Khamis, 1 Ogos 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Selangor Mohon Pertambahan Bilangan Polis Bantuan

Posted: 31 Jul 2013 08:57 PM PDT


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor sekali lagi mahu memohon kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya menambah bilangan anggota polis bantuan berikutan kebimbangan peningkatan kes jenayah melibatkan senjata api.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya meluluskan permohonan membenarkan 20 penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai polis bantuan.
Tetapi menurutnya, kelulusan ini tidak memberi sebarang makna kerana kuasa polis bantuan ini sangat terhad kepada satu tugas sahaja iaitu mengawal bangunan MBPJ.
"Kita harap KDN dan PDRM lebih mengutamakan keselamatan awam dan mempertimbangkan permohonan ini kerana kita bersedia mengadakan perbincangan bersama Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera bagi mencapai kata sepakat dalam perkara ini.
"Kerajaan Negeri juga menawarkan kesanggupan membiayai kewangan dan tenaga kerja dan kita amat berharap akan menerima maklum balas positif daripada PDRM," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Katanya, walaupun tanggungjawab menjaga keselamatan awam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Pusat, namun pihaknya bersedia untuk menyumbang  sebanyak yang boleh bagi memastikan keselamatan orang awam lebih terjamin ketika berada di tempat-tempat awam.
Selangor sebelum ini pernah menawarkan diri untuk menyediakan pasukan polis bantuan sejak tahun 2010 untuk mengatasi ketidakseimbangan nisbah polis, malah MBPJ juga sudah tiga kali mengusulkannya kepada KDN dengan bajet sendiri sebanyak RM4.3 juta.
Namun Menteri Dalam Negeri penggal lalu Datuk Seri Hishamuddin Hussein menolak cadangan tersebut atas alasan kadar jenayah di Selangor kian menurun.
Abdul Khalid berkata, pihaknya tidak mahu polis bantuan yang hanya bertugas meronda bangunan sahaja sebaliknya mendesak PDRM memberi kuasa penuh termasuk menggunakan senjata api seperti anggota polis biasa.
"Kerajaan Negeri sedia membiayai perbelanjaan proses latihan dan penempatan mereka," katanya yang mahu 30 polis bantuan ditempatkan disetiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan anggaran bayaran gaji lebih RM3,000 seorang.

fmt

Selangor Meluluskan 27 Pelantikan Ahli Majlis PBT

Posted: 31 Jul 2013 08:50 PM PDT


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor meluluskan pelantikan 27 kekosongan jawatan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru bagi sesi Ogos 2013 sehingga Disember 2014.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, tiga daripadanya ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ-4), Subang Jaya (MBSJ-3), Majlis Perbandaran Selayang (MPS-3), Kelana Jaya (MPKJ-7), Ampang Jaya (MPAJ-1), Sepang (MPS-1), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS-2), dan Sabak Bernam (MDSB-1).
"Ada tujuh lagi kekosongan termasuk tiga daripadanya yang kosong kerana peletakan jawatan," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK di sini hari ini.
Teng sebelum ini mengumumkan pihaknya kali ini meletakkan beberapa syarat ketat dalam kriteria pelantikan ahli majlis, antaranya tempoh
perkhidmatan tidak boleh melebihi tempoh empat tahun atau dua penggal berturut-turut.
Manakala hampir 50% ahli majlis PBT yang melebihi tempoh khidmat empat tahun sebelum ini akan 'direhatkan'.
"75% kuota daripadanya dicalonkan parti masing-masing manakala 25% daripada organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang sah dan berdaftar.
"Manakala minimum 30% jumlah ahli majlis yang dilantik akan terdiri daripada golongan wanita," katanya minggu lalu.
Selain itu, beberapa syarat am turut diambil kira, antaranya calon mestilah warganegara Malaysia dan fasih berbahasa Melayu, had umur
minimum 21 tahun, bermastautin dikawasan berkenaan sekurang-kurangnya lima tahun atau menetap didaerah bersebelahan.
Sementara itu, kerajaan negeri turut mengumumkan penangguhan penghantaran pelajar ke Mesir berikutan pergolakkan politik yang masih belum reda .
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, penangguhan ini akan berterusan sehinggalah keadaan keselamatan di Mesir benar-benar terjamin.
Daripada jumlah 1,457 orang pelajar Selangor yang sedang mengikuti pengajian di Mesir, hanya 250 orang sahaja sudah pulang ke Malaysia
dan bakinya masih berada di Mesir.
Halimah berkata, langkah itu diambil bagi mengatasi kegelisahan ibu bapa yang mempunyai anak atau saudara mara yang sedang mengikuti pengajian di Mesir.
"Kerajaan negeri akan terus memantau dan menyelia perkembangan terkini dari semasa ke semasa terutama berkaitan dengan keselamatan pelajar Selangor di Mesir.
"Kerajaan negeri juga meminta semua ibu bapa bertenang dan berdoa semoga situasi yang sedang berlaku di Mesir akan pulih dalam masa terdekat," katanya.
Menurut beliau, pelajar jurusan Agama yang terlibat akan ditempat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) manakala bagi pelajar jurusan Perubatan pula akan ditempat di Universiti Selangor (UNISEL) bagi mengikuti pengajian Asasi Sains.
"Penajaan mereka yang dipersetujui oleh Lemabaga Zakat Selangor (LZS) untuk ke Mesir telah diminta untuk meneruskan penajaan mereka di penempatan baru ini," katanya.
Bagi tahun 2013, seramai 164 pelajar telah menerima tajaan dermasiswa dimana 95 orang mendapat tawaran di Mesir, 64 pelajar di Jordan dan Maghribi (5).

fmt

3 Pegawai Tinggi GLC Akan Diheret

Posted: 31 Jul 2013 08:06 PM PDT



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengheret tiga pegawai tinggi sebuah syarikat bukan kerajaan (GLC) esok atas tuduhan pecah amanah dalam projek bernilai RM30 juta.
Projek yang terbengkalai itu sebahagian pelaburan sebuah agensi kerajaan dalam sebuah firma pembekalan makanan.
Ketiga-tiga pegawai yang ditahan suruhanjaya berkenaan beberapa hari lalu, berjawatan pengarah, ketua pegawai operasi dan ketua pegawai eksekutif.
Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, esok.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali had, berkata mereka ditahan untuk merakam kenyataan masing-masing sebelum dibebas dengan jaminan RM500,000 setiap seorang.
Penahanan itu berikutan siasatan lanjut terhadap projek pembekalan yang gagal sekalipun lebih RM30 juta disalur bank dan GLC.
Projek berkenaan yang dilancarkan beberapa tahun lalu, mengalami masalah sejak di peringkat awal lagi.
Ia sebahagian kes membabit penjawat awam berprofil tinggi yang disiasat SRM baru-baru ini. 

malaysianinsider

Tiada ulasan:

Nuffnang