Sabtu, 10 Mac 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


KG. CHANGKAT JONG DILANDA BANJIR

Posted: 09 Mar 2012 06:02 PM PST


TELUK INTAN, 9 Jumaat - Kg. Changkat Jong adalah antara kawasan yang teruk dilanda banjir akibat hujan lebat yang bertersusun yang menyebabkan ban pecah. Ekoran air yang naik tinggi di beberapa tempat telah memaksa pihak terbabit membuka pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah Lorong Kedah, Kg. Baru Batu 8, Kg. Batu 7 dan Lorong Mesra Jalan Changkat Jong. Menurut seorang jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), sebanyak 37 buah keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan yang melibatkan seramai 1320 orang di kalangan dewasa dan kanak-kanak.



Pada hari Jumaat lalu, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Changkat Jong, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan Cawangan Changkat Jong telah melawat pusat pemindahan banjir. Menurut maklumat JPAM, paras air Sungai Bidor (sehhinga 9 Mac) mencecah 3.41 meter.

YB Anuar serta ahli rombongan mengambil kesempatan bertanya khabar dan masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir. Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di dalam dewan sekolah. YB Anuar telah diberikan taklimat oleh pegawai JPAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berkenaan situasi semasa banjir.
YB Anuar bertanya khabar dan beramah mesra dengan mangsa banjir.


Sdr. Mohd. Saleh Ibrahim, Ketua Cawangan Bt. 9 Changkat Jong menyantuni seorang warga emas.

Kanak-kanak sedang menonton televisyen di dalam dewan.

Setakat ini, mangsa-mangsa banjir telah diberikan layanan yang baik oleh pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

YB Anuar berharap pihak berkuasa mengambil usaha proaktif agar masalah banjir setiap tahun di kawasan tersebut dapat diatasi segera.

"Sebenarnya pihak kerajaan negeri mampu membuat projek tebatan banjir dengan lebih terancang dengan kos tertentu. Tetapi malangnya, kebanyakan projek tebatan banjir tidak dilakukan dengan serius umpama  melepaskan batuk di tangga," ulas YB Anuar.

Beliau juga berharap para penduduk yang terlibat banyak bersabar kerana kesemuanya ini adalah ujian daripada Allah SWT. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak JKM dan JPAM yang telah melaksanakan tugas dengan baik dan cekap.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang