Ahad, 7 April 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Pertandingan Memancing

Posted: 06 Apr 2013 08:34 PM PDT










6 April 2013, telah berkesempatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang sempena pertandingan memancing yang diadakan di Komuniti Wakaf Sarang Laba, Seberang Takir. Tahniah diucakan kepada semua pemenang.

Baktisiswa Permata UM Bersama APMT

Posted: 06 Apr 2013 08:28 PM PDT







6 April 2013, Persatuan Mahasiswa Terengganu  Universiti Malaya (PERMATA) telah menganjurkan Program Baktisiswa PERMATA UM Bersama APMT bertempat di Kg. Teluk Ketapang, Seberang Takir. Selamat datang diucapkan kepada PERMATA UM ke Seberang Takir dan terima kasih kerana memilih Seberang Takir sebagai destinasi baktisiswa pada kali ini. Semoga ikatan yang terjalin tidak terputus sampai di sini sahaja.

Ceramah Isu-Isu Semasa PRU 13

Posted: 06 Apr 2013 08:20 PM PDT








5 April 2013, satu ceramah isu-isu semasa sempena PRU ke 13 telah diadakan bertempat di Kg. Duyong, Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Penceramah jemputan ialah Y.Bhg. Encik Ruslan bin Kassim, bekas ketua penerangan PKR pusat dan Y.Bhg. Prof. Madya Mohd Noor bin Deris, Bekas AJK Dewan Ulamak Pas Pusat. Terima kasih diucapkan kepada penceramah-penceramah jemputan kerana sudi berkongsi cerita dan pengalaman dengan hadirin yang hadir pada malam itu.

Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Surau-Surau dalam DUN Seberang Takir

Posted: 06 Apr 2013 07:25 PM PDT










5 April 2013, telah berlangsungya majlis penyampaian bantuan pentadbiran surau-surau dalam DUN Seberang Takir dan perjumpaan qariah solat jenazah bertempat di Dewan Besar, Bangunan Penyelaras UMNO DUN Seberang Takir, Telaga Daing.

Program Masuk Kampung Menziarahi Pesakit

Posted: 06 Apr 2013 07:06 PM PDT







4 April 2013, telah berkesempatan untuk masuk kampung melawat melawat orang sakit seterusnya menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung. Semoga cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Mesyuarat Agung PIBG SK Teluk Ketapang

Posted: 06 Apr 2013 06:56 PM PDT








4 April 2013, telah merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Teluk Ketapang dan seterusnya melancarkan sistem automasi e-kutub khanah. Di kesempatan itu juga sempat melawat perpustakaan SK Teluk Ketapang yang menggunakan skim pinjaman berkomputer untuk pinjaman buku.

Perasmian Majlis Penutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah

Posted: 06 Apr 2013 06:39 PM PDT








4 April 2013, telah merasmikan Majlis Penutup Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah 2013 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Prinzpark Resort Terengganu, Kuala Ibai.

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah menengah. Penglibatan pelajar sekolah telah dilaksanakan dengan fokus kepada 3 aspek utama yang praktikal dan mudah diaplikasikan iaitu perbelanjaan berhemah, pemakanan seimbang dan pemeliharaan alam sekitar.

Tiada ulasan:

Nuffnang