Isnin, 30 Mei 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perjanjian IPP Bukan Sulit, Dedahkan Pada Umum- REFSA

Posted: 30 May 2011 04:42 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) mahu Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dideklasifikasi dan didedahkan kepada umum.

Pengarah Eksekutifnya, Teh Chi Chang berkata demikian mengulas dua kenyataan berbeza daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai isu itu.

"REFSA percaya penyelesaian terbaik bagi debat ini adalah untuk mendeklasifikasi PPA dan membukanya untuk
penelitian umum.

"Akses terbuka akan membolehkan orang awam yang berminat mengemukakan pertanyaan dan analisis, menyumbang secara bijak bagi menyelesaikan isu ini," ujarnya.

Menurutnya, PPA bukan merupakan dokumen sulit kerana ia didedahkan bagi tujuan pelaburan dan mendapatkan pinjaman intensif supaya memudahkan pembiayaan, berikutan agensi penilaian dan bank mempunyai akses kepada perjanjian itu.

Katanya lagi, peraturan Bursa Malaysia juga menyatakan PPA disediakan untuk penelitian para pemegang saham syarikat IPP yang disenarai dalam Bursa Malaysia.

"Dua contoh adalah apabila Tanjong Plc mengambil alih Powertek Berhad dan Malakoff Berhad mendapat loji kuasa Tanjong," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, PPA hanya merupakan kontrak perdagangan untuk peruntukan khidmat penjanaan kuasa, sebagaimana konsesi tol yang merupakan kontrak perdagangan untuk prasarana lebuh raya.

"Pengubahan status konsesi tol menyebabkan hasil yang positif untuk rakyat Malaysia – dua kadar tol PLUS telah ditangguhkan dan kemungkinan kenaikan akan datang lebih rendah daripada yang dicadangkan.

"Memandangkan hasil positif dari pengubahan status konsesi tol, REFSA menyeru kerajaan mendeklasifikasi perjanjian pembelian kuasa. Ini akan membolehkan semua rakyat Malaysia memperoleh fakta dan angka yang tepat bagi perdebatan yang membina," tegasnya.

Di sebalik bantahan berterusan Pakatan Rakyat, Barisan Nasional hari ini tetap bertegas mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara purata sebanyak 7.12 peratus berkuatkuasa Jun ini.

Pakatan Rakyat sebelum ini beberapa kali mengulangi bahawa perjanjian berat sebelah antara IPP dan Tenaga Nasional Berhad, menyebabkan IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit setahun.

Syarikat-syarikat IPP yang terdiri daripada kroni antaranya Tanjung PLC, Genting Sanyen, Malakoff dan YTL menerima kira-kira RM19 bilion sehingga RM22 bilion subsidi tahunan daripada kerajaan.

Scorpene Deal Heads For French Court

Posted: 30 May 2011 12:49 AM PDT

From The Malaysian Insider

Suara Rakyat Malaysia's (Suaram) suit in a French court over the controversial Scorpene deal will soon enter the full trial stage, which could see top government officials, including Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, being asked to testify.

Suaram leaders told a press conference today that its December 2009 suit against DCNS, the French makers of the Scorpene submarine, was nearing the end of its inquiry stage and its lawyers in France were confident they had enough evidence to move into full trial.

Cynthia Gabriel, a Suaram director, announced that an application had already been filed in March this year to a French court for an instruction judge and if evidence was sufficient, the case would be brought for trial in open court.

She said this meant that top Malaysian officials, particularly the Defence Ministry and those involved in the 2002 procurement, said to cost RM6.7 billion, could be summoned as witnesses in the trial.

In a statement yesterday, Defence Minister Datuk Seri Zahid Hamidi said he was prepared to testify in court, provided that Cabinet gives him the green light to do so. He can decline to make a court appearance.

"Once open trial is called and witnesses subpoenaed, the contract documents that we have been trying to obtain will then be made available to Suaram and other interested groups," said Gabriel.

She explained that Suaram's case questions the alleged payment of €114 million (RM500 million) in commission to Perimekar Sdn Bhd, a subsidiary of KS Ombak Laut Sdn Bhd, of which the wife of Najib's (picture) aide Abdul Razak Baginda is a principal shareholder.

As such, she added, the case could also open up a can of worms as it could shed more light on the murder of Mongolian Altantuya Shaaribuu, who was Abdul Razak's jilted lover at the time.

The gruesome murder in 2006 has been often linked by the opposition and critics of the Barisan Nasional (BN) government to the multibillion ringgit Scorpene deal.

"A few things were also discovered through the findings of our lawyers in France. We were informed that it was not just €114 that was paid out, but there were also two more commissions paid in relation to the sale — €30 million paid to Thales, a French shipping company, and another €2.5 million to unknown recipients, through dubious means.

"They chose a small, Mediterranean country — Malta — to disburse the funds through a company called Gifen. There were also payouts discovered for air tickets for trips made by Altantuya and Abdul Razak and maybe more," she said.

Suaram director Dr Kua Kia Soong, who was also at the press conference today, said that judges in the Paris prosecution office have also been probing other corruption charges involving similar submarine deals in France, Pakistan, Taiwan and other countries.

"In fact, Altantuya's murder is considered small if compared to two other cases involving the French sale of weaponry — in the Karachi case, 11 engineers were killed, and in the sale of frigates to Taiwan, at least two were killed… a father, who was pursuing the case, and his son," he said.

Kua also urged the Malaysian government to raise to issue in Parliament next month and clarify discrepancies on who had paid the commission to Perimekar — the Malaysian government or the French authorities.

Suaram also launched Ops Scorpene today to raise funds for its legal fees in the case. It will hold two fundraisers — a hi-tea in Penang on July 21 and dinner in Kuala Lumpur on July 23, with French lawyer William Boudon.

Suaram secretariat member Fadiah Nadwa Fikri said the group hoped to raise an initial RM100,000 to foot its legal fees through cheques written out to Suara Insiatif Sdn Bhd or to its Hong Leong Bank account at 0300-0065-200.

Jemputan Menghadiri Seminar: Social Market Economy: An Alternative for Malaysia?

Posted: 29 May 2011 11:37 PM PDT

* 24–25 Jun 2011 * Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor.

Kemelesetan ekonomi dunia yang paling dahsyat sejak Kemelesetan Agung 1930an berikutan dari krisis subprima di Amerika Syarikat mencetuskan perdebatan kritis tentang sistem ekonomi dunia. Persoalan ditimbulkan tentang kestabilan ekonomi pasaran dan tuntutan supaya ditingkatkan peraturan atau regulation kedengaran lantang.

Justeru kerana perdebatan ekonomi didominasi oleh wacana melalui bahasa Inggeris maka yang sering kedengaran adalah belahan dua kumpulan, di satu pihak golongan liberal (dipanggil libertarian di Amerika) dan di satu pihak lagi adalah golongan Keynesian. Golongan liberal mempercayai sistem ekonomi yang ideal adalah sistem pasaran yang berlandaskan ukuran objektif (rule based) dan peranan wewenang atau campur tangan pemerintah adalah minimal. Sementara itu pihak Keynesian bertolak dari prinsip kegagalan pasaran maka peranan pemerintah dalam ekonomi sentiasa diperlukan.

Perdebatan dua kumpulan ini digambarkan dengan begitu menarik dalam video musik Keynes versus Hayek. Namun dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan wacana hampir tidak mendengar wacana Ekonomi Pasaran Sosial (Social Market Economy) yang berlaku di Jerman sejak 1949, satu variasi ekonomi pasaran tetapi ekonomi pasaran yang berlandaskan matlamat-matlamat sosial. Sistem ini telah menjana ketakjuban ekonomi di Jerman selepas Perang Dunia Kedua dan seterusnya menjadikan Jerman salah satu kuasa besar ekonomi. Kejayaan Jerman untuk keluar lebih awal dari krisis kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan dunia mula memberikan perhatian terhadap sistem tersebut.

Hakikat ini juga telah mendorong Institut Kajian Dasar untuk menterjemahkan 60 Years of Social Market Economy (60 Tahun Ekonomi Pasaran Sosial) dan mengadakan seminar pertama di Malaysia tentang sistem tersebut dengan tajuk : Social Market Economy: An Alternative for Malaysia?

Tarikh: 24 – 25 Jun 2011
Tempat: Kayangan Ballroom, Quality Hotel, Shah Alam, Selangor

Kami telah mengundang khas Prof. Dr. Volker Nienhaus seorang pakar Ekonomi Pasaran Sosial untuk mengendalikan seminar dan perbincangan dengan tokoh-tokoh ekonomi di Malaysia. Kami dengan sukacitanya menjemput Y.Bhg YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan hadir ke seminar ini. 50 penyertaan awal akan diberikan penginapan. (butiran program turut dilampirkan)

Oleh yang demikian, pihak Y.Bhg YB/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk memberikan maklum balas kehadiran melalui email ini atau: ikdbudaya@gmail.com atau faks: 03 6028 2257 dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Saifuddin di talian 012 2964244/ 03 6028 2262. Kerjasama dan perhatian daripada pihak Y.Bhg /Y.B /Dato'/ Datin/ Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Program Naib Presiden YB Nurul Izzah

Posted: 29 May 2011 11:34 PM PDT

CERAMAH DI MARKAS PAS KG PASIR LEMBAH PANTAI

Tarikh : 30 Mei 2011 ( Isnin )

Masa : 9.00 malam

Tempat: Markas PAS Kampung Pasir, Lembah Pantai

Penceramah : 1) Tuan Haji Mohd Sabu
2) YB Nurul Izzah Anwar-MP Lembah Pantai
3) Ustaz Adlin-YDP Pas Lembah Pantai

Tentatif Program :

8.00-9.00 malam : YB Nurul Izzah bersama PAS Lembah Pantai mengedarkan risalah di Kerinchi, Lembah Pantai

9.00-9.30 malam : Ucapan daripada Ustaz Adlin-YDP Pas Lembah Pantai

9.30-10.00 malam : Ucapan YB Nurul Izzah-MP Lembah Pantai

CERAMAH JELAS DI DEWAN MPS TAMAN KANCHING JAYA, RAWANG

Tarikh : 30 Mei 2011 ( Isnin )

Masa : 9.00 hingga 12.00 malam

Tempat: Dewan Mps Taman Kanching Jaya, Rawang, Selangor

Penceramah :

1) YB NURUL IZZAH ANWAR
2) YB SHUHAIMI HJ SHAFIE
3) YB WILLIAM LEONG JEE KEEN
4) YB GAN PEI NEI
5) YBg. FARIZ MUSA
6) YBg. ZAIDI ABD MUTALIB
7) YBg. SITI AISYAH

2) Program Naib Presiden-YB Nurul Izzah, 2 Jun 2011 (Khamis) di Sarawak
( Sambutan Hari Gawai )

Tarikh : 02 Jun 2011 ( Khamis )

Masa : 10.30 pagi hingga 6.00 petang

Program :

10.00 am : Tiba di Kuching, Sarawak

10.30 am-02.30 pm : Program bersama Calon-calon DUN Sarawak 2011

04.30 pm : Program Santai Di Kampung Rayang

08.00 pm : Pulang Ke Kuala Lumpur

3) Program Naib Presiden-YB Nurul Izzah, 5 Jun 2011 (Ahad)

Tarikh : 5 Jun 2011 ( Ahad )

Masa : 9.00 hingga 12.00 malam

Tempat: Dewan Kanchong Darat, Jalan Morib, Banting, Selangor

Penceramah :

1) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
2) YB Nurul Izzah
3) YB Khalid Samad
4) Dato Chua Jui Meng
5) YB Shuhaimi Hj Shafiei
6) YB Philip
7) YB Dr Yunus
8) YB Abdullah Sani
9) Siti Aisyah
10)Irwan AMK Negeri

Pertahan Prinsip Idelisme Anak Muda, Bangkit Jana Perubahan

Posted: 29 May 2011 08:13 PM PDT





Generasi Ke 2:Anak, Teruskan Usaha Bela Peneroka

Posted: 29 May 2011 10:38 AM PDT

Dari Harakah

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong penuh usaha yang dibuat Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus membawa perubahan ke dalam Felda.

“Saya salute dengan Mazlan yang pakar dalam hal generasi kedua Felda ini.

“Yang dicadangkan Universiti Felda dalam buku Jingga ini memang cadangan yang cukup baik,” katanya katanya dalam ceramah di Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Tambahnya sudah sampai masanya Felda mempunyai universiti yang diuruskan tenaga mahir dari warga Felda sendiri.

“Tenaga dalaman dari Felda, hartanya tanahnya, tenaga fikirannya, profesornya semua dari Felda untuk urus sendiri biar bebas merdeka anak Felda,” katanya.

Tegas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga, anak muda harus bangkit membawa suara perubahan dalam negara ini dan tidak harus membiarkan Umno BN mendidik mereka menjadi lesu.

“Sudah sampai masanya anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan.

“Orang muda dikaitkan dengan idealisma, cita-cita murni benci dengan penyelewengan, rasuah dan kemungkaran,” katanya.

Beliau turut memberi suntikan semangat kepada warga Felda untuk menawan Pahang pada pilihan raya umum akan datang.

Kena susun gerak kerja dari sekarang, cari dan daftarkan ahli.

“Kita kena tawan Pahang. Siapa kata Pahang kubu kuat Umno? Kita boleh tawan Pahang kalau semua buat kerja,” katanya.

Selain memansuhkan Felda Plantation, kandungan Buku Jingga juga termasuk mewujudkan Universiti Felda bagi membolehkan anak-anak peneroka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan.

Belia Mahukan Perubahan

Posted: 29 May 2011 10:31 AM PDT

Dari Malaysiakini

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk "mempertahankan" pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

"Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

"Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

"Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan," kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.
Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.

Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa.

Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

“Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

“Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?" tanya Anwar.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.

Tiada ulasan:

Nuffnang