Khamis, 25 Julai 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Saman Pil Kuda : Pemuda PAS Gombak Pertahankan Presiden

Posted: 25 Jul 2013 06:06 AM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Sekali lagi Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diserang oleh rakan PR tanpa pembelaan oleh pimpinan dan ahli.


Saya menunggu-nunggu respon daripada pimpinan PAS Pusat serta seluruh ahli berhubung tindakan saman yang cuba di buat oleh rakan PR terhadap Tuan Guru Presiden PAS yg diumum untuk dilakukan menjelang PRK Kuala Besut baru-baru ni sepertimana yang di lapor oleh media.

Tidak kira sama ada dia menarik balik atau tidak, ternyata pengumuman saman di saat-saat getir PRK memberi modal kepada Umno BN dan menjejaskan hubungan sesama PR.

Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada.

Saya juga menunggu kenyataan pimpinan PAS yg selalunya lantang dalam mempertahankan PR dan menentang sebarang usaha yang menjejaskan PR untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pengumuman saman tersebut kerana ia jelas menjejaskan PR dan menguntungkan Umno BN.

Jika dilihat pada isu yang dibangkitkan ternyata Tuan Guru Presiden tidak menyebutkan nama mana-mana individu. Sebaliknya mengulangi prinsip yang perlu dipelihara agar ahli-ahli Pas bekerja dalam suasana yang baik juga bagi memenangkan calon yang tidak bermasalah. Cuba selami hati ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran akan tetapi diletakkan individu yang bermasalah.Di sinilah saya melihat Tuan Guru Presiden terpaksa mengambil tindakan tidak popular untuk bertegas agar keharmonian dalam melaksanakan tugas ini dapat di capai.

Saya amat yakin pimpinanan tertinggi PAS banyak kali mengulangi prinsip dan akhlak yang ada dalam PAS yang perlu di rai oleh rakan PR. Begitulah sebaliknya.

Saya yakin pimpinan dan ahli amat memahami prinsip yang ada dalam PAS yang memungkinkan sesuatu keputusan itu di buat. Kita ada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat yang senantiasa memantau perjalanan parti. Paling kurang Pas ada dua tapisan yang perlu di buat berbanding dengan organisasi lain yang hanya ada Ajk Pusatnya dan silap-silap keputusan sesuatu perkara hanya diputus oleh peribadi tertentu.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Gombak menyeru agar pimpinan dan ahli agar sama-sama kita memahami bagaimana kewajipan kita memelihara prinsip parti disamping keutuhan jalinan perjuangan suci ini yang dipimpin oleh para ulama.

Begitu juga saya ulangi seperti kenyataan saya sebelum ini bahawa Pemuda Pas mengisytiharkan akan mempertahankan Presiden kami dalam apa sahaja bentuk cubaan yang menggugat selagimana ianya tidak bercanggah dengan prinsip dan syariat.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Contohi diet Rasulullah

Posted: 25 Jul 2013 02:20 AM PDT


16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -




Kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW sebagai kekasih Allah tiada tolok bandingnya dan menjadi ikutan para muslim seluruh  dunia.  Antara amalan Rasulullah SAW termasuklah cara  beribadah, menjaga kebersihan diri, hidup berkeluarga termasuk diet makanan cara baginda.  Jika kita menitik beratkan  diet yang  seimbang dan mengamalkan pemakanan yang sihat, tubuh akan terpelihara  daripada serangan penyakit. Hal ini penting kerana sebagai seorang muslim, badan yang sihat akan memudahkan kita beribadat kepada Allah SWT.


Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani demi memudahkan baginda untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya.  Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang."  Begitulah antara petua yang Rasulullah amalkan.



Namun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan amalan gaya hidup mewah manusia masa kini yang melebihkan pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam.  Situasi ini menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes serta kanser.



Cara Diet Rasulullah



Susu dan kurma antara makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW



Antara lain diet cara Rasulullah SAW adalah makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana serta  berkongsi makanan. Rasulullah SAW juga suka minum susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan badan.



Dalam amalan baginda, selepas subuh Rasulullah SAW akan memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur sesenduk madu asli. Jika dilihat dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.



Setelah masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.



Selain itu, Rasulullah SAW tidak akan  mengambil  dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan serentak dengan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Ada hikmahnya tidak meniup air panas untuk diminum



Rasulullah SAW juga melarang meniup atau menghembus nafas ke dalam bekas air (makruh) kerana akan berlaku tindak balas yang merubah kadar kealkalian (pH) air itu.



Sayur-sayuran menjadi pilihan Rasulullah SAW kerana secara umumnya sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi memperkuat daya tahan tubuh dan melindungi daripada serangan penyakit serta mencegah penyakit berpunca daripada gula.



Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.



Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.



Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya. Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.



Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras." (Hadis riwayat Huzaifah).



Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita mulakan amalan yang baik ini kesihatan diri.


harakah/-

Apabila engkau marah elok kamu diam

Posted: 25 Jul 2013 02:08 AM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


Wahai anakku,


Nak marah senang. Nak keluarkan kata-kata senang. Masa engkau marah dan keluarkan kata-kata lagi senang. Tapi wahai anakku, yang payahnya ialah menarik balik kata-kata tersebut.

Yang paling aku bimbang ialah kamu gagal menyembuhkan hati yang terluka mereka yang menyayangimu kerana kata-kata marahmu.

Wahai anakku,
Sebab itu, apabila engkau marah elok kamu diam. Bersabar dulu kerana puncak marah itu sekejap saat saja. Jika kamu tidak mengawal amarahmu, kemarahan kamu yang beberapa saat itu aku bimbang akan melukakan hati orang tersayang kamu bertahun lamanya sehingga kamu menyesal satu hari nanti.

Kamu jangan rasa hebat apabila orang yang menyayangimu tidak melawan marahmu. Kamu jangan berasa betul. Kerana satu hari nanti, engkau akan merasai kepedihan mereka apabila mereka mengambil keputusan meninggalkan kamu. 

Wahai anakku,
Ambillah kesempatan ini untuk meningkatkan kesabaranmu di Ramadhan untuk kegunaan di hari-hari biasa. Senyum.

BN patut terima kasih kepada SPR kerana undi hari Rabu

Posted: 25 Jul 2013 02:03 AM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Umno mesti berterimakasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya kerana menetapkan pengundian pada hari Rabu atas peningkatan majoriti undinya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut yang menyaksikan peratusan keluar mengundi merosot sebanyak 1,193 orang atau pada kadar keseluruhan 79.78% berbanding 87% pada pilihanraya umum 5 Mei lalu.  

Kerana itulah, calon Umno/BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman telah mendapat 8,288 undi, manakala calon PAS Endot@Azlan Yusuf mendapat 5,696 undi–beza undi sebanyak 2,592 undi, iaitu 158 undi lebih tinggi daripada majoriti 2,434 yang dicapai oleh Umno/BN dalam pilihanraya umum.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang (gambar) dalam kenyataannya hari ini. 

Lim mendakwa, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendakwa bahawa BN gagal mencapai sasaran 4,000 majoriti undi di Kuala Besut kerana para penyokong BN merasa terlalu yakin akan menang dan lalu tidak keluar mengundi.

Beliau juga mensabitkan kemerosotan peratusan keluar mengundi sebanyak 7 peratus disebabkan oleh rentak hidup yang lebih perlahan di bulan Ramadan.

"Bagaimanapun, kemungkinan besar faktor sebenar yang menyebabkan peratusan keluar mengundi merosot ialah kerana hari mengundi ditetapkan pada hari bekerja, menyebabkan banyak pengundi yang tinggal di luar Kuala Besut tidak dapat pulang untuk mengundi," kata Lim.

Bagi beliau, jika peratusan keluar mengundi tinggi seperti pilihanraya umum lalu dan sebahagian besar pengundi yang tidak pulang ke Kuala Besut untuk mengundi dalam pilihanraya kecil mengundi calon PAS, majoriti Umno/BN kali ini kemungkinan besar lebih rendah daripada majoriti 2,434 yang dicapainya dalam pilihanraya umum lalu.

Kemerosotan majoriti undi Umno/BN, walaupun ia masih mengekalkan kerusi tersebut, akan dilihat sebagai satu kegagalan khususnya setelah pelbagai pemberian yang bernilai sekitar RM500 juta telah dicurahkan ke kawasan itu dan untuk pengundi di sana oleh kerajaan pusat dan negeri dalam tempoh pilihanraya kecil ini–menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut salah satu pilihanraya kecil termahal dalam sejarah.

Bagi Lim, PAS mencatatkan pencapaian yang baik di Kuala Besut kerana tiada siapa yang benar-benar menjangka bahawa calon Umno/BN akan kalah di kubu kuat mereka.

Pihak yang kalah paling besar adalah Umno/BN kerana ia gagal mencapai sasaran undi majoriti 4,000 dalam pilihanraya kecil kali ini, katanya.
harakah/-

Angka korban nahas kereta api di Sepanyol meningkat 77

Posted: 25 Jul 2013 01:45 AM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SANTIAGO DE COMPOSTELA: Angka korban nahas kereta api yang tergelincir di barat daya Sepanyol hari ini meningkat kepada 77 penumpang dengan lebih 140 lagi cedera.
Laporan media mengaitkan tragedi itu dipercayai berpunca daripada kelajuan yang tinggi.

Empat gerabak tergelincir sebelum melanggar tembok lalu terbakar dengan mayat bergelimpangan dengan dibalut selimut di sepanjang landasan.
Gerabak dikatakan berlanggar antara satu sama lain dan ada yang terjungkit ke atas.
Beberapa saksi berkata, mereka mendengar letupan yang kuat.
"Saya di rumah ketika ini apabila mendengar seperti bunyi petir. Ia amat kuat dan asap berkepul-kepul," kata Maria Teresa Ramos, 62, yang tinggal beberapa meter dari tempat nahas.
"Ia satu bencana, penumpang dibawa keluar dan tiada siapa yang pernah menyaksikannya sebelum ini," katanya.
Nahas berlaku jam 8.42 malam waktu tempatan apabila kereta api berkenaan membawa 218 penumpang dan empat kakitangan ketika tiba di stesen Santiago de Compostela di Wilayah Galicia. - AFP

Mesej bahaya dari ucapan terbaru Al-Sisi

Posted: 25 Jul 2013 01:42 AM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

Saya melihat ucapan terbaru dari Menteri Pertahanan Abdul Fatah As-Sisi amat bahaya bagi masa depan negara dan demokrasi di negara Mesir.

Sisi dalam ucapannya meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah hari ini berkata secara jelas:
"Saya meminta rakyat Mesir yang bebas dan mulia untuk turun ke jalanraya-jalanraya Jumaat ini bagi memberikan kepada saya (askar) satu kuasa dan arahan untuk menamatkan keganasan yang berlaku."

Apa yang anda faham dari petikan ucapan Sisi ini. Saya ringkaskan kepada beberapa noktah penting:

1) Kumpulan penentang Mursi terpaksa menggunakan As-Sisi sebagai pemberi arahan untuk kumpulan mereka turun selepas beberapa siri majlis berbuka puasa anjuran Tamarrud yang diadakan di Tahrir tidak mendapat sambutan sama seperti hari 30 Jun bagi menjatuhkan Mursi. Mereka terpaksa mengerahkan tenaga anggota polis yang berpakaian biasa untuk turun berbuka puasa di Tahrir. Itupun jumlah mereka sekitar 1,000 hingga 2,000 orang. Kemungkinan mereka tidak memiliki daya juang dan jihad yang tinggi tambahan berada dalam bulan Ramadhan seperti pejuang-pejuang di Raba'ah yang sanggup berdiri dan berpanas terik.

2) Arahan Sisi ini menunjukkan secara jelas siapa yang memerintah Mesir hari ini. Bukan Adli Mansour sebagai Presiden sementara tetapi As-Sisi. Mansour hanya boneka Sisi.

3) Ucapan Sisi ini membayangkan kebimbangannya kepada himpunan raksasa yang lebih besar kerana Ikhwan Muslimin dan gabungan Kerjasama Kebangsaan mengumumkan Jumaat ini bersamaan 17 Ramadhan adalah "Jumaat Furqan" bertepatan sambutan memperingati Nuzul Al-Quran. Mengimbau beberapa Jumaat sebelum ini telah menyaksikan hampir 10 juta rakyat keluar menolak rampasan kuasa kerana kebetulan Jumaat merupakan cuti minggu.

4) Apa yang paling bahaya petikan ucapannya ialah "...bagi memberikan kuasa kepada saya"..Maksudnya jika Tahrir mampu menghimpunkan angka jutaan Jumaat ini maka ia akan memberi isyarat sokongan kepada tentera untuk meleraikan himpunan di Raba'ah dan Nahdhah yang memasuki minggu ketiga walaupun terpaksa dibunuh dan diceroboh mereka yang berada di Raba'ah maka ia bakal menyaksikan lebih banyak korban. Himpunan di Tahrir kelak sebagai "lesen besar" bagi Sisi bertindak lebih kasar kepada rakyat di Raba'ah. Matlamat utama tentera kini hanya mahu meleraikan himpunan di Raba'ah dan Nahdhah kerana imej Sisi jatuh di mata dunia waktu ini dengan kewujudan rakyat di dua lokasi ini. Taktik menggunakan polis dan militia samseng sebelum ini juga gagal meleraikan himpunan ini.

5) Istilah "pengganas" akan terus digunakan oleh penyokong rampasan kuasa bagi memberikan sokongan padu apa jua tindakan tentera selepas ini. Jika dibunuh mereka yang berhimpun maka ia "bukan satu kesalahan" kerana tentera bertindak memerangi pengganas. Apa jua tindakan yang mungkin mengejutkan kita dan dunia selepas ini maka tentera akan bertindak demi atas nama "memerangi pengganas" sedangkan "pengganas" itu tidak dilabelkan kepada kumpulan asing yang lain melainkan sebahagian rakyat Mesir dari kumpulan-kumpulan Islam termasuk Ikhwan Muslimin.

Mesir: Al-Sisi seru pertembungan Jumaat ini

Posted: 24 Jul 2013 11:04 PM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

MESIR: Ketua Tentera Mesir Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi semalam membuat kenyataan "ancaman" apabila menyeru rakyat Mesir untuk turun ke seluruh dataran pada Jumaat ini, iaitu esok bagi membantu beliau berhadapan dengan penyokong Dr Muhammad Morsi yang dilabelnya sebagai pengganas.

Al-Sisi yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapannya ketika meraikan graduan Fakulti Tentera Laut dan Udara bagi wilayah Kaherah semalam secara jelas meminta mandat daripada rakyat untuk bertembung dengan penyokong Morsi.

"Saya mendesak orang ramai turun ke jalanan hari Jumat nanti untuk membuktikan tekad mereka dan memberi saya, tentara, dan polis sebuah mandat bagi menghadapi kemungkinan kekerasan dan terorisme."

"Dengan demikian dalam hal itu harus ada penghentiaan kekerasan serta terorisme dan tentara akan mendapat mandat untuk menghadapinya," katanya yang turut disiar secara langsung beberapa buah saluran televisyen milik tentera.

Ikhwan sifatkan ancaman

Sementara itu, Ikhwan Muslimin menyifatkan kenyataan Al-Sisi itu sebagai ancaman, dan yakin pihak penyokong Morsi yang telah berhimpun hampir tiga minggu lalu tidak akan berganjak.

Wakil Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwanul Muslimin Essam El-Erian berkata, kenyataan Al-Sisi itu juga cuba membuat pengesahan untuk terus menggunakan kekerasan termasuk membunuh peserta himpunan penyokong Morsi.

"Ancamanmu tidak akan menghentikan jutaaan orang untuk berkumpul," kata Essam.

Alvivi dibenarkan ikat jamin RM30,000 tiap seorang

Posted: 24 Jul 2013 11:00 PM PDT

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibenarkan ikat jamin sejumlah RM30,000 tiap seorang dengan dua penjamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
    Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Alvin dan Vivian masing-masing menghadapi tiga tuduhan di Mahkamah Sesyen.

    Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikatjamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk menahan pasport mereka.

    Mahkamah juga melarang kedua-duanya daripada memuat naik bahan-bahan atau mempunyai akses kepada peranti rangkaian pintar untuk memuat naik bahan-bahan yang sensitiviti di segi agama dan kaum.

    Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
    Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut.
    Hari ini, mahkamah yang mendengarkan permohonan mereka itu, membenarkan dan kedua-duanya diikat jamin.

    Malaysiakini/-
  • Che Long tekad terus bantu rakyat miskin

    Posted: 24 Jul 2013 10:56 PM PDT

    16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
    Harakahdaily/-

    BESUT: Calon PAS Azlan@Endut Yusof ataulebih dikenali dengan panggilan Che Longmenyifatkan kekalahannya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut merupakan perkarabiasa.


    Katanya, jika beliau berjaya memenangi kerusi ini barulah ia dilihat luar biasa.

    Malah tambahnya, kekalahan beliau itu bukanlah satu perkara yang pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit melalui projek-projek yang ditawarkan oleh Umno BN dengan nilaian hampir setengah bilion.


    "Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN," katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.

    Ketika ditanya aoa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat.

    Menjawab pertanyaan wartawan tentang faktor kekalahannya, Che Long dengan pantas menjawab "Che Long lawan kerajaan Malaysia".

    Bagi Che Long tugas di dalam parti adalah amanah yang perlu dilaksanakan bukanlah untuk menjadi calon semata-mata.

    "Tugas kita kerana Islam, tidak berebut untuk menjadi calon. Mungkin empat tahun lagi ada calon yang lebih baik dari.Che Long," katanya menjawab sama ada beliau akan dipilih menjadi calon untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.

    Che Long turut mengucapkan jutaan terima kasih buat petugas-petugas PAS dan jentera parti dari luar dan dalam yang turun berkempen dalam PRK semalam.

    Sementara itu, Che Long turut berjanji akan membantu membina rumah beberapa orang penduduk di Teluk Bayu selepas ini.

    "Insyallah saya akan tunaikan janji ini. Rumah mereka sangat daif seperti rumah padi. Saya akan bantu sekuat mungkin," katanya.

    Che Long kelihatan tenang sepanjang sidang media yang berlangsung, kemudian beliau sempat bersalam dan mengucapkan tetima kasih kepada para petugas  media yang membuat liputan sepanjang 12 hari berkempen di sini
    .

    Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan

    Posted: 24 Jul 2013 07:39 AM PDT

    15 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

    Dr Azman Ibrahim,

    Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut. 

    Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat.
    "Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing.."

    "Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…"

    "kawe ni ore susah, mmikir setakat nak makan anok beranok loo jah! Sapo hok buleh wi pitih, hok tu kawe undi.."

    "Mintak maaf laa awe weehh… anok-anok ambo sekoloh ramai lagi, kan keno tarik bantuan, dok berasap laa dapur ambo…"

    Apa yang cuba saya nukilkan di atas adalah sedikit gambaran cara berfikir warga Kuala Besut. Ternyata slogan '16:16 Terengganu Baru' sedikit pun tak berbekas di hati pengundi yang digambarkan hasilnya dengan peningkatan majoriti kemenangan BN. 

    Ternyata orang Kuala Besut bukanlah idealis dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu walaupun apa yang kita bawa adalah isu setempat yang mampu dipandang dan 'dikelih' oleh mata kasar. 

    Mereka lebih memikirkan survival hidup hari ini, esok dan seterusnya… 'nok wat make loo' ikut istilah orang Besut. Mungkinkah idea-idea yang  kita sepanjang kempen bawa tak mampu dihadam dengan baik oleh mereka?

    Seorang teman seperjuangan menitipkan mesej, "bersabarlah wahai para pejuang. Kita bukan berlawan dengan Umno/BN, tetapi kita berhadapan dengan gerombolan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan segala macam machinery, money and media. 'Habih tea' ikut istilah orang Besut. 

    Saya mengakui kebenaran kata-kata sahabat ini. Apakah kemenangan dengan cara ini bermaruah? Aaah! Persetankan istilah maruah dan integriti. Dengan wang dan kuasa, segalanya mungkin.

    Nyata dengan janji pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata, orang Kuala Besut akan memahat sejarah mencipta tamadun! Muara Sungai Besut akan bertukar menjadi gerbang pelancongan antarabangsa dengan peruntukan RM250 juta. 

    Empangan baru Pengkalan Nangka RM35 juta. Sekolah Menengah Alor Peroi, rumah pangsa mampu milik Tok Saboh serta pelbagai lagi projek pembangunan. 

    Diharap selepas ini Lebuhraya Pantai Timur akan disambungkan terus ke Kuala Besut. Peruntukan hampir RM400 juta untuk sebuah Dun sekecil Kuala Besut dengan hanya lebih 17 ribu pengundi adalah suatu limpahan yang hebat. 

    Tahniah sekali lagi warga Kuala Besut. Diharap tempiasnya akan mengalir sedikit sebanyak ke Jabi dan tentunya warga Pasir Puteh yang bersepadan juga berminat untuk tumpang sekaki.

    Seorang teman di Besut sempat melahirkan 'kebimbangannya' "Lagu tu punyo janji, ambo bimbe kawasan lain pun turut buat semayang hajat, mintok tok wokil dia mati awal…" saya hanya mampu tersenyum. Selamat menempuh baki 15 hari lagi dari bulan Ramadhan al Mubarak.

    Tiada ulasan:

    Nuffnang