Khamis, 25 Julai 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Syarat Baru Pelantikan Ahli Majlis Bermula Januari 2014

Posted: 24 Jul 2013 11:11 PM PDT


SHAH ALAM: Selangor meletakkan beberapa syarat ketat dalam kriteria pelantikan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang baru bermula Januari 2014.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim berkata, kerajaan negeri kali ini meletakkan syarat tempoh perkhidmatan tidak boleh melebihi tempoh empat tahun atau dua penggal berturut-turut.
Manakala hampir 50% ahli majlis PBT yang melebihi tempoh khidmat empat tahun sebelum ini akan 'direhatkan'.
"Pembahagian kuota adalah 75% daripadanya dicalonkan parti masing-masing manakala 25% daripada organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang sah dan berdaftar dibawah Badan Pertubuhan Pendaftar (ROS).
"Manakala minimum 30% jumlah ahli majlis yang dilantik akan terdiri daripada golongan wanita," katanya dalam sidang media hari ini.
Selain itu, beberapa syarat am turut diambil kira, antaranya calon mestilah warganegara Malaysia dan fasih berbahasa Melayu, had umur minimum 21 tahun, bermastautin dikawasan berkenaan sekurang-kurangnya lima tahun atau menetap didaerah bersebelahan.
Calon juga mestilah bukan daripada kakitangan kerajaan dan perlu memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
"Sekiranya tiada kelayakan akademik seperti yang ditetapkan, calon perlu menduduki ujian dan lulus ujian seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan PBT," katanya.

fmt

Selangor Bonus 1 Bulan Untuk Kakitangan Awam

Posted: 24 Jul 2013 08:52 PM PDT


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya. 

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini. 

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya. 

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

malaysiakini

Pertubuhan Syiah Mencetuskan Keresahan Umat Islam Malaysia

Posted: 24 Jul 2013 08:48 PM PDT



Kerajaan mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berikutan gerakan aktif pertubuhan itu memudarat ketenteraman awam dan mencetuskan keresahan umat Islam di negara ini.
Perisytiharan yang berkuat kuasa semalam itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966
Ia dibuat melalui kenyataan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Mengikut Utusan Malaysia, Abdul Rahim berkata, pengikut Syiah di Malaysia pernah memohon mendaftar pertubuhan itu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di Melaka pada 18 Jun 2011.
Namun, permohonan itu ditolak pada 4 Ogos 2011 sebelum rayuan dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri tetapi ia ditolak lagi pada 31 Oktober 2011.
"Pertubuhan yang tidak diluluskan ini bergerak aktif hingga memudarat ketenteraman awam serta mencetuskan suasana keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Sumber polis memberitahu akhbar milik Umno itu, dakwaan bilangan pengikut Syiah berjumlah antara 300,000 sehingga sejuta orang, kurang tepat berdasarkan siasatan yang dibuat.
Anggaran bilangan itu dibuat Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang dipercayai Ketua Kumpulan Syiah Malaysia.
"Jumlahnya kurang dari itu kerana siasatan mendapati Syiah Ja'fariah yang paling ramai pengikutnya di negara ini hanya dianggar 1,500 sahaja. Namun, kita akui jumlah itu semakin meningkat," katanya.
Kata sumber itu, pihak berkuasa turut mengesan beberapa pusat kegiatan Syiah di beberapa negeri yang dipercayai menyebar fahaman Syiah.
"Dua markas utama terletak di Selangor iaitu Taman Sri Gombak di Gombak dan sebuah premis rumah kedai di Ukay Perdana, Selangor. Markas ini dijadikan pusat aktiviti dan lokasi untuk mendalami ilmu Syiah.
"Di negeri lain, kita turut mengesan tiga markas yang terletak di Pendang, Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta Taiping, Perak," kata sumber itu. 

malaysianinsider

PRK Kuala Besut:PAS Terima Keputusan Dengan Hati Terbuka

Posted: 24 Jul 2013 08:44 PM PDT


Calon PAS Endot@Azlan Yusof akur dengan kekalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
"Saya terima kekalahan ini dan kalah itu perkara biasa, kita tidak merasa pelik dengan kekalahan ini tetapi jikalau kita menang ia memang suatu yang luar biasa," katanya.
Beliau yang dikenali sebagai Che Long, 48, berkata demikian pada sidang media di markas PAS PRK Kuala Besut di Kampung Baharu, Kuala Besut, semalam.
Azlan, seorang kontraktor, menyifatkan pilihan raya ini sebagai aman dan berpuas hati dengan kempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu.
Calon PAS itu, bagaimanapun tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK A Rahim Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut di Jerteh, malam tadi.
Beliau memberi alasan tidak sempat hadir kerana sibuk tetapi enggan mengulas lanjut.
Azlan kalah kepada Tengku Zaihan, 37, dengan majoriti 2,592 undi selepas mendapat 5,696 undi berbanding calon BN 8,288 undi.
Sementara itu, PAS mengakui strategi 'Gelombang Biru' BN lebih mantap berbanding slogan '16-16 Terengganu Baru.'
Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad, berkata penduduk Kuala Besut dilihat lebih mementingkan pembangunan yang dicanangkan BN. 

- Bernama,

Tiada ulasan:

Nuffnang