Selasa, 22 Januari 2013

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


20 Wanita Sertai Kelas Jahit Manik Keempat DUN Seri Andalas

Posted: 22 Jan 2013 05:15 AM PST

Untuk membantu meningkatkan pendapatan wanita dan juga keluarga, Pejabat ADUN Seri Andalas telah mengadakan kelas menjahit manik yang keempat.

Kelas yang diadakan pada 20 Januari 2013 yang lepas disertai oleh 20 orang wanita.








32 Wanita Sertai Mammogram Percuma Pertama 2013 DUN Seri Andalas

Posted: 22 Jan 2013 05:00 AM PST

Pada 20 Januari 2013 yang lepas seramai 32 wanita dari DUN Seri Andalas telah menjalani pemeriksaan mammogram dan juga papsmear di Forest Medical Centre. Ini adalah program mammogram pertama bagi tahun 2013 diadakan di DUN Seri Andalas.

Program pada hari tersebut telah dikoordinasi oleh Puan Vikneswary dan Cik Kalaiarasi. Para wanita yang mengambil bahagian dibantu para sukarelawan yang hadir. Sebelum pergi menjalani pemeriksaan, YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi taklimat ringkas.

Mamogram adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini di lakukan oleh juruadiografi. Doktor pakar radiologi akan meneliti filem bagi mengesan penyakit payudara, samada menghidapi kanser atau tidak.

Skim pemerkisaan mammogram percuma adalah antara manifesto Kerajaan Selangor melalui 'Skim Kesihatan Percuma' kepada rakyat Selangor, khususnya golongan wanita berumur 35 tahun keatas  bagi memastikan paling tidak, satu juta wanita Selangor sihat. Di DUN Seri Andalas, skim ini telah dijalankan secara kerap sejak Disember 2010.






Penduduk Pangsapuri Bantah Syabas Naikkan Caj Air 73 Peratus

Posted: 21 Jan 2013 06:28 PM PST

KUALA LUMPUR 21 JAN : Kononnya atas arahan pihak atasan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), kira-kira 4,000 penduduk di Pangsapuri Cendana di sini terpaksa menanggung kenaikan tarif air sehingga 73 peratus dari kadar biasa yang dikenakan.

Itu alasan yang diterima daripada Syabas ketika penduduk menyuarakan bantahan terhadap kenaikan tarif air itu, jelas Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Cendana, Zulfa Asri Zulkifli.

Menurut Zulfa Asri, ini berlaku selepas Syabas menukarkan klasifikasi pangsapuri mereka.

Di dalam satu surat bertarikh 10 Januari, Syabas telah mengklasifikasikan pangsapuri mereka sebagai sebagai rumah pangsa kos sederhana rendah yang sepatutnya dikenakan caj air 80 sen setiap metre padu.

Akan tetapi di dalam surat yang sama, Syabas mengenakan caj tarif air kepada mereka seperti caj tarif yang dikenakan kepada apartment atau kondominium iaitu RM 1.38 setiap metre padu.

Lebih mengecewakan lagi, surat tersebut bertarikh 10 Januari manakala bil air yang terbaru 4 Januari sudah mengenakan caj baru itu kepada penduduk.

"Permintaan kami untuk berjumpa dengan pegawai Syabas bagi berbincang mengenai perkara ini langsung tidak berjaya.

"Jadi kami hanya mampu berhubung dengan pihak Syabas melalui panggilan telefon namun alasan-alasan yang diberikan mereka ternyata tidak munasabah termasuk alasan mereka hanya terima arahan pihak atasan," luah Zulfa Asri.

Mengikut senarai kadar tarif air yang diberikan Syabas kepada Zulfa Asri, kod tarif 17 hanya dikenakan kepada rumah pangsa, apartment atau kondominium yang merupakan rumah selain daripada pangsapuri kos rendah dan rumah-rumah kos rendah.

Kod tarif 17 mengenakan caj RM 1.38 setiap metre padu.

Manakala, pangsapuri-pangsapuri kos rendah dan rumah-rumah pangsa kos rendah pula dikenakan tarif air mengikut kod tarif 18 iaitu RM 0.80 bagi setiap meter padu.

Susulan kenaikan secara mengejut itu, penduduk juga menulis surat kepada Syabas bertarikh 10 Januari bagi menyatakan bantahan terhadap tarif tersebut yang disifatkan membebankan penduduk yang rata-rata berpendapatan sederhana.

Ketika dihubungi untuk penjelasan, seorang pegawai di Bahagian Hah Ehwal Korporat Syabas berkata syarikat itu enggan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa kini.


Sumber: Selangorku

Tiada ulasan:

Nuffnang