Khamis, 20 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jenayah kini di mana-mana

Posted: 19 Dec 2012 11:58 PM PST



20 Dis 2012 - Budak disamun dalam surau : Biarpun berada dalam surau, seorang kanak-kanak lelaki masih menjadi mangsa jenayah apabila dia bukan saja dipukul sebaliknya turut disamun dua lelaki dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Mohd Fairuez Irwan Shah, 11, bukan saja cedera di kepala sebaliknya kehilangan telefon bimbit yang dihadiahkan bapanya, Zulkifli Ibrahim, 49, sempena hari lahirnya pada tahun lalu.

Ketika kejadian, Fairuez menunggu di surau berkenaan bagi menunaikan solat Zuhur. Anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia dan ahli keluarganya dididik bapa supaya menunaikan solat di surau atau masjid sejak berumur 10 tahun. Menceritakan semula kejadian itu, Fairuez berkata, dia yang menunggu masuk waktu solat didatangi dua lelaki berusia 20-an.

"Saya kenal seorang saja..lagi seorang saya tidak kenal. Sebaik datang, mereka rampas telefon bimbit saya. Belum sempat berkata apa-apa, lelaki itu menumbuk dan memukul saya.

"Mereka mengarahkan saya supaya pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Fairuez berkata, dia memaklumkan kejadian itu kepada abangnya selepas pulang ke rumah manakala bapanya mengetahui kejadian itu selepas pulang dari tempat kerja jam 11 malam.

"Saya dibawa ayah ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Katanya, akibat kejadian itu, dia kini trauma untuk pergi ke surau atau masjid sendirian.

"Namun, jika ditemani ahli keluarga atau ayah, saya akan pergi," katanya. Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Ceramah Motivasi dan Kutipan Tabung Gaza

Posted: 19 Dec 2012 07:09 PM PST



CERAMAH MOTIVASI DAN KUTIPAN TABUNG GAZA
Tarikh : 25 Dis 2012, Selasa
Masa : 11 pagi
Tempat : Masjid Jamek Tanah Datar, Chengkau (tepi jalan utama Rembau-Tampin)
Penceramah : Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Astro Oasis)

Turut diadakan pameran Palestin dan kutipan tabung misi kemanusiaan Gaza serta jualan amal oleh Aqsa Syarif.

Jamuan makan tengahari masakan kenduri kampung turut disediakan selepas solat Zuhr.

Semua dijemput hadir - Untuk maklumat lanjut sila hubungi Encik Kasbi 019-2084969

Anjuran : Jawatankuasa Perkuburan Islam Kariah Tanah Datar.

Tiada ulasan:

Nuffnang