu iaitu RM213,000 (dinyata dalam surat pejabat duti setem bertarikh 23 Januari 2002)", kata Ram lagi. Beliau turut mendedahkan, antara ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang mendapat lot-lot tanah itu lagi ialah Rahadian Mahmud Mohd Khalil (anak MB) bagi lot PN 7792, Lot 467, Seksyen 39; Dato' Omar Othman (Exco) bagi lot PN7800, Lot 475, Seksyen 39; Dato' Hamdan Jaafar (PKNP) bagi lot PN7803, Lot 478, Seksyen 39; Dato' Halim Hj Ibrahim bagi lot PN7804, Lot 479, Seksyen 39 serta ahli MMK lainnya.

Sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/

Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia

Posted: 17 Mar 2012 08:19 PM PDT

Muhammad Yusri Amin, 17 Mac 2012
KOTA BHARU, 17 Mac: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan 'top sale' pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

"Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan 'top sale'.

"Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat, mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,

Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

"Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh 'dibawa keluar'," katanya.

Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.

Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk 'berkolabrasi' (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.

"Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.

"Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh 'bawa keluar' produk atau perkhidmatan mereka. Itulah misi dan 'usahasama' kita," katanya.

Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.

"Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8875-kuasa-beli-rakyat-kelantan-antara-tertinggi-di-asia

Tiada ulasan:

Nuffnang