Isnin, 25 Julai 2011

Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah Anwar


Kenyataan Media: MACC

Posted: 25 Jul 2011 08:01 AM PDT

Kenyataan Media
25 Julai 2011

Ketika saya mengalu-alukan pembentukan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi (ETC) oleh Suruhanjaya PencegahanRasuah (SPRM), saya berasa amat bimbang bahawa usaha ini tidak lain tidak bukan hanyalah satu usaha perhubungan awam untuk mengaburi mata tanpa mempunyai keinginan politik yang kuat untuk melaksanakan reformasi benar lagi tulen di dalam SPRM.

Untuk membuktikan bahawa SPRM serius dan komited dalam melakukan perubahan, semua cadangan yang dibuat Suruhanjaya Di Raja (SRD) untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock mesti dilaksanakan dan dimaklumkan kepada awam, dengan tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan dengan segera dan diiktiraf oleh masyarakat Malaysia. Kegagalan untuk melakukan ini adalah petanda gagalnya SPRM.

SPRM juga perlu menghukum ketiga-tiga individu di dalam laporan SRD Teoh Beng Hock iaitu Hishammuddin Hisham, Arman Alies dan Mohd. Ashraf Mohd. Yunus, serta membuat permohonan maaf sepenuh-penuhnya kepada keluarga Teoh Beng Hock.

Saya turut menggesa SPRM mengakui bahawa ia mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kematian Teoh Beng Hock dan komited untuk melakukan perubahan yang sebenarnya.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

===

MEDIA STATEMENT
25 July 2011

While I welcome the launch of Executive Transformation Committee (ETC) by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), I am deeply concerned that this effort shall amount to nothing more than a public relations whitewashing project without the strong political will to effect true and necessary reforms within MACC.

To prove that MACC is serious and committed to reforms, all the recommendations made by the Royal Commission of Inquiry (RCI) into the death of Teoh Beng Hock must be implemented publicly, with clear milestones that can be instantly recognized by the Malaysian public. Failure to do so is tantamount to the failure of MACC.

Furthermore, MACC must prosecute the three individuals pointed out in the Teoh Beng Hock RCI report – Hishammuddin Hisham, Arman Alies, and Mohd Ashraf Mohd Yunus – and offer a full and unconditional apology to the family of Teoh Beng Hock.

I hereby call upon MACC to commit to these points as a sign that they have accepted responsibility for the death of Teoh Beng Hock and are firmly committed to real and effective change.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai and
Vice President of Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Tiada ulasan:

Nuffnang