Jumaat, 18 Mac 2011

Dr Siti Mariah Mahmud

Dr Siti Mariah Mahmud


Perginya seorang Pejuang DHPP

Posted: 18 Mar 2011 07:43 AM PDT

Semalam YB Dr Siti Mariah ke Kuala Kubu untuk menziarahi kematian Sdr Segar.Beliau amat terkejut bila menerima panggilan telifon dari Pn Veny, petugas di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja yang memberitahu bahawa Sdr Segar yang YB kenali semenjak sebelum PRU 8 Mac 2008 yang lalu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Beliau bergegas kesana bersama yang lain.

Mendiang Segar merupakan seorang yang amat dedicate kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS). Mendiang juga amat dikenali sebagai seorang pejuang parti yang amat jujur dan merupakan seorang Ketua DHPP Sri Muda yang amat dikenali dan disenangi oleh ahli-ahli dibawahnya dan pimpinan PAS Kota Raja dan ahli PAS keseluruhannya.

Mendiang yang merupakan Pengerusi Kelab Penykong PAS Sri Muda dari tahun 2008 hingga 2009 sebelum berpindah ke Kuala Kubu Baru. Beliau bersama sdr  Vijay dan rakan-rakan dHPP yang lain mempunyai sekumpulan Task Force yang aktif di sri Muda. Selain itu mendiang Segar juga merupakan seorang pemimpin yang sangat aktif dikalangan Masyarakat di sri Muda dan Kota Raja.

Perginya seorang pejuang DHPP - lencana semasa kempen PRU 8 Mac 2008 masih tengantung didalam kereta mendiang menunjukkan betapa setianya mendiang terhadap perjuangan Parti PAS.

PAS KAWASAN KOTA RAJA DAN DHPP KOTA RAJA MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA MENDIANG SEGAR.

Berikut adalah gambar mendiang yang masih penulis simpan semasa mengikuti program Expotani Parlimen Kota Raja.

Sementara gambar-gambar dibawah ialah sempena ziarah YB ke rumah mendiang dan tempat kemalangan yang meragut nyawa mendiang.

 Kerja-kerja parti yang beliau sedang laksanakan semasa kemalangan berlaku
Lencana yang digunakan semasa kempen PRU 12, 8 Mac 2008  ini terdapat didalam kereta mendiang semasa kemalangan berlaku, anda bayangkan betapa setianya mendiang terhadap perjuang PASyang disertainya membuat YB dan rakan-rakan yang lain bertambah hiba dan sedih.

Nota : di harap rakan-rakan bloggers dan pembaca budiman dapat meninggalkan komen berharga sebagai penghargaan terakhir terhadap mendiang dan ahli keluarga diatas pengorbanan dan sumbangan mendiang terhadapat Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan perjuangan yang sedang kita lalui ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang