Selasa, 8 Mac 2011

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Kelas Maya Di Terengganu

Posted: 07 Mar 2011 04:16 PM PST

Kerajaan Negeri menjangkakan dalam tempoh tiga tahun akan datang kelas maya atau 'virtual class' akan dilaksanakan di seluruh sekolah rendah di Terengganu sebelum program itu diperluaskan ke seluruh sekolah menengah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, untuk tahun ini kelas maya akan dilaksanakan di 37 sekolah, membabitkan 32 sekolah rendah dan dua sekolah menengah elit iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong serta SMK Mak Lagam.

"Ketika ini program kelas maya ini dilaksanakan di tiga sekolah rendah yang menjadi 'pilot project' iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong, SK Paya Bunga dan SK Kompleks Seberang Takir sekali gus meyakinkan kita bahawa pada 2013 nanti, semua sekolah rendah di negeri ini akan melaksanakan kelas maya sepenuhnya.

"Kemudian ia akan diperluaskan ke sekolah menengah pula iaitu buat permulaan di sekolah elit, selepas itu di sekolah Imtiaz, sekolah premier dan sekolah harian biasa," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan rasmi bagi melihat perkembangan projek kelas maya itu di SK Teluk Kalong, dekat sini, semalam.

Lawatan rasmi itu turut diiringi Rektor Kolej Universiti TATi (TATiUC), Dr Mohd Rozailan Mamat @ Ibrahim, Guru Besar SK Teluk Kalong, Sabri Abidin Sulong dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Teluk Kalong, Rajik Sidek.

Mengulas lanjut, beliau berkata, peruntukan kira-kira RM30 juta dijangka diperlukan dalam menyediakan kelas maya di sekolah di negeri ini.

Ahmad Razif berkata, dalam pelaksanaan kelas maya itu, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) akan menjadi penyelaras 'content' dan ketika ini TATiUC turut menjalankan projek kelas maya yang lebih memberi tumpuan terhadap aspek berkenaan.

"Malah, kita juga akan bekerjasama dengan sebuah syarikat di Korea yang dikenali sebagai Varsity yang menyediakan alat seperti yang digunakan oleh stesen penyiaran swasta Astro.

"Menerusi alat berbentuk 'mobile' ini guru boleh gunakan ia bila-bila masa, bahkan ketika guru berada di Kuala Lumpur, mereka boleh menggunakan alat itu untuk berhubung dengan murid yang berada dalam kelas," katanya.

petikan dari Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang