Rabu, 31 Ogos 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Anwar: Imej Najib tercalar, rakyat mahu k'jaan baru

Posted: 30 Aug 2011 07:38 PM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.

"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.

"Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.

azlanIni kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.

Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.

azlan"Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.

"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.

libya sirte final assault rebel fighter 1"Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.

Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

NONEBagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.

Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.

NONE"Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.

Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

Malaysiakini/-

10 negara Arab raya semalam

Posted: 30 Aug 2011 07:36 PM PDT

Ramadhan 1432H. [MOD] -

UMAT Islam mengerjakan solat di malam terakhir Ramadan di Masjidilharam, Mekah, Isnin lalu, sehari sebelum sambutan Aidilfitri. Bilangan umat Islam yang ramai di Tanah Suci sekarang menyebabkan jemaah melimpah ke luar masjid. - REUTERS



AMMAN 30 Ogos - Arab Saudi dan sekurang-kurangnya 10 negara Arab lain meraikan sambutan Aidilfitri hari ini.

Sambutan tersebut diraikan apabila Istana Diraja Arab Saudi mengeluarkan kenyataan selepas melihat anak bulan Syawal pada malam semalam.

Selain Arab Saudi, Jordan, Syria, Lebanon, Mesir, Kuwait, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Yemen, Sudan dan Palestin turut meraikan sambutan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, Oman, Iran dan puak Syiah di negara-negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Rabu.

Menurut ajaran Islam, bulan Ramadan akan bermula dan berakhir selepas melihat anak bulan. - dpa



Indonesia, Brunei isytihar sambut raya hari ini

Posted: 30 Aug 2011 07:34 PM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

JAKARTA 30 Ogos - Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok.

Kerajaan Brunei turut mengisytiharkan 1 Syawal bermula esok.

Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut hari ini.

Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta.

"Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari.

''Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.

Ahli falak dan badan-badan agama menasihatkan kerajaan Indonesia bahawa bulan terlalu rendah untuk diisytiharkan Aidilfitri.

Bagaimanapun, ahli Muhammadiyah, kumpulan agama kedua terbesar di Indonesia, menyambut Aidilfitri hari ini, memandangkan ahli falak menyatakan ia disambut hari ini. Negara-negara lain seperti Arab Saudi, merayakan Aidilfitri hari ini.

"Keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai terpaksa menukar jadual yang mereka telah tetapkan banyak hari sebelum ini,'' kata Icha Susanto, pengurus akaun di sebuah firma swasta di republik itu.

"Kami kecewa kerana adalah sukar bagi anggota keluarga untuk berkumpul di satu tempa disebabkan pertukaran Hari Lebaran,'' ujarnya.

Susanto, 31, berkata, dia juga kasihan kepada keluarga dan penjaja makanan yang terpaksa membuang makanan yang telah mereka sediakan untuk hari pertama daripada tiga hari sambutan Aidilfitri. - REUTERS/ AFP

Keluarga Gaddafi lari ke Algeria

Posted: 30 Aug 2011 07:29 PM PDT

2 Syawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 30 Ogos - Isteri pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan tiga orang anaknya melarikan diri ke Algeria semalam, menjadi petanda jelas Gaddafi kini sudah tidak lagi berkuasa di negara ini.

Kementerian Luar Algeria dalam satu kenyataan mengesahkan isteri Gaddafi, Safia bersama dua anak lelakinya, Hannibal dan Mohamed serta anak perempuannya, Aisha memasuki negara itu.

Ia berkata, pihak berkuasa Algeria telah memaklumkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden Majlis Keselamatan PBB dan ketua Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Pembantu pemimpin NTC, Ahmed Jibril berkata, pihaknya akan menggesa pihak berkuasa Algeria menghantar pulang ahli keluarga Gaddafi untuk dibicarakan di atas pelbagai dakwaan.

''Anak-anak Gaddafi memainkan peranan penting dalam tentera, kehidupan dan ekonomi Libya. Hannibal mengetuai syarikat pengangkutan maritim, Mohammed pula adalah ahli jawatankuasa kontinjen Olimpik negara manakala Aisha merupakan peguam yang membantu dalam pembelaan diktator Iraq yang digulingkan, Saddam Hussein,'' katanya.

Jurucakap NTC, Ahmed Bani berkata, pihaknya tidak terkejut mendengar laporan Algeria menerima keluarga Gaddafi itu.

Sebelum ini, pemberontak pernah menuduh Algeria menyediakan askar upahan kepada Gaddafi sejak pemberontakan bermula enam bulan lalu.

Ahmed semalam berkata, pemberontak mungkin berjaya membunuh seorang lagi anak Gaddafi, Khamis dalam satu pertempuran dengan konvoi tentera di bandar Tarhouna pada Sabtu lalu.

''Mayat dalam kereta yang musnah dalam pertempuran itu tidak dapat dikenal pasti. Tetapi kami yakin Khamis sudah mati kerana askar yang ditangkap mendakwa mereka merupakan pengawal peribadinya,'' ujarnya.

Dalam pada itu, kedudukan Gaddafi masih belum diketahui di mana mereka yang rapat dengan pemimpin Libya itu mendakwa beliau masih berada di negara ini dan berusaha merampas kembali kuasanya.

''Gaddafi masih mampu melakukan sesuatu pada saat-saat akhir,'' kata pemimpin pemberontak, Abdul-Jalil kepada pegawai NATO di Qatar.

Di Washington, pentadbiran Presiden Barack Obama menyatakan pihaknya tidak mempunyai maklumat Gaddafi berada di luar Libya. - Agensi

Tiada ulasan:

Nuffnang