Rabu, 31 Ogos 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SUASANA HARI RAYA YANG HAMBAR DI BANDAR TELUK INTAN

Posted: 31 Aug 2011 07:27 AM PDT


Berbanding dengan bandar-bandar utama di Perak, begitu menyedihkan apabila melihat betapa hambarnya suasana sambutan Hari Raya di bandar Teluk Intan. Tiada hiasan lampu, kain rentang dan apa sahaja sebagai menandakan umat Islam sedang menyambut hari kemenangan.
Mana lampu raya ?

Sekurang-kurangnya kain rentang ucapan terima kasih oleh pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) kepada warga Teluk Intan sebagai pembayar cukai setiapun tidak ada langsung.

Tak mahu komen panjang. Sesiapa yang berkunjung, akan tahu ....


MENGAPA SAMBUTAN KEMERDEKAAN HAMBAR..?

Posted: 31 Aug 2011 07:04 AM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara.

"Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno.

"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.

"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno.
Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda.

Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.

Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuara kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).

Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan

"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi.(harakahdaily)

NABI MUHAMMAD SENDIRI DICOP PENGKHIANAT

Posted: 30 Aug 2011 07:31 PM PDT


MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

"Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT," tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.," jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.

Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.

"Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar," jelasnya.
Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.

"Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.

"Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai," ujarnya lagi.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang