Khamis, 20 Oktober 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Jemputan Media : Program Deepavali Kerajaan Negeri Selangor 2011

Posted: 20 Oct 2011 07:24 AM PDT

Berikut adalah jadual program-program utama Kerajaan Negeri Selangor sempena sambutan Deepavali tahun 2011:

Full Public Accountability On The RM900 Million Award Of Women And Children’s Hospital To Najcom Sdn Bhd & UEM Group Berhad

Posted: 20 Oct 2011 03:21 AM PDT

PRESS RELEASE
20 OCTOBER 2011


FULL PUBLIC ACCOUNTABILITY ON THE RM900 MILLION AWARD OF WOMEN AND CHILDREN'S HOSPITAL TO NAJCOM SDN BHD & UEM GROUP BERHAD

I make reference to a report in www.theedgemalaysia.com on 19 October 2011 on an award for the construction of a new women and children's hospital to a little known company Najcom Sdn Bhd and its joint-venture partner UEM Group Berhad. The construction of the hospital (expected to cost in between RM700 million to RM900 million) has been included in the recently announced 2012 budget.

Najcom Sdn Bhd is a comparatively small Penang-based construction company owned by individuals closely connected to Barisan Nasional. Its biggest project to date is the construction of the Malaysian Institute of Pharmaceutical and Nutraceutical in USM for RM80 million, awarded in 2008. Apart from this, Najcom Sdn Bhd's projects are mostly small projects costing below RM10 million; hardly a suitable company by experience and size to carry out a national project costing nearly a RM1 billion.

UEM Group Berhad has been closely linked to Umno establishment all these years and was the beneficiary of the latter's largesse.

Therefore, it is of great concern that yet another expensive public project has been awarded to closely connected companies in secrecy under the guise of private finance initiatives.

There is no doubt that the government will be involved in the financing of the project in one way or another – either through government guarantees of the loans to be raised by this little known company or awards of government assets in kind as a consideration. Barisan Nasional has been employing this back door financing method in many public projects announced since Dato' Seri Najib Tun Razak took over in 2009, including the RM55 billion funding of the MRT and the redevelopment of government lands in Sungai Buloh and Sungai Besi by private entities.

It is only right that the public knows the full details of the award to Najcom Sdn Bhd and UEM Group Berhad. This includes financing methods proposed, comparison of values accrued to the government under different proposals by other bidders and the main consideration to mitigate Najcom Sdn Bhd' lack of experience and financial capabilities to carry out such a massive project.

The country cannot afford yet another failed public project in the future that saddles it with a massive debt especially when Barisan Nasional is about to breach the national debt ceiling imposed by Parliament.

This latest questionable award of a flagship project under the 2012 budget highlights Barisan Nasional's lack of political will to institute good governance and relegated the budget to become just a list of expensive projects open for massive abuse and corruption.

I call for full accountability on the part of government; if only to demonstrate that there is still a shred of decency and good governance in force under Dato' Seri Najib Tun Razak.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
AHLI PARLIMEN MACHANG
20 OCTOBER 2011

Menteri Besar - Kutipan Sisa Pepejal Berjalan Lancar

Posted: 20 Oct 2011 02:00 AM PDT

SHAH ALAM 20 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan, pengurusan kutipan sisa pepejal yang diambil alih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari Alam Flora mulai 16 Oktober lalu berjalan lancar dan menerima aduan positif daripada penduduk.

Menteri Besar berkata, ia sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan PBT gagal melaksanakan urusan kutipan sisa pepejal dengan baik.

Tambahnya, kerajaan negeri akan memantau kerja-kerja kutipan sisa pepejal yang dilakukan PBT dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Satu berita yang amat memuaskan ialah semua PBT telah dapat menjalankan tugas dengan baik dalam dua aspek, iaitu pengangkutan sampah dan pembersihan.

"Kedua-dua tugasan ini adalah di bawah bidang kuasa PBT dan saya mula menerima laporan harian daripada mereka yang mengatakan mereka mampu menjalan-kan tugasan dengan baik," jelasnya.

Sementara itu, Exco Selangor, Ronnie Liu turut memaklumkan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) baharu-baharu ini telah membuat keputusan untuk menambah kerja-kerja kutipan sisa pepejal daripada tiga kali seminggu kepada empat kali seminggu.

Manakala kutipan sampah di kawasan-kawasan yang diiktiraf sebagai Zon Bersih akan dilakukan setiap hari.

"Orang ramai diminta supaya bekerjasama dengan PBT dengan membungkus sampah-sampah di dalam beg plastik untuk memudahkan urusan kutipan sampah.

"Manakala pada hari yang tiada kutipan sampah, simpan dulu sampah itu di tempat yang sepatutnya," katanya.

Kerajaan negeri mengesa rakyat Selangor mengemukakan sebarang aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing, sekiranya ada masalah berkaitan pengu-rusan sisa pepejal di kawasan masing-masing.


Sumber: TVSNEWS

Selangor Beri Tumpuan Pada Belia Yang Tidak Ke Universiti

Posted: 20 Oct 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 20 OKT : Kerajaan Selangor sedang meningkatkan program pembangunan kemahiran bagi belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata fokus kerajaan negeri kini adalah untuk membentuk pembangunan belia supaya ia sejajar dengan pembangunan negeri Selangor yang sedang berkembang pesat.

Ini kerana jelasnya, kebanyakan belia yang berjaya memasuki IPT hanyalah kira-kira 30 peratus sahaja, manakala selebihnya tidak berjaya menerima sebarang tawaran.

Oleh demikian katanya, pelbagai usaha perlu diketengahkan bagi membantu golongan belia yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ini ke peringkat lebih tinggi.

"Kerajan Selangor telahpun membuat sebuah program kecil dengan membangunkan sekolah atau institusi kemahiran yang boleh membantu golongan belia mengasah bakat atau kemahiran, contohnya Kolej Inpens.

Selain itu, semasa membuat lawatan ke Jerman, saya telah berbicang untuk memberi peruntukan kepada pelajar yang tidak menerima peluang melanjutkan pelajaran ke IPT atau IPTS untuk mengikuti kursus dari segi kemahiran di syarikat Jerman di Malaysia supaya mereka dilatih dan mendapat sijil kemahiran," katanya.

Tambah Abdul Khalid, melalui cara itu persaingan bagi mendapatkan pekerjaan dengan pekerja asing dapat dikurangkan atau dielakkan.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan wakil kesatuan sekerja berhubung peluang pekerjaan yang ditawarkan kerajaan negeri kepada golongan belia terutaman pelajar lepasan SPM serta IPT dan IPTS.

Majlis itu dihadiri kira-kira 30 wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Luncheon Talk di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini tengah hari tadi.

Majlis Luncheon ini adalah lanjutan daripada pertemuan Menteri Besar bersama MTUC Selangor yang hadir menyerahkan memorandum berkaitan penubuhan Majlis Buruh Selangor.

Ia bertujuan untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dikemukakan MTUC sebelum memorandum tersebut dimuktamadkan.

Sementara itu, bagi graduan lepasan IPTA atau IPTS, Abdul Khalid menjelaskan kerajaan Selangor turut menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang boleh membantu mereka mencari pekerjaan yang bersesuaian.

"Saya telah melancarkan satu program yang dikendalikan oleh Kumpulan Perangsang dengan menjemput graduan universiti untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan memberi latihan antaranya cara bercakap dan cara memperkenalkan pendapat kerana ia mempengaruhi pilihan pekerjaan selain berupaya membina jati dan keyakinan diri," ujarnya.

Untuk tujuan itu katanya, lebih RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membantu dan memberi maklumat serta kemahiran kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan.

Bagaimanapun tegas beliau, usaha ini perlu dipergiatkan oleh segenap lapisan masyarakat bagi memastikan ia dapat berjalan lancar.

Selangor Tidak Tunduk Ugutan Pusat : Loji Rawatan Air Langat

Posted: 19 Oct 2011 03:45 AM PDT

SHAH ALAM 19 OKT: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan akur kepada tekanan yang dibuat oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk memberi keutamaan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri mengulangi pendirian bahawa rundingan penstrukturan semula industri air Selangor harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum usaha pembinaan loji Langat 2 diteruskan.

"Adalah amat tidak bermoral bagi pihak-pihak tertentu untuk membuat kenyataan menakut-nakutkan rakyat kononnya krisis air akan berlaku pada 2014 jika Langat 2 tidak dibina dengan segera," katanya dalam sidang media.

Menurut Menteri Besar, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berulang kali mengatakan bekalan air mentah lebih dari mencukupi di kesemua tujuh empangan Selangor.

Jika ada masalah bekalan air, ia berpunca dari kekurangan bekalan air bersih yang disebabkan oleh kegagalan SYABAS untuk menyediakan rezab air bersih yang mencukupi.

"SYABAS tidak menjalankan penyelenggaraan terhadap loji-loji pembersihan dengan efektif serta gagal mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada tahap yang cukup rendah.
"Sebaliknya mereka terus menekan kerajaan negeri untuk membenarkan pembinaan Langat 2 seolah-olah ia dapat menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri," katanya.

Tambah Abdul Khalid, kerajaan negeri hanya akan membenarkan Loji Langat 2 dibina selepas Kerajaan Pusat menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air yang merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

"Bagi memastikan rakyat memahami hasrat Kerajaan Negeri, kami akan melancarkan fasa ketiga "Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" yang akan membongkarkan usaha untuk membelakangan rundingan penstrukturan semula industri air negeri untuk keuntungan pihak yang berkepentingan.

Kempen fasa ketiga ini akan bermula dalam waktu terdekat dan lebih menyeluruh serta melibatkan semua pimpinan Pakatan Rakyat kerana isu ini melibatkan hak dan kepentingan rakyat," katanya.

Abdul Khalid berkata lagi, bagi memastikan hak rakyat terpelihara, kerajaan negeri tidak akan membenarkan kenaikan tariff air seperti yang dipohon oleh SYABAS untuk tahun hadapan. Kerajaan Negeri melantik juru audit bagi mengaudit operasi SYABAS untuk menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang dilaksanakan SYABAS seperti penggantian paip dan sebagainya.

"Kerja audit ke atas SYABAS ini akan dilaksanakan oleh dua firma perakaunan antarabangsa iaitu Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow," katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mempersoalkan keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional untuk menyiapkan projek itu dengan segera, sebelum isu penstrukturan semula industri air diselesaikan bagi memastikan harga air pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat.

LUAS pula dilihat mengesa Syabas untuk melihat teknologi terkini untuk merawat sumber air dan menaiktaraf loji-loji sedia ada bagi menambah kapasiti loji-loji sedia ada bagi menambah kapisiti loji pembersihan tersebut.

Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.


Sumber: TVSNEWS

SJKT Terima Bantuan Pendidikan Fasa Kedua RM1.38 juta

Posted: 19 Oct 2011 03:30 AM PDT

SHAH ALAM, 19 OKTOBER :Kira-kira 43 buah Sekolah Jenis Kangsaan Tamil (SJKT) di Selangor menerima bantuan pendidikan Fasa Kedua berjumlah RM1.38 juta oleh kerajaan negeri hari ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata bantuan hari ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri komited memperkasa sistem pendidikan selain meningkatkan taraf infrastruktur sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya, bantuan pendidikan bagi fasa pertama dengan jumlah RM6.69 juta, Kerajaan Negeri mengagihkannya kepada 97 SJKT serta 121 SAR dan 75 SJKC.

"Untuk fasa kedua ini adalah untuk infrastruktur dan pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah ini termasuk makmal komputer. Ini di antara cara-cara Kerajaan Negeri Selangor membuktikan bahawa Kerajaan Selangor memang mengambil kira keperluan pendidikan itu.

"Bantuan infrastruktur dan pembangunan pendidikan itu juga diberikan secara terus kepada pihak sekolah dan PIBG pula yang lebih rapat dengan sekolah boleh memantau perkembangan itu bagi Kerajaan Negeri," katanya.

Dr Halimah berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Cek Bantuan Peruntukan Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Lobi Bangunan SUK di sini hari ini.

Sebagai rekod, sekurang-kurangnya kerajaan negeri memperuntukan RM16 juta untuk pembangunan pendidikan .

Daripada jumlah tersebut, RM4 juta adalah untuk pembangunan SJKT agar sekolah aliran itu menikmati kemajuan seiring dengan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Sementara itu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sememangnya Kerajaan Negeri memberi tumpuan bagi pembangunan infrastruktur di SJKT di Selangor pada tahun ini yang didapati daif dan ketinggalan.

"Infrastruktur SJKT di Selangor memang daif kalau kita tengok dengan keadaan sekarang yang ada walaupun sekolah di bandar atau di luar bandar dengan keadaan yang teruk. Mereka gunakan peruntukan ini untuk membaikpulih sekolah mereka," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penilai SJKT menjelaskan Kerajaan Negeri kini dalam proses pewartaan 22 buah SJKT di Selangor dan dijangka mengambil masa kira-kira enam bulan.

Jelasnya, sekiranya pewartaan dibuat maka bantuan dapat disalurkan dengan lebih mudah kepada sekolah berkenaan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi; ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman; ADUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.


Sumber: TVSNEWS

Tiada ulasan:

Nuffnang