Isnin, 25 Julai 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Banjir selepas lebih 20 tahun

Posted: 24 Jul 2011 10:52 PM PDT



Banjir selepas lebih 20 tahun
Sinar Harian 25 Julai 2011

KOTA – Rata-rata peniaga di Pasar Awam Kota, di sini, terperanjat apabila pasar awam itu turut terkena tempias banjir kilat walaupun lokasi berkenaan tidak pernah dinaiki air sebelum ini.

Peniaga di pasar berkenaan mendakwa sejak akhir-akhir ini, masalah sistem saliran di sekitar pasar berkenaan semakin kritikal dan pelbagai jenis sampah-sarap boleh dilihat di dalam longkang.

Peniaga, Razali Abdullah, 55, berkata sudah lebih 20 tahun dia berniaga di pasar awam berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut dia tidak pernah berhadapan dengan masalah banjir kilat.

"Biasanya, setiap kali hujan lebat, hanya kawasan deretan kedai di Pekan Kota yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin sahaja dinaiki air.

"Namun, kali ini kita juga terkena tempias banjir kilat susulan kerja-kerja pembinaan bangunan berhampiran pasar yang menyebabkan air tidak mampu mengalir dengan lancar," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, banjir kilat pada penghujung Jun lalu itu tidak masuk ke dalam premis perniagaan mereka dan hanya memenuhi sekitar kawasan rendah di pasar awam berkenaan.

Katanya, mereka berharap supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menangani masalah sistem saliran tersebut supaya kejadian seumpamanya tidak berulang sekali gus dapat menjaga keselesaan peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan.

"Oleh itu, kita mohon agar PBT dapat mengambil langkah yang lebih proaktif bagi menangani masalah sistem saliran di sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah banjir kilat di pasar berkenaan baru pertama kali berlaku.

"Saya telah meninjau lokasi berkenaan dan berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau masalah ini demi keselesaan peniaga," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9367974.asp

Tahniah

Posted: 24 Jul 2011 09:06 PM PDT

Tiada ulasan:

Nuffnang