Khamis, 17 Januari 2013

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan SK Tok Jembal

Posted: 17 Jan 2013 04:34 AM PST







Hari ini, 17 Januari 2013 bermulanya penyerahan bantuan awal persekolahan bagi Sekolah Kebangsaan Tok Jembal untuk sekolah-sekolah dalam DUN Seberang Takir bagi sesi 2013. Selepas SK Tok Jembal, ade 6 buah sekolah lagi dalam DUN Seberang Takir akan menunggu giliran untuk diserahkan. InsyaAllah, dengan izin dari-Nya bantuan bagi 6 buah sekolah lagi dapat diselesaikan dalam bulan ini juga.

Semoga dengan mendapatnya bantuan, dapat meringankan sedikit beban bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran.

Majlis Makan Malam APMT Bersama YAB Menteri Besar Terengganu

Posted: 16 Jan 2013 04:33 PM PST








Semalam 16 Januari 2013 juga telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) bersama YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam.

Tahniah diucapkan kepada staf APMT yang mendapat anugerah malam tadi. Semoga dengan pengiktirafan ini, kalian terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Bagi mereka yang tidak mendapat anugerah, tidak bermakna anda tidak cemerlang, teruskan usaha, insyaAllah, Allah S.W.T akan membalas segala jasa kalian. 

Melawat Orang Kampung Sakit

Posted: 16 Jan 2013 04:30 PM PST





Semalam 16 Januari 2013 telah berkesempatan untuk melawat pesakit di Kg. Pak Tijah, Tok Jembal, Seberang Takir. Di kesempatan itu juga, menghulurkan sedikit bantuan kepada pesakit bagi meringankan sedikit beban. Semoga mereka cekal dan tabah menghadapi ujian dari Allah S.W.T dan sembuh dari sebarang penyakit. InsyaAllah dengan izin dari-Nya.

Tiada ulasan:

Nuffnang