Jumaat, 1 Februari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Kuala Nerus

Posted: 01 Feb 2013 05:32 AM PST







Pagi tadi, 1 Februari 2013 telah berarak beramai-ramai ke Pejabat UMNO Bahagian Kuala Nerus, Batu 6 dari Seberang Takir sempena sambutan maulidur rasul 1434 H yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Kuala Nerus. DUN Seberang Takir turut tidak melepaskan peluang berharga untuk sama-sama mengingati kelahiran nabi Muhammad S.A.W.

Semua DUN dalam Bahagian Kuala Nerus turut serta dalam program ini iaitu DUN Bukit Tunggal, Tepoh, Teluk Pasu dan Seberang Takir. Program ini turut dihadiri YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Seri kerana turut serta perarakan sempena sambutan maulidur rasul bahagian Kuala Nerus pada kali ini. Kesudian Dato' Seri amatlah dihargai.

Forum Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Posted: 01 Feb 2013 05:04 AM PST





Malam semalam, 31 Januari 2013 telah berlangsungya satu forum perdana sempena sambutan maulidur rasul 1434H yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir bertempat di Dataran Permata Kg. Baru Seberang Takir.

Forum perdana pada kali ini telah menampilkan 2 orang pakar motivasi sebagai ahli panel iaitu Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan YM. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad. Manakala moderatornya ialah penasihat agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Y.Bhg. Ustaz Kamarudin bin Omar. Forum perdana pada kali ini berkisar tentang tema maulidur rasul tahun ini iaitu "Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". 

Alhamdulillah, ramai yang hadir pada forum perdana semalam. Terima kasih diucapkan kepada para hadirin dan petugas yang menjayakan forum pada kali ini. Semoga forum-forum seperti ini dapat diteruskan di masa mendatang.

Tiada ulasan:

Nuffnang