Khamis, 20 Oktober 2011

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Kenyataan Media : Dakwa pegawai polis dalam kejadian menembak tiga remaja di Glenmarie

Posted: 19 Oct 2011 09:15 PM PDT

Kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 17 Oktober 2011 bahawa polis bertindak di bawah kuasa undang-undang dalam menembak mati tiga remaja di Glenmarie pada 13.11.2010. Ketiga-tiga mangsa adalah Muhamad Syamil Hafiz (15), Mohd. Hairul Nizam Tuah (20) dan Muhamad Hanafi Omar (22). Dakwaan bahawa polis bertidak betul dalam kes ini  bertentangan dengan laporan bedah siasat ketiga-tiga mangsa.

Laporan bedah siasat menujukkan bahawa peluru yang membunuh mangsa ditembak dari kedudukan 45 darjah. Ini mencadangkan bahawa mangsa berada di dalam keadaan melutut semasa ditembak oleh polis – hakikat yang bertentangan dengan kenyataan polis bahawa mereka menyerang polis dengan parang sebelum di tembak mati.


Tambahan lagi, Muhamad Syamil Hafiz dan  Mohd Hairul Nizam ditembak sekali di kepala dan sekali di dada, manakala Hanafi Omar ditembak dua kali di kepala dan sekali di dada. Mengapa tidak ada cubaan mencederakan dan menahan  mereka terdahulu? Mengapa mereka ditembak beberapa kali di bahagian utama seperti kepala dan dada? Ini menunjukkan bahawa polis menembak untuk membunuh, bukan untuk mencederakan dan menahan.

Juga tidak selari dengan kenyataan polis bahawa fakta Hanafi ditembak dua kali di sebelah pipi termasuk di telinga kanan. Bagaimana peluru boleh memasuki sebelah kanan sedangkan polis mendakwa bahawa remaja tersebut menyerang secara bersemuka? Kontradiksi kenyataan versi polis juga didapati daripada penjelasan patologi dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang menyatakan bahawa Hairul Nizam mempunyai lebam mata. Bagaimana Hairul Nizam mendapat lebam mata sekiranya dia ditembak polis yang membalas serangan mangsa?

Disebalik bukti-bukti forensik yang banyak mengenai salah laku, Menteri Dalam Negeri memberi jaminan kepada Dewan Rakyat dalam soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo bahawa polis telah bertindak selaras dengan kehendak undang-undang.

Paling mengejutkan, Menteri Dalam Negeri juga berkata, kes tersebut disiasat Seksyen 307 Kanun Acara Jenayah, iaitu siasatan cubaan membunuh walaupun kesemua mangsa meninggal dunia dalam kes ini, ini menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri secara sengaja telah memesongkan Dewan Rakyat. Menteri wajib bertanggungjawab dengan kenyataan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat, terutamanya apabila melibatkan nyawa rakyat.

Budaya terlepas dari hukuman dan menembak secara sembarangan dikalangan sebahagian daripada anggota pasukan polis dibenarkan berikutan sikap Menteri Dalam Negeri yang melulu mempertahankan polis walaupun mereka melakukan jenayah. Menteri Dalam Negeri dalam melakukan perkara ini telah melupakan tanggungjawabnya untuk melindungi dan memelihara kepentingan orang awam. Sebagai mewakili keluarga mangsa, kami mengulangi gesaan kami agar pendakwaan dilakukan berdasarkan undang-undang terhadap semua anggota polis yang terlibat dalam pembunuhan tersebut.

N. SURENDRAN & NURUL IZZAH ANWAR

NAIB PRESIDEN KEADILAN

*************************************************************

PRESS RELEASE

Prosecute police personnel in Glenmarie shooting of 3 youths

20 October 2011

———————————————————————————————————-

 

We refer to the statement made by the Home Minister in parliament on 17 October 2011 that the police had acted within the law in shooting to death three youths in Glenmarie on 13.11.10. The three victims are Muhamad Syamil Hafiz(15), Mohd Hairul Nizam Tuah(20) and Muhamad Hanafi Omar(22). The claim that the police acted correctly in this case is totally contradicted by the post-mortem reports of the three victims.

The post-mortem reports show that the bullets which killed the victims entered their bodies at a 45 degree angle. This suggests that the victims were in a kneeling position when they were shot by the police, in complete contradiction of the police version that they had rushed at the police with machetes before being gunned down. Further, Muhamad Syamil Hafiz and Mohd Hairul Nizam were shot once in the head and once in the chest, whereas Hanafi Omar was shot twice in the head and once in the chest. Why was no attempt made to wound and arrest them? Why were they shot multiple times at vital areas such as the head and chest? This indicates that the police were shooting to kill, rather than to incapacitate and apprehend.

Also inconsistent with the police version is the fact that Hanafi was shot twice on the side of the face, including near the right ear. How can the bullets enter at the right side when police allege that the youths had been charging the police head on? Inconsistent also with police version, the pathologist from Hospital Tengku Ampuan Rahimah noted down that Hairul Nizam had a black eye. How did Hairul Nizam receive a black eye if he had been gunned down by police while charging them?

Despite the overwhelming forensic evidence of wrongdoing, the Home Mnister assured the Dewan Rakyat in reply to a question by Puchong MP Gobind Singh Deo that the police had acted in accordance with the requirements of the law.

Absurdly, the Home Minister also said that the case had been investigated for attempted murder under s.307 Penal Code, even though the victims had all died. In light of the indisputable facts and forensic evidence in this case, it appears that the Home Minister has deliberately misled the Dewan Rakyat. Ministers must take seriously the statements they make in the Dewan Rakyat. This culture of impunity and indiscriminate shooting among some sections of the police force is clearly made possible by the attitude of the Home Minister who goes to extraordinary lengths to defend the police even when they commit crimes. The Home Minister in doing so abdicates his primary duty to protect and succour the public. On behalf of the families of the victims, we reiterate our call for the prosecution to the fullest extent of the law of all police personnel involved in thesekillings.

N SURENDRAN & NURUL IZZAH ANWAR

VICE PRESIDENTS KEADILAN

***********************************************************

NO. SOALAN : 34

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN RAKYAT

 

PERTANYAAN          :           LISAN

DARIPADA                :           TUAN GOBIND SINGH DEO [ PUCHONG ]

TARIKH                     :           17 OKTOBER 2011]

RUJUKAN                 :           4295

 

SOALAN                    :

 

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] Minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil laporan berkenaan tembakan 3 remaja di Glenmarie iaitu Syamil Hafiz Shafie, Mohd Khairul Nizam Tuah dan Mohd Hanafi Omar serta apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk kematian mereka.

JAWAPAN :

 

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puchong yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan berhubung perkara tersebut. Kertas siasatan juga telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan arahan untuk melengkapkan kertas siasatan telah diberikan. Hasil siasatan mendapati pihak polis yang melepaskan tembakan ke atas 3 remaja di dalam kejadian tersebut adalah mengikut lunas undang-undang negara.

Tiada ulasan:

Nuffnang