Isnin, 20 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tak sampai sebulan lepas PRU13 harga getah turun, dividen kurang, subsidi dipotong

Posted: 19 May 2013 06:39 AM PDT


Tidak sampai sebulan PRU-13 berlalu, rakyat di Negeri Sembilan telah mula merasa perit, dulu dividen penoreh getah Felcra mencecah RM7,000 kini cuma RM505. Manakala para nelayan di Port Dickson kini tidak lagi dapat membeli disel pada harga subsidi demi mencari rezeki di laut untuk sesuap nasi.

Peserta mohon penjelasan Felcra
19 Mei 2013

GEMAS – Rata-rata peserta Felcra Bukit Jelai, di sini, memohon pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) menjelaskan sebab utama mengapa bayaran dividen lebih rendah berbanding jumlah penyaluran dividen sebelum ini.

Peserta, Peah Dolah, 77, berkata, setiap kali Felcra menyerahkan dividen kepadanya, anaknya, Borhan Baharudin, 53, pasti akan memasukkan cek berkenaan ke dalam akaun bank dengan jumlah mencecah ribuan ringgit.

Bagaimanapun menurut Borhan, dia terperanjat apabila pemberian dividen terbaru hanya mencatatkan jumlah sebanyak RM505 berbanding nilaian dividen sebelum ini yang pernah mencecah sebanyak RM7,000.

"Oleh itu, saya mohon jasa baik pihak Felcra untuk memaklumkan kepada peserta mengapa dividen ini berkurangan sedangkan harga getah baru sahaja turun menjelang PRU ke-13 yang lalu.

Kad subsidi minyak ditangguh
19 Mei 2013

KAMPUNG TELOK – Sekumpulan nelayan yang bernaung di bawah di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Telok Kemang Kemang kecewa apabila dikenakan penangguhan kad subsidi minyak tanpa notis sejak 11 hari lalu.

Sinar Harian difahamkan seramai 13 nelayan terlibat dengan penangguhan itu sehingga mengakibatkan mereka tidak layak menerima bantuan subsidi minyak sejak 8 Mei lalu.

Nelayan Hashim Mahat, 56, berkata, dia hanya menyedari bantuan subsidi minyak yang diterima sejak kira-kira tiga tahun lalu diberhentikan semasa dia mahu mengambil minyak berkenaan sebelum turun ke laut pada 8 Mei lalu.

"Tanpa sebarang notis amaran, bantuan saya terus diberhentikan. Entah apa sebabnya saya sendiri tidak tahu.

Tiada ulasan:

Nuffnang