Selasa, 8 Mac 2011

PARLIMEN BUKIT GANTANG

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Hari ini kita ingat sejarah-Sejarah Hitam Politik Perak

Posted: 07 Mar 2011 06:52 PM PST


Pada tarikh ini, dalam sejarah tanahair apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hanya mempunyai wakilnya sebanyak 6 kerusi berbanding 18 kerusi dan 7 kerusi telah membentuk sejarah baru bagi politik Malaysia amnya dan Perak khasnya kerana PAS diberikan keyakinan oleh DAP dan PKR bagi membentuk sebuah kerajaan negeri setelah Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 28 kerusi.

Pergabungan antara PAS (6), DAP (18) dan PKR (7) berbanding dengan BN (28) iaitu Umno (27) dan MCA (1) telah merubah landskap politik Perak dengan pelbagai cabaran kerana angin tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 tahun 2008 ini telah menjawab pelbagai persoalan tuntutan rakyat Perak yang selama ini dipendam atau dikekang tanpa disalurkan secara betul atau berkesan.

Pelbagai isu nasional mahupun peringkat negeri atau tempatan dengan pelbagai masalah sentiasa ada dan terus ada tanpa diselesaikan seolah-olah sebagai jambatan atau umpan untuk rakyat terus bergayut dengan BN. Umpamanya isu tanah sudah lebih 50 tahun BN gagal atau sengaja untuk melambatkan hak bagi seorang warga penduduk di Perak untuk dimilikinya.

Ditambah dengan pengurusan kewangan rakyat yang mana pernah disebut oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tentang sekecil-kecil perkara seperti minum pagi semasa Mesyuarat Exco yang agak melampau. Bagi pimpinan yang datang daripada PAS yang telah di didik agar bercermat sepertimana yang di ajar oleh Islam dalam pelbagai perkara dapat dilaksanakan ketika berkuasa.

Dalam merungkai konsprasi politik yang disusun di Perak sebagai salah satu usaha menafikan keputusan rakyat yang telah membuat keputusan terbaik dan tekat untuk memberikan nafas baru perubahan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Walaupun dalam tempoh yang sengkat, banyak juga perubahan yang telah dilakukan tetapi masih dinafikan oleh BN.

Bermula dengan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dahulu Badan Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM) dengan menggunakan media arus perdana yang acap kali menyerang dua orang Exco Kerajaan Negeri (kini telah menjadi ADUN Bebas) yang terpaksa dipertahan oleh semua Exco yang lain bagi menunjukkan setia kawan yang amat yakin bahawa kedua-dua Exco terbabit telah diperangkap.

Pelbagai andaian serangan media ketika itu memaksa semua Exco mempertahan pendirian akan terus bersama dan yakin semua tuduhan tersebut adalah usaha jahat mencemar kepimpinan Pakatan Rakyat (setelah dipersetujui oleh semua parti) (PR) dan usaha menggagalkan pentadbiran kerajaan negeri. Dan isu tuduhan rasuah ini digerakkan oleh media berminggu-minggu seperti mendapat kerjasama daripada SPRM.

Terlalu banyak serangan terhadap kedua-dua Exco terbabit sehingga bersedia mengambil keputusan untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat tuduhan kerana selagi Mahkamah tidak membuat keputusan selagi itulah mereka tidak didapati bersalah.

Bukan setakat itu sahaja, Umno menekan Datuk Seri Nizar agar menggantung kedua-dua Exco terbabit kerana telah disiasat isu rasuah seperti didakwa.Mungkin kerana serangan luar sama hebat dengan serangan dalam, tiba-tiba dua Exco tersebut menghilangkan diri dan dikhabarkan bercuti. Disitulah kehilangan kedua-dua Exco tersebut menjadi tanda tanya konsprasi politik rampasan bermula.

Bukan tuduhan, tetapi pelbagai maklumat sampai yang menunjukkan agenda tawar-menawar berlaku dan akhirnya terbukti sehingga ke hari ini.Cara konsprasi ini disusun bukan oleh seorang sahaja, tetapi ianya memainkan banyak watak yang telah kita dengar. Sehingga ke hari ini kedua-dua ADUN PKR yang kini menjadi Bebas termasuk Timbalan Speakar daripada DAP telah berjaya menjatuhkan

Kerajaan Negeri di bawah PR yang hanya bertahan memerintah 11 bulan sahaja. Kesan kejatuhan PR itu bertambah parah dengan pelbagai insiden yang memberikan kesan kepada rakyat Perak.

Dalam perbicaraan kedua-dua ADUN Bebas terhadap tuduhan rasuah seperti telah diduga, mereka dibebaskan oleh Mahkamah seperti sengaja SPRM lambat memohon merayu dibicarakan semula. Persoalan-persoalan yang dilemparkan kepada SPRM dahulu telah
terjawab. Perkara ini terancang? Siapa yang rancang? Apa tindakan kedua-dua ADUN Bebas itu terhadap SPRM? Semua sekarang boleh tutup buku sahaja, yang jahat tentunya terbukti BN.

Persoalan yang timbul, adakah rakyat yang pernah membuat kejutan politik di Perak hilang pertimbangan drama yang dilakonkan dahulu? Adakah kerja buat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah memulihkan semua kecacatan yang telah berlaku semenjak
diisytihar Menteri Besar Mahkamah? Adakah rakyat akan biarkan sahaja dan kembali memberikan sokongan kepada BN? Atau rakyat akan kembalikan kuasa pemerintahan kepada PR pada PRU 13 nanti?

Sudah tiba masanya rakyat kena membuka minda mereka dalam politik Perak kini, PRU 13 kayu ukur sejarah hitam yang telah berlaku. Kuasa penentu bagi mana-mana kerajaan negeri adalah kuasa rakyat. Politik kepartian adalah sistem demokrasi yang ada, siapa akan menang dan siapa akan kalah. Menang secara terhormat dan kalah secara terhormat, jangan ada yang tidak mahu kalah kerana hanya mahu menang sahaja.

Rakyat akan sekali lagi membuat keputusan mereka bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Ada yang menimbulkan isu perkauman adalah trend selepas PRU 12 yang lalu, kerana trend ini cukup berjaya menegangkan kekebalan kaum untuk bersama atas nama
bersatu. Tetapi corak perkauman ini akan sebenarnya memakan diri kerana di dalam Islam tidak meletakkan kaum sebagai kekuatan sebenar.

Dalam apa yang berlaku, timbul persoalan pendirian politik kepada ADUN yang sudah menjadi Bebas. Ke mana arah mereka selepas ini? Atau mereka akan bersama BN atas parti mereka untuk terus menjadi calon PRU 13 bagi berdepan dengan PR nanti. Kerangka politik Perak akan menjadi susut nilai menjelangnya PRU 13 nanti, PR akan berdepan dengan BN di atas padang baru yang ditonton oleh rakyat yang akan membuat keputusan mereka.

Keputusan rakyat adalah muktamad, Datuk Seri Zambry atau Datuk Seri Nizar akan menduduki kerusi Menteri Besar yang ke - 12 nanti. Sama-samalah kita tunggu tiupan angin PRU 13 yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang sudah bertekat membuat satu keputusan setelah melalui satu tempoh yang amat merusingkan.

Tiada ulasan:

Nuffnang