Selasa, 7 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Gerak kerja PRU-14

Posted: 06 May 2013 07:14 AM PDT

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan yang telah bertungkus lumus menggalas harapan rakyat terutamanya di DUN Paroi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas usaha kita dengan ganjaran kebaikan.

Walaupun Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan tidak dapat membentuk kerajaan pada kali ini, kita harapkan dengan usaha kita di Negeri Sembilan yang memberikan saingan yang sengit, secara tidak langsung Pakatan Rakyat dapat terus mentadbir Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, disamping menambah lagi 7 kerusi Parlimen berbanding PRU-12 serta peningkatan bilangan kerusi yang ketara di Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu.

Gerak kerja untuk PRU-14 bermula dari sekarang. Pastikan penyokong kita yang layak mengundi berdaftar sebagai pengundi. Juga mereka yang menetap di Negeri Sembilan yang mengundi di luar Negeri Sembilan serta tidak pulang mengundi agar mendaftar sebagai pengundi di Negeri Sembilan.

Anak-anak Negeri Sembilan di perantauan yang mengundi di Negeri Sembilan juga perlu pastikan pasangan suami atau isteri mereka serta anak-anak yang cukup umur mendaftar sebagai pengundi di Negeri Sembilan.

Salam Perjuangan, Takbir.

Jadual Kuliah Ustaz Hambali untuk bulan Mei 2013

Posted: 06 May 2013 01:37 AM PDT




Jom kita hadiri majlis yang dinaungi para malaikat ;

06 Mei 2013 (Isn) :  Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh, Pedas
07 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
09 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Pinggiran Senawang
10 Mei 2013  (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
11 Mei 2013 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
12 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi jld.3 G/Home F
12 Mei 2013 (Ahd) :  Kuliah Hadis Tmn Desa Melor  
13 Mei 2013 (Isn) : Kulah Bulanan PENGASIH
14 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
20 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
20 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Rembau Utama
21 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
22 Mei 2013 (Rab) : Kuliah Hadis Masjid Yusof Teh
23 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Mantau Endah.
24 Mei 2013 (Jum) :  Kuliah Hadis Surau Hj.Musa BSS
25 Mei 2013 (Sab) :  Kuliah Suboh Bahrul Maazi Al-Amin,Cempaka 2
26 Mei 2013 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn Pinggiran Senawang
26 Mei 2013 (Ahd) :  Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 G/Home
27 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, KLIA
27 Mei 2013 (Isn) : Kuliah Bulanan Tmn Seri Pulai
28 Mei 2013 (Sel) : Kuliah Tanbihul Ghafileen Al-Amin Cempaka 2.
30 Mei 2013 (Kha) : Kuliah Bulanan Al-Qudwah G/Street Home
31 Mei 2013 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Lavender Height

Tiada ulasan:

Nuffnang