Isnin, 8 Julai 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Salam Ramadhan 1434 H / 2013 M

Posted: 08 Jul 2013 06:00 AM PDT


Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi dari saya dan seluruh keluarga saya. Selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh keberkatan.

Program Kesihatan Komuniti dan Gotong-Royong Perdana Bersama Penduduk Seberang Takir

Posted: 07 Jul 2013 05:38 PM PDT








Pada 6 Julai 2013 telah merasmikan program anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) iaitu Program Kesihatan Komuniti dan Gotong-Royong Perdana Bersama Penduduk Seberang Takir bertempat di Dataran Permata, Kg. Baru, Seberang Takir. Pelbagai aktiviti telah diadakan bersama-sama penduduk di sini. Tahiniah kepada semua yang terlibat menganjurkan program ini dengan jayanya. Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Kem Kecemerlangan UPSR DUN Seberang Takir 2013

Posted: 07 Jul 2013 05:30 PM PDT





Bermula 4 hingga 6 Julai 2013 baru ini Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir dengan kerjasama sekolah-sekolah rendah dalam DUN Seberang Takir telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR untuk calon-calon harapan bagi semua sekolah yang terlibat. Seramai 131 calon pelajar telah menghadiri kem ini. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR tahun ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang