Selasa, 29 Mac 2011

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SELEWENG SAMPAI BILA

Posted: 29 Mar 2011 10:35 PM PDT

Sila lihat di bawah kenyataan seorang Menteri yang tidak dapat membezakan antara rasuah ketika berkempen untuk satu-satu pilihanraya dengan menunaikan janji manifesto setelah menang dalam pilihanraya berkenaan.

 Seorang lagi yang bertaraf Timbalan PM secara selamba menjawab "biasa lah tu" apabila ditanya tentang penggunaan dewan  serta premis sekolah untuk berkempen pilihanraya.

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah

"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).


Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara "biasa".

"Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN," katanya.

Laporan selanjutnya di SINI dan SANA.

MB KELANTAN LAWAT MEDIU di SELANGOR

Posted: 29 Mar 2011 06:47 AM PDT

SHAH ALAM
YAB TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT melawat Medinah International University MEDIU di Shah Alam hari ini. Beliau amat gembira melihat segala prasarana dan sistem pembelajaran yang ditawarkan di Universiti tersebut yang kini menampung 3000 pelajar daripada 90 buah negara termasuk daripada negeri Cina, negara Afrika, negara Arab dan juga Asia.

Difahamkan oleh rektornya, MEDIU mahu berkembang dan membina kampus sempurna untuk menampung pelajar-pelajar daripada luar negara yang di antara keistimewaan paling ketara ialah kebergantungannya kepada teknologi tinggi seperti e-learning, teleconferncing dengan pensyarah serta pembimbing daripada luar negara dan pelajar-pelajar lain.Turut serta YB EXCO Pendidikan Tinggi Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali.

Tiada ulasan:

Nuffnang