Jumaat, 18 Mac 2011

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 17 Mar 2011 09:25 PM PDT

PERSEDIAAN AWAL JENTERA PILIHANRAYA UMUM KE 13 ( PRU 13 ) PERINGKAT DUN SRI MUDA DILANCARKAN

SRI MUDA - Demi memastikan jentera parti sentiasa berada didalam keadaan bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila - bila masa. Parti Keadilan Rakyat diperingkat Dun Sri Muda yang dipimpin oleh YB Shuhaimi Hj Shafiei telah mengambil langkah awal dengan menubuhkan serta melancarkan jentera pilihanraya peringkat Dun baru - baru ini.Dengan langkah awal ini diharap akan memberikan masa yang secukupnya kepada jentera serta ahli parti untuk mendekati rakyat disemua peringkat demi memastikan kemenanggan akan sekali lagi menjadi milik Pakatan Rakyat untuk meneruskan kesemua agenda merakyatkan ekonomi Selangor ( MES) demi kesejahteraan rakyat dinegeri Selangor.

















Posted: 17 Mar 2011 08:40 PM PDT

PROGRAM SEHARI YB SHUHAIMI HAJI SHAFIEI BERSAMA KETUA KAMPUNG BUKIT NAGA ZIARAH DAN MELAWAT WARGA EMAS SERTA PENDUDUK YANG UZUR



BUKIT NAGA - Hampir seharian YB Shuhaimi Hj Shafiei dengan ditemani Datuk Ketua Kampung Bukit Naga serta AJK JKKK Bukit Naga dan kakitangan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat meluangkan masa untuk melawat dan ziarah warga emas dikampung tersebut serta melawat penduduk yang sedang uzur.Tujuan lawatan dan ziarah pada hari tersebut adalah untuk menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh warga emas tersebut demi kebaikkan kampung selama ini.Aktiviti seperti ini akan diteruskan dimasa - masa yang akan datang demi merapatkan dan menambah kemesraan antara Wakil rakyat dengan penduduk setempat tanpa mengira faham politik dan agama.
































































Posted: 17 Mar 2011 08:13 PM PDT

BERTEMU TERUS DENGAN RAKYAT UNTUK MENGETAHUI PERMASALAHAN YANG DI HADAPI

SRI MUDA : Tiada istilah bersenang - senang atau bersantai didalam dairi seharian YB Shuhaimi Hj Shafiei selepas bergelar Wakil Rakyat yang mewakili Kawasan Dun Sri Muda.Menjadi kemestian kepada YB Shuhaimi untuk meluangkan masa bertemu sendiri dengan rakyat untuk mengetahui dan menyelami permasalahan setempat yang di hadapi rakyat kemudian sedaya upaya untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang segera.

Berikut Lensa camera yang merakamkan tinjau YB Shuhaimi Ke Jalan Ladang Harun baru - baru ini.
















Tiada ulasan:

Nuffnang