Selasa, 2 April 2013

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


8 Pimpinan UMNO-BN Yang Harus Najib Perhatikan

Posted: 01 Apr 2013 07:38 PM PDT


8 orang pemimpin Corrupt:
Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno
Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
Nazri Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri
Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan
Taib Mahumud, Ketua Menteri Sarawak
Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu
Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan
Shafie Apdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar

Kekayaan luar biasa Taib
Kesemua 8 yang berada dalam senarai PKR ini berada di bawah perhatian awam bagi tuduhan rasuah.
Taib Mahmud, sebagai contoh telah didakwa sebagai salah antara lelaki terkaya di dunia dan dilaporkan sedang disiasat oleh kerajaan Switzerland atas tuduhan pengubahan wang haram yang diperolehi daripada operasi pembalakan haram.
Terdapat sedikit keraguan bahawa Taib terlalu kaya dengan gaji sebagai ketua kerajaan negeri Sarawak. Gaya hidup dirinya serta ahli-ahli keluarganya yang begitu menonjol sudah lama diketahui rakyat.

Skandal Lembu Shahrizat
Walaupun namanya telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Shahrizat Jalil tidak terlepas dari persepsi awam
bahawa dia telah gagal untuk menyedari bahawa keluarganya ​​terlibat dalam korupsi skandal RM250 juta NFC.
Suaminya telah didakwa atas jenayah pecah amanah bagi NFC, sebuah projek pembiakan lembu negara.

Skandal Musa Aman
Musa Aman, yang mana Sabah, negerinya telah baru-baru berada dalam kegawatan berikutan pencerobohan kumpulan kecil pengganas asing bersenjata, telah disiasat oleh agensi anti-rasuah Hong Kong bagi dakwaan pengubahan wang haram.
Dia juga telah dituduh menyekat deportasi Manuel Amalilio anak saudaranya, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina untuk kerana penipuan sejumlah 12 bil peso (RM900 juta) wang dalam skim cepat kaya yang didakwa dilakukan untuk mengumpul dana bagi pilihan raya untuk Musa.
Malaysia dijangka akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang walaupun telah banyak kali ditangguhkan oleh Najib, Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April ini.
Melainkan pentadbiran Najib mengisytiharkan darurat dan menggantung Parlimen, PRU ke-13 perlu juga diadakan walau apa jua alasan dan peluang Anwar Ketua Pembangkang dan gabungan PR iaitu PKR, PAS dan DAP untuk menang adalah sangat tinggi.
Ramai pakar meramalkan akan berlaku perubahan rejim, buat pertama kalinya sejak negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957.

Ahmad Said
Pada sidang akhbar itu, Rafizi juga melengakapi keterangan dokumentasi yang didakwa membuktikan pembabitan Ahmad Said, Ketua Menteri Terengganu dalam skandal konsesi balak.
Rafizi sebelum ini mendakwa bahawa Ahmad telah menggunakan firma RM2 sebagai pengantara untuk menjual konsesi balak kepada pengendali, menuntut harga RM1 juta untuk menjual saham dalam firma dorman dimana lesen pembalakan telah disuntik atau diberikan.
Pada hari Selasa, Rafizi mengedarkan salinan resit rasmi dari firma peguam bertarikh 12 Disember 2011, yang menerima cek RM1 juta daripada Maybank sebagai bayaran untuk salah satu urusan jual beli.
"Sehingga kini, tidak terdapat maklumat atau apa-apa langkah oleh SPRM untuk mendakwa walaupun terdapat bukti yang jelas pembayaran serta perjanjian kontrak yang jelas ditandatangani mengikat firma RM2 dengan tender negeri Terengganu terhadap konsesi balak," kata Rafizi.

MC

DAP Julang Melayu Menjadi MB Jika Rakyat Memberi Mandat di N9

Posted: 01 Apr 2013 07:06 PM PDT



KUALA LUMPUR- DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif dengan Roketkini.com baru-baru ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan 'modal politik lama' yang sama ketika oposisi berjaya menawan Dun Perak pada PRU 2008 lalu.

"Fitnah begini sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang semakin mesra dan menyokong PR.

"Isu itu tidak sepatutnya timbul. Sudah jelas pendirian DAP. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan sekarang, hubungan kerjasama PR negeri ini sangat baik.

"Kita bertemu pelbagai lapisan masyarakat melalui program seperti ceramah dan aktiviti lain. Ini yang menimbulkan ketakutan mereka (Umno BN)," katanya.

Ditanya mengenai situasi kempen PR Negeri Sembilan, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, akar umbi ketiga-tiga parti mempunyai persefahaman yang kuat dan sentiasa bersama dalam kempen turun padang yang dijalankan.

"Semua parti dalam PR perlu menumpukan agar kempen dijalankan bersama. Ini untuk memastikan penyokong akar umbi akan memberi undi kepada satu sama lain misalnya pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR manakala pengundi Melayu akan memilih DAP," ujar beliau.

Tambahnya, PR juga bersedia mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan daripada BN jika memenangi majoriti kerusi Dun dan akan memastikan pelantikan Menteri Besar akan diselesaikan pada malam keputusan diumumkan.

"Kita sudah bersiap sedia untuk mentadbir bermula pada hari pertama lagi," katanya.
PAS PRU12 lalu, DAP memenangi 10 daripada 36 kerusi Dun Negeri Sembilan, PKR (empat) dan PAS (satu).

-Harakahdaily

Perubahan Dalam Musik

Posted: 01 Apr 2013 06:55 PM PDT








KUALA LUMPUR 2 APRIL: Lagu 'Pasti Kau Ingin" dendangan kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.
 
3Dalam masa kurang 12 jam dimuat naik , video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.
 
Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.
 
4Difahamkan, video klip itu adalah arahan Johan, pengendali laman facebook 'Malaysian Gags' dan diterbitkan dengan kerjasama staf pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke dinding menggunakan kaedah 'stensil' dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan 'We Want, We Need' (Kami Mahu, Kami Perlu)
 
5
Meskipun sekadar bermodalkan RM3,000 sahaja, namun video berkenaan berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD), selain memiliki nilai kreativiti menarik.
 





(FZL)

keadilandaily

Tiada ulasan:

Nuffnang