Isnin, 8 Julai 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Perbelanjaan Pembekalan Tambahan Berjumlah Rm 761.44 Dibentang oleh TSKI di dalam DNS

Posted: 04 Jul 2013 07:11 PM PDT


SHAH ALAM, 4 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membentangkan enakmen perbelanjaan pembekalan tambahan bernilai RM 761.44 juta di Dewan Negeri Selangor.
Perbelanjaan tambahan tersebut antara lainnya sebanyak RM 83 juta bagi membiayai bayaran program air percuma bagi Julai hingga Disember 2013.
Sebanyak RM 22 juta diperuntukan bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang digunakan bagi bayaran program air percuma bagi bulan Mei dan Jun 2013.
Selain itu, RM 517.44 juta lagi diperuntukkan bagi menambah siling Tabung Kumpulan Wang Amanah Pinjaman kepada badan-badan berkanun dan badan lain.
"Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM 413.2 juta adalah pemberian pinjaman kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi tujuan pengambilalihan Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB).
"Sejumlah RM 80 juta adalah pinjaman kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi tujuan pengambilalihan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk projek pembangunan Datum In-City.
"Manakala sejumlah RM 24.24 juta adalah bagi pinjaman kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi projek-projek yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 2/2013 pada 20 Febuari 2013."
Abdul Khalid berkata demikian ketika membentangkan perbelanjaan pembekalan tambahan petang ini di Sidang Dewan Negeri Selangor petang tadi di sini.
Perbelanjaan lain termasuklah peruntukan untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan/Hutan (RM79 juta) dan perbelanjaan am (RM60 juta) yang digunakan bagi menampung komitmen-komitmen tahun 2013 yang telah digunakan untuk pembayaran program air percuma bagi bulan Januari hingga Mei 2013.

selangorku

Rumah Mampu Milik Selangor Akan Dipelbagaikan

Posted: 03 Jul 2013 07:06 PM PDT

SHAH ALAM 4 JULAI : Kerajaan Negeri akan memperkenalkan dasar baru bagi mempelbagaikan jenis Rumah Mampu Milik (RMM) yang wajib dibina pemaju pada bulan September ini.
Exco Perumahan, Pengurusan Bandar dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad berkata, polisi yang bakal dilaksanakan ini menyediakan lebih banyak RMM kepada semua rakyat di negeri ini.
Jelasnya, Kerajaan Negeri berhasrat mempastikan stok perumahan ini mencukupi kepada semua golongan, rendah dan sederhana.
"Polisi baru ini ada lebih banyak jenis (rumah) bagi memenuhi kehendak rakyat yang berpendapatan rendah sehingga yang berpendapatan isi rumah RM 8,000 sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini hari ini.
Menurut Iskandar, polisi baru ini menggantikan polisi yang dilaksanakan Kerajaan Negeri pada tahun 2010 lalu.
"Untuk polisi baru, kita belum lagi menghapuskan rumah kos rendah, tetapi dalam polisi baru, kita memberi fokus kepada mereka yang berpendapatan sederhana," ujar Adun Cempaka itu.
Sehingga kini, seramai 15,105 orang pemohon ditawarkan untuk memiliki rumah kos rendah dari tempoh 2008 hingga 2013.
Manakala seramai 1,568 pemohon ditawarkan oleh Kerajaan Negeri untuk memiliki Rumah Mampu Milik sejak ia diperkenalkan dari tahun 2011 sehingga 30 Mei 2013.

selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang