Selasa, 17 Mei 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


SENARAI CALON YANG BERTANDING DI MUKTAMAR PAS PUSAT

Posted: 17 May 2011 06:24 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala enam orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 14 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 82 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Demikian dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan yang juga Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Bagi jawatan timbalan presiden, enam orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasharudin Mat Isa.

Lima lagi yang dicalonkan ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, naib-naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahuddin Ayub,ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Keenam-enam mereka turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden bersama lapan yang lain iaitu:

1. Idris Haji Ahmad (ketua penerangan)
2. Mahfuz Omar (naib presiden)
3. Mazlan Aliman (AJK PAS Pusat)
4. Datuk Mohd Amar Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)
5. Mohd Hatta Md Ramli (Bendahari PAS Pusat)
6. Mujahid Haji Yusof Rawa (AJK PAS Pusat)
7. Nik Zawawi Nik Salleh (Ketua Penerangan Dewan Ulamak)
8. Datuk Seri Nizar Jamaluddin (AJK PAS Pusat)

Mengikut perlembagaan PAS, seseorang itu hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk melayakkan diri bertanding jawatan parti termasuk jawatan tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Berikut ialah 82 calon untuk AJK PAS Pusat:

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
3. Abdul Halim Abdul Rahman, Dato' Ustaz
4. Abdul Rani Osman, YB Dr. Hj
5. Abdul Wahid Endut, YB Hj
6. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,
7. Abu Bakar Hussein, Ustaz
8. Adly Zahari,
9. Ahmad Sabki Yusof,
10. Aiman Athirah Al-Jundi
11. Amiruddin Hamzah, YB Ir.
12. Anuar Tan Abdullah, Dato' Hj
13. Asmuni Awi, Hj
14. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,
15. Azman Shapawi, Ustaz
16. Halimah Ali, YB Dr.
17. Hamzah Abdullah,
18. Hamzah Jaafar, Dr.
19. Hanipa Maidin, Hj
20. Hashim Jasin, YB Ustaz
21. Hassan Ali, YB Dato' Dr.
22. Hayati Othman, YB Dr.
23. Husam Musa, YB Dato'
24. Idris Ahmad, Ustaz
25. Iskandar Abdul Samad, YB
26. Kamarudin Jaffar, YB Dato'
27. Khairuddin Dato' Abdul Malek, Dr.,
28. Khalid Abd Samad, YB Hj.
29. Khalil Idham Lim, YB
30. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.
31. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.
32. Mahfuz Omar, YB Dato'
33. Mazlan Aliman,
34. Misbahul Munir Masduki , Ustaz
35. Mohamad Abdullah, (Sabah)
36. Mohamad Nor Mohamad, Hj.
37. Mohamad Sabu, Hj.
38. Mohd Anuar Tahir, Hj
39. Mohd Apandi Mohamed, Hj.
40. Mohd Firdaus Jaafar, YB
41. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.
42. Mohd Nasir Mustafa,
43. Mohd Nasir Zakaria, YB,
44. Mohd Nizar Jamaluddin, YB Ir. Dato' Seri
45. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.
46. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB
47. Mustafa Ali, Dato'
48. Najihatusolehah Ahmad, Dr.
49. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz
50. Nasuruddin Hj Daud, Dato' Ustaz Hj
51. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,
52. Nik Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz
53. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz
54. Norazli Musa, Ustaz Hj.
55. Normala Sudirman,
56. Nuridah Salleh, Ustazah
57. Phahrolrazi Zawawi, YB Ir. Dato' Hj
58. Razman Zakaria,
59. Riduan Mohd Nor, Ustaz,
60. Rosidi Hussin
61. Sa'ari Sungib, YB Hj.
62. Salahudin Ayub, YB,
63. Salleh Man, YB Ustaz
64. Sallehen Mukhyi, Ustaz
65. Shafie Abu Bakar, YB Dr.
66. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
67. Siti Zailah Yusoff, YB
68. Suhaizan Kaiyat,
69. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr.
70. Taib Azamuddin Md Taib, YB Dato'
71. Takiyuddin Hassan, YB Dato'
72. Taufek Ghani, YB
73. Wan Abd Rahim Wan Abdullah, YB Dato'
74. Wan Hasrina Wan Hassan,
75. Wan Nik Wan Yusof,
76. Wan Ubaidah Wan Omar, YB
77. Yusof Embong, Ustaz Hj.
78. Zainuddin Yusof, YB Hj
79. Zaki Ibrahim, YB
80. Zuhdi Marzuki, Dr.
81. Zulkefly Muhamad Omar, Hj
82. Zulkifly Ahmad, Hj (Johor)

Manakala bagi jawatan pengerusi tetap, terdapat tiga pencalonan iaitu Abu Kassim Abdullah, Hussin Ismail dan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula terdapat lima pencalonan iaitu:

1. Hussin Ismail
2. Ishak Surin
3. Misbahul Munir
4. Nasuruddin Daud, YB
5. Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, YB Dato'

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media sama berkata, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka sama ada menerima pencalonan tersebut atau tidak.

"Jadi mustahil kalau ada yang kata mereka tak tahu layak bertanding," katanya.

Tarikh tutup untuk membuat pengesahan adalah pada 26 Mei ini. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 15 Mei lalu.

Katanya, PAS mempunyai 180 kawasan di seluruh negara dan 152 daripadanya menghantar pencalonan bagi jawatan utama namun enam borang ditolak menjadikan 146 pencalonan diterima. Seramai 1,100 perwakilan akan menghadiri muktamar tahunan parti itu bermula Jun depan. (harakahdaily)

HAJI NAJIB KATA PENGEBOM BERANI MATI BUKAN SYUHADA, BUKAN MEWAKILI ISLAM

Posted: 16 May 2011 08:49 PM PDT



OXFORD, 17 Mei — Datuk Seri Najib Razak menggesa masyarakat dunia untuk mengamalkan kesederhanaan sebagai cara terbaik untuk bertindak dan untuk maju ke hadapan. 

Perdana Menteri menegaskan kesederhanaan bukan konsep yang asing kepada manusia dan juga bukan bersifat teori semata-mata.

Ketika menyampaikan syarahan di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford di sini, Najib berkata, kesederhanaan boleh membantu mencipta masa depan lebih baik sepertimana dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin pada tamadun-tamadun terdahulu.
Inikah Islam sederhana ? (Maaf, hanya gambar hiasan sahaja)

"Jurang sebenar bukanlah di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun atau malahan antara orang Islam dan bukan Islam.

"Ia antara golongan sederhana dan ekstremis daripada semua agama," katanya dipetik laporan Bernama.
Syarahan beliau bertajuk "Kesederhanaan dan Persefahaman Antara Tamadun".

Memberikan contoh sikap sederhana yang diamalkan pada awal ketamadunan Islam, Barat dan pemimpin terkemuka seperti Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela, Najib berkata, prinsip kesederhanaan bukannya baru dalam Islam dan turut ditekankan dalam agama kristian dan agama lain.

"Sebenarnya tidak wujud apa yang dikatakan sebagai Islam liberal atau ekstremis Islam, Islam konservatif atau Islam makrifat, jihad Islam atau Islam ihsan, Islam moden atau Islam pertengahan.

"Hanya Islam, cara hidup yang sempurna. Bersikap sederhana tidak boleh dianggap sebagai bacul, tidak berprinsip, lemah atau ihsan," katanya.

 "Dalam kitab suci Quran, Allah SWT berfirman bahawa Dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal-kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka," katanya.

Najib berkata mereka yang memasang bahan letupan di badan mereka dan meletupkan diri mereka bukannya tergolong sebagai syuhada dan tidak mewakili Islam.

Beliau berkata dunia bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi ia memerlukan mereka yang menganjurkan sifat sederhana; menuntut agar tidak ada lagi menjadi golongan majoriti yang hanya berdiam diri, tetapi mula mempamerkan keberanian dan keyakinan dalam menunaikan tanggungjawab.

"Kita perlu menangani perkara yang menjadi punca berlakunya keganasan global dan mampu untuk membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku. Melalui cara ini sajalah, kita akan dapat mencapai penyelesaian berkekalan."(malaysianinsider)


(Dr. Yusuf Qurdhawi berpendapat, pengeboman berani mati yang mensasarkan serangan ke atas kem-kem tentera musuh atau post-post musuh dianggap syahid seperti yang dilakukan oleh pejuang-pejuang Palastin ke atas tentera Israil. Pendapat ini mendapat kecaman dari Amerika dan media-media kafir tetapi menjadi pendapat yang paling dipersetujui oleh ulamak dan juga orang-orang awam Islam. Bahkan ini juga selalu berlaku di Iraq dan Afghanistan, di mana pejuang-pejuang berani mati meletupkan diri dan meranapkan konvoi-konvoi tentera Amereka dan Nato. Perbuatan yang mengoyang keyakinan tentera kafir ini tidak dianggap bunuh diri, kerana pengertian bunuh diri adalah jika seorang muslim membunuh dirinya untuk melepaskan diri dari kehidupan yang malang.)

HA HA HA..INILAH DASAR UMNO..SAPA KAKI KIPAS DIALAH DAPAT...!

Posted: 16 May 2011 08:22 PM PDT

 Presiden KIMMA dilantik Senator
KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

"Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

"Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu," kata sumber ketika dihubungi.(malaysianinsider)

GURU DISERU BERJUANG BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Posted: 16 May 2011 06:20 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Mei: Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011.

"Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi  tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir.

Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan.

Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah.

"Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan  ekonomi negara di masa hadapan negara," ujarnya. 

Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar.

"Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang," katanya.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan.

Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, 'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara', Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno.

"PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat," ujarnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang