Sabtu, 10 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Mohon Sumbangan untuk PASTI di Seremban

Posted: 09 Mar 2012 10:59 PM PST


Dimaklumkan pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan di Taman Paroi Jaya, Seremban mengalukan-alukan sumbangan untuk menaiktaraf alat bantuan mengajar antara TV LCD yang kosnya sekitar RM 1,500.00.

Kepada mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menghubungi Pengurus Pasti Al-Ikhwan iaitu Encik Nor Azlan di talian 013-9313107.

Alamat :

PASTI Al-Ikhwan

No 166, Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban

E-mel : pastialikhwan@yahoo.com

Laman web : http://pasti-al-ikhwan.blogspot.com

Laman web PASTI N.Sembilan : http://pasti-n9.blogspot.com

aBantuan perkapita sekolah agama tertangguh 6 tahun

Posted: 09 Mar 2012 08:54 PM PST

PM berkata kerajaan menyediakan peruntukan RM95 juta setahun untuk membiayai bantuan perkapita bagi sekolah agama yang sebelum ini tertunggak selama lima hingga enam tahun. Adakah RM95 juta tersebut jumlah keseluruhan yang tertunggak sejak enam tahun yang lalu atau untuk tahun 2012 sahaja? Kenapa sebuah institusi agama Islam yang amat penting iaitu sekolah agama, bantuan perkapita boleh tertangguh sehingga 6 tahun, sedangkan umat Islam membayar zakat setiap tahun?

RM100 juta untuk sekolah agama

10 Mac 2012

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM100 juta untuk penambahbaikan sekolah agama di seluruh negara pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan peruntukan RM95 juta setahun untuk membiayai bantuan perkapita bagi sekolah agama yang sebelum ini tertunggak selama lima hingga enam tahun.

"Memang kalau diikutkan untuk keseluruhan sekolah tidak mencukupi, tetapi ia adalah peningkatan peruntukan yang telah luluskan," katanya pada Majlis Perasmian Sekolah Agama Taman Molek, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Pengajian Tinggi, merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam pada itu, Najib turut memuji usaha Kerajaan Negeri yang tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan Kerajaan Pusat untuk membangunkan sekolah agama negeri.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/rm100-juta-untuk-sekolah-agama-1.31011


Mahathir: Bantuan perkapita tidak akan disambung semula

Feb 20, 2003

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi bahawa kerajaan tidak akan meneruskan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak tahun lepas.

Kenyataan itu bercanggah dengan jaminan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa pihak SAR boleh memohon semula bantuan itu, sewaktu berdebat dengan timbalan ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ahad lalu.

Malah, Nazri yang juga ahli Parlimen Chenderoh, menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah berniat untuk menutup SAR dan langkah memberhentikan bantuan perkapita bersifat sementara.

Sebaliknya, Dr Mahathir hari ini mengulangi bahawa kerajaan tidak akan meneruskan bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat yang dihentikan sejak tahun lepas.

Sebaliknya kerajaan akan mengkaji semula isi kandungan pelajaran agama Islam dan modul baru ini akan diajar kepada pelajar sekolah kebangsaan, kata Dr Mahathir kepada pemberita setelah mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami tidak akan memberi bantuan kepada sekolah agama rakyat. Yang kita utamakan ialah pelajaran agama Islam dan ia akan disampaikan kepada murid sekolah kebangsaan.

Ajaran sampingan

"Kita perlu mengkaji semula kandungan pelajaran agama Islam kerana kita dapati kebanyakannya tidak memberi tumpuan atau tekanan dalam ajaran yang sebenarnya, yang disampaikan kepada murid kita. Dengan itu anak-anak kita, apabila dewasa, tidak dapat manfaat sepenuhnya dari ajaran Islam yang diajar," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan mendapati mata pelajaran Islam juga tidak mempunyai "asas" kerana ia gagal memberi tumpuan kepada ajaran asas mengenai Islam tetapi lebih menyentuh kepada ajaran sampingan seperti cara pemakaian.

"Umpamanya, tumpuan diberi dalam hal pakaian, sama ada warna putih atau hitam. Itu menjadi lebih utama dari ajaran yang datang dari ibadat-ibadat yang diwajibkan," katanya lagi.

Ditanya sama ada kerajaan akan mencontohi modul pengajaran pengajaran Islam negeri Johor, Dr Mahathir berkata, kerajaan bersikap terbuka dan akan mengkaji semua aspek, termasuk pendekatan yang dipraktik di Johor.

Apa yang penting, katanya, ialah kandungan pelajaran Islam itu, kerana kerajaan mahu memastikan ianya lebih menekan kepada pembentukan peribadi Islam dan kehidupan secara Islam kepada para pelajar.

Beliau juga mendakwa modul pelajaran agama Islam sekarang cetek dan para pelajar hanya didedahkan kepada tafsiran yang cetek.

Bantahan

"Sepatutnya, bila kita belajar agama, kita akan menjadi manusia yang baik dan berjaya. Sebagai contoh, ada yang menyebutkan tentang azan di mana umat Islam diseru bersembahyang dan menuju kejayaan.

"Kejayaan bermakna kejayaan dalam kehidupan kita. Tapi orang ini mentafsirkan kejayaan dengan cara yang cukup terhad...iaitu kejayaan bersembahyang. Sebenarnya kita disuruh mencapai kejayaan dalam kehidupan kita...tapi itu tidak diberi tekanan," katanya lagi.

Pada 25 Okt tahun lalu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan akan memberhentikan bantuan perkapita kepada SAR kerana mendapati mereka tidak mengajar agama Islam yang betul.

Tidak lama kemudian, Kementerian Pendidikan pula menyatakan bahawa semua guru dan pelajar di SAR akan diserapkan ke sekolah kebangsaan.

Sejak itu, banyak pihak termasuk Gerakan Bertindak Umat Selamatkan SAR (Gegar) telah

menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan itu dan berpendapat sistem pendidikan SAR perlu dipertahankan.

Kini terdapat lebih 260 SAR di negara ini, membabitkan 74,000 pelajar peringkat rendah dan menengah. Sehingga ini, kira-kira 14,000 pelajar SAR telah beralih ke sekolah kebangsaan.

http://www.malaysiakini.com/news/14515

Arahan rekod kecenderungan politik guru ditarik balik

Posted: 09 Mar 2012 08:53 PM PST

Mac 9, 2012 - Pejabat Pendidikan Tawau hari ini menarik balik arahan yang dikeluarkan kepada guru besar supaya merekodkan kecenderungan politik kakitangan mereka.

Arahan asal yang meminta guru besar mengkategorikan kakitangan mereka, termasuk guru, sebagai 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' mengikut kecenderungan politik masing-masing, adalah satu "kesilapan", kata pegawai pendidikan daerah, Darman Shah Asakil kepada Malaysiakini hari ini.

Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara.

"Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik," katanya.

Jabatannya, tambah Darman Shah, telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua guru besar memaklumkan kepada mereka tentang penarikan balik arahan asal itu.

Awal hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi memberitahu Malaysiakini tiada arahan seumpama itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.

http://www.malaysiakini.com/news/191635


Rayuan Derma Baik pulih Surau di N.Sembilan

Posted: 09 Mar 2012 08:52 PM PST

(Sumber dari Blog Bintongan)

Surau Kampong Bukit Bintongan, 71300 Rembau

Negeri Sembilan Darul Khusus

6 Mac 2012

Assalamualaikum

Y.Bhg. Saudara dan Saudari, Tuan dan Puan


RAYUAN DERMA PERIBADI UNTUK MEMBIAYAI PROJEK MEMBAIK PULIH TANDAS DAN BILIK AIR LELAKI SURAU DAN MEMBAIK PULIH PAGAR KUBUR KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Surau Kg Bukit Bintongan telah merancang untuk melaksanakan projek baik pulih tandas dan bilik air Surau dan juga pagar kubur yang roboh di alamat yg tersebut diatas.

Kami bagi pihak AJK Pentadbiran Surau Kg Bukit Bintongan, ingin merayu kepada para muslimin dan muslimat agar dapat memberi sumbangan derma peribadi , zakat serta apa jua bentuk sokongan bagi membiayai dan menjayakan baik pulih tandas dan bilik air surau Kg Bukit Bintongan Rembau Negeri Sembilan ini.

Projek baik pulih tandas dan bilik air surau dan pagar kubur Kg Bukit Bintongan Rembau adalah berasaskan kepada konsep surau sebagai Sebuah Madrasah Islam yang Moden, Pusat Komuniti Bersepadu bagi pelbagai kegiatan penduduk atau jemaah, iaitu tempat beribadah, pengajian ilmu, penyebarah dakwah dan disamping itu sebagai sebuah pusat komuniti yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti untuk masyarakat setempat khususnya serta masyarakat di persekitarannya.

Oleh yang demikian anggaran perbelanjaan keseluruhan baik pulih ialah RM30,000.00 (Tiga Puluh Ribu sahaja).

Besarlah harapan kami agar Y.Bhg, Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian dapat memberi sumbangan dalam bentuk tajaan, Derma, Wakaf zakat dan sebagainya bagi menjayakan Projek yang di rancangkan.

Sumbangan boleh di buat secara tunai, cek berpalang atau secara "on line" kepada akaun;

AKAUN SIMPANAN SURAU KG BUKIT BINTONGAN REMBAU NEGERI SEMBILAN, Akaun simpanan No: 562414005431 CIMB Rembau

Sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan akan dicatatkan didalam webs ini sebagai penghargaan.

Segala sumbangan Y.Bhg Tan Sri, Dato'-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

[Kamruddin Hitam]

Pengerusi

Sumber : http://bintongan.blogspot.com/2012/03/rayuan-derma.html

Tiada ulasan:

Nuffnang