Khamis, 20 Disember 2012

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE

Dr. Boo Cheng Hau's Trilingual Blog: SAY WHAT YOU LIKE


Ucapan Perbahasan Bajet 2013

Posted: 20 Dec 2012 12:48 AM PST


Ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2013 Dr. Boo Cheng Hau ADUN Skudai merangkap Ketua Pembangkang DUN Johor pada 10 Disember 2012

Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Speaker kerana diberikan peluang untuk berbahas berkenaan Bajet Negeri Johor 2013.

PENDAHULUAN

YB Dato' Speaker,

Prestasi Ekonomi Negeri Johor dan Iskandar Malaysia

Pada tahun 2009 ekonomi Negeri Johor berasaskan KDNK menuncup -4.0%; KDNK per kaipta  menguncup dengan kadar yang amat membimbangkan,  iaitu sebanyak -12.5% dan KDNK per kapita berasaskan pariti kuasa beli menurun sebanyak -18.0%.

KDNK Negeri Johor pada tahun 2010 melonjat 9.3 %, KDNK per kapita dan KDNK per kapita berasaskan pariti kuasabeli melonjak sebanyak 12.0% dan 21.2%. KDNK Negeri bertumbuh sebanyak 5.9% pada tahun 2011.
kelonjakan pertumbuhan ekonomi ini disebabkan penguncupan ekonomi pada tahun 2009 dan cuma membawa prestasi ekonomi Negeri Johor ke tahap tahun 2008.

Indeks Harga Pengguna Malaysia Oktober 2012 (Kemaskini: 23/11/2012, Jabatan Perangkaan Malaysia)

Walaupun  KDNK Negeri Johor meningkat sebanyak 5.9%  pada tahun 2011,  inflasi mengurangkan kemampuan rakyat jelata menikmati pertumbuhan ekonomi.
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012 meningkat sebanyak 1.7% berbanding dengan  tempoh yang sama tahun 2011.  Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012, indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan mencatatkan kenaikan masing-masing sebanyak 2.8 dan 1.3 peratus

Perubahan IHP bagi tempoh Januari - Oktober 2012 / 2011

Kenaikan sebanyak 1.7 peratus dalam IHP adalah disebabkan oleh kenaikan indeks bagi semua kumpulan utama kecuali indeks Komunikasi ( - 0.7 peratus ) dan Pakaian & Kasut ( - 0.5 peratus ).

Kenaikan yang ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol  ( + 2.8 peratus ); bagi IHP makanan, IHP ikan dan makanan laut melambung sebanyak 7.3%.

Oleh itu, salah satu kesan sampingan projek RAPID di Pengerang akan mendesakkan lagi permasalahan kekurangan bekalan makanan laut di Negeri Johorr  sebab Pengerang adalah salah satu tempat pengeluaran ikan dan makanan laut utama di Negeri Johor setakat ini.

Harga ikan dan makan laut dijangka akan melambung di Negeri Johor pada beberapa tahun akan datang.  Harga udang adalah RM 25 hingga 45 sekilogram,  ikan kembung yang paling murah pun mencecah RM 12 sekilogram, ikan bawal RM 45 sekilogram,  sotong RM 18 sekilogram.

Di sebaliknya harga petrol RON 97 RM 2.80 seliter iaitu RM 4 sekilogram.  Oleh itu, sama ada Projek RAPID akan sebenarnya membawa efek ekonomi yang positif perlu dikaji dengan terperinci.

Ucapan Bajet YAB Menteri Besar telah menyatakan bahawa 12 ribu orang nelayan telah menghasilkan 108,000 tan metrik tangkapan ikan laut bernilai RM 509 juta pada tahun 2011.  Dijangka rezeki 3 ribu orang nelayan di Pengerang akan lenyap selepas projek RAPID dimulakan  dan Negeri Johor dijangka akan kehilangan 27,000 tan metric tangkapan ikan laut  yang bernilai  RM 127 juta setahun.

Perkembangan ini bercanggah dengan ucapan YAB Menteri besar bahawa kerajaan negeri berusaha membangunkan projek perikanan berpontensi tinggi.

Kenaikan harga keperluan seharian telah membebankan semua kalangan masyarakat. Kenaikan harga  lain  di antara 0.8 dan 3.0 % termasuk  perumahan, air, Elektrik, gas  dan bahan api Lain,  pengangkutan, pendidikan dan lain-lain.

Indeks Harga Pengguna atau inflasi dan harga rumah yang melambung telah membayangkan rakyat jelata gagal menikmaiti pertumbuhan ekonomi yang dihebah-heburkan.

Usaha Membina Rumah Mampu Milik
Y.B. Dato' Speaker,

Harga hartanah di persekitaran Iskandar Malaysia telah melambung sebanyak 30 % hingga 100%  pada 3 tahun yang lalu,  khasnya di Nusajaya pelabur asing telah membeli sebanyak 70% hartanah di pasaran.

Menurut  Penilaian Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Harta Laporan Pasaran Hartanah 2011, semua Indeks Harga Rumah melonjak kepada 156.9 mata dalam suku keempat 2011 berbanding 147.2 mata yang dicatatkan pada suku ke-4,  2010.

Walau bagaimanapun Statistik rasmi menunjukkan bahawa hanya 2.4% (bernilai RM1.45bil) urus niaga yang dijalankan dalam sektor kediaman tahun lepas bernilai RM1 juta dan lebih .

Oleh itu, sama ada pelaksanaan harga lantai dari RM 500 ribu kepada tahap yang lebih tinggi  dijangka mempunyai kesan positif  ke atas  pasaran hartanah setempat atau projek-projek perumahan mampu milik yang lebih agresif akan membawa maanfat terbesar kepada warga tempatan seharusnya dikaji secara menyeluruh.

Walalupun antara tahun 2008 dan 2012 Pejabat Menteri Besar elah memperuntukkan RM 8.9 juta untuk Program Bantuan Rumah yang melibatkan pembinaan baru 292 rumah dan baik pulih 124 rmah. usaha ini perlu dipertingkatkan melalui badan perumahan berkanun kerajaan.

Syarikat berkaitan kerajaan persekutuan dan negeri termasuk Syarikat Perumahan Nasional Berhad SPNB dan JCorp sepatutnya memainkan peranan yang lebih pro-aktif dalam usaha membina rumah dan rumah kedai mampu milik khasnya atas tanah milik JCorp dan kerajaan negeri yang masih ada. 

Kayakinan bisines atau Business Confidence
Keyakinan bisines atau Business Confidence Malaysia (www.tradingeconomics.com) menurun dari 109.6 pada January 2010  merosot kepada 96.0 pada  Oktober tahun ini.
Meneurut CPI , walaupun kedudukan Malaysia menaik ke tempat ke-54  antara 176 negara dari ke-60 antara 183 negara pada tahun 2011, tetapi keadaan indeks persepsi rasuah Malaysia adalah lebih teruk berbanding dengan negara-negara kurang maju  seumpamanya,  Rwanda (50), Bhutan (33) and Botswana (30), dan negara-negara industri baru Asia termasuk  South Korea (45), Taiwan (37), Hong Kong (14) and Singapore (5).
Keadaan yang membimbangkan adalah  menurut Kajian Pandangan Pambayar Rasuah Transparency International, 50% responden mengakui bahawa mereka gagal mendapatkan kontrak atau bisines baru disebabkan pesaing lain telah membayar rasuah untuk memdapatkan kontrak. Persepsi rasuah ini telah menjejaskan keyakinan pelabur kepada Malaysia dan Iskandar Malaysia.

YB Dato'Speaker,
Menurut statistik terbaru Jabatan Perangkaan, di antara Januari dan Oktober 2012, berasaskan bulan ke bulan, eksport naik 1.8% atau RM1.1 bilion walau bagaimanapun, dalam terma pelarasan musim, eksport turun 2.9%.
Berasaskan bulan ke bulan, import menguncup 3.8% atau RM2.0 bilion; dalam terma pelarasan musim, import jatuh 8.2%.
Berasaskan tahun ke tahun, eksport berkurang 3.2% atau RM2.1 bilion kepada RM61.3 bilion.
Berasaskan tahun ke tahun, import meningkat 5.7% atau RM2.8 bilion kepada RM51.7 bilion.
Jumlah perdagangan Malaysia pada bulan Oktober 2012 bernilai RM113.0 bilion, lebihan dagangan bernilai RM9.6 bilion direkodkan pada bulan Oktober 2012.
Walaupun lebihan dagangan ini meningkat 48.1% daripada RM6.5 bilion yang telah direkodkan pada bulan lalu. Namun begitu, berbanding tahun lepas, ia merosot 33.5%.
Oleh itu, pertumbuhan ekonomi pada tahun 2012 dan 2013 tidak menentu lagi bagi Malaysia dan Negeri Johor.

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) terdiri daripada indeks pengeluaran tempatan, import dan ekonomi domestik

Pada Oktober 2012, IHPR bagi ekonomi domestik turun 1.5 %. Ini disebabkan oleh penurunan IHPR bagi pengeluaran tempatan sebanyak  2.1%, indeks harga import sebanyak  0.1 peratus.
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan  indeks ekonomi domestik turun sebanyak  -2.7 %,  indeks pengeluaran tempatan jatuh -3.8 % dan indeks harga import susut  -0.1%.
Oleh itu, untuk membawa Negeri Johor dan Malaysia ke tahap pembangunan negara maju, kerajaan  perlu meyakinkan para pelabur domestik dan asing dengan keazaman menghapuskan rasuah di dua-dua bidang awam dan swasta, malahan mempertingkatkan  produktiviti industri.

Y.B. Dato' Speaker,

Pada tahun 2011, FDI Net Inflows adalah 3.3% KDNK, tetapi FDI Net Outflowsadalah 6.8% GDP, yakni modal pelaburan asing bersih  adalah negatif.
Oleh itu, persepsi rasuah sewajarnya diperbaiki khasnya untuk meyakinkan para pelabur dan rakyat jelata bahawa Kerajaan berazam membersihkan imej negatif disebabkan masalah rasuah.

Guna Tenaga Kurang Mampan

Walaupun sebanyak RM 33 billion modal pelaburan telah disumbangkan oleh 61% pelaburan asing dan 39% pelabur tempatan di Negeri Johor sejak 2008, dan 82,000 pelaung pekerjaan dihasilkan, guna tenaga yang lebih mampan  dan taraf kepuasan terhadap gaji masih belum tercapai sebarang kejayaan.

Warga asing adalah 15% dari bilangan penduduk Johor yang kebanyakan melibatkan diri dalam sektor swasta sebagai buruh. Di sebaliknya, kadar penyertaan tenaga buruh dari warga Johor  adalah 62.3%, kalangan lelaki 80.7% dan wanita 42.8% sahaja pada tahun 2010. Ini bermakna taraf kadar penyertaan tenaga buruh kurang memuaskan khasnya antara kaum wanita.

Negeri Johor akan  dapat mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing jika kaum wanita digalakkan menawar diri di pasaran pekerjaan.

Dijangka seramai 542,000 perempuan tempatan dalam lingkungan umur produktif tidak dapat berkerja di Negeri Johor.  Bilangan ini adalah dua kali ganda berbanding dengan 273,000 warga asing di Johor. Untuk menggalakkan kaum wanita berdikari dan memberikan sumbangan kepada ekonomi negara, kebajikan kaum wanita dan kanak-kanak sewajarnya diberikan perhatian yang paling mendesak.

Di negara maju, taska, tadika, sekolah rendah dan menengah adalah di bawah penjagaan kerajan tempatan dan negeri. Ini akan membolehkan kerajaan tempatan membimbing tren pembangunan di bawah kawasan pentadbiran mereka.

Kerajaan negeri Johor sewajarnya mempelapori usaha meluluskan suatu Enakmen supaya tapak tanah akan diperuntukkan di setiap kawasan kediaman dan kawasan komersil untuk tujuan mendirikan taska dan tadika supaya kaum ibu dapat menghantar anak mereka ke taska di bawah penjagaan pengasuh kanak-kanak bertauliah. Selain daripada itu, subsidi pengasuhan kanak-kanak sepatutnya diberikan kepada kaum ibu berkerja untuk meringankan beban keluarga mereka.

Insentif sepatunya diberikan kepada usahawan yang menyediakan kemudahan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak  kepada pekerja  kaum wanita  mereka. Jika sebahagian besar 542,000 kaum wanita dapat bekerja di sektor swasta, ini bukan sahaja akan meningkatkan pendapatan keluarga masing-masing, tetapi juga akan mengurangkan pergantungan ekonomi kita kepada pekerja asing yang seramai 273,000 di Negeri Johor pada tahun 2010.

Oleh yang demikian, selain daripada usaha mengingkatkan modal insan usahawan, peningkatan  kemahiran pekerja-pekerja setempat adalah lebih mustahak sebab bukan semua pihak yang berminat menjadi peniaga. Latihan kemahiran akan bermanfaat kepada lapisan pekerja yang lebih meluas.

Strategi yang lebih realisitik adalah mempertingkatkan kemahiran pekerja setempat serta mengadakan program-program melatih  kaum wanita dan bekas perajurit dan kaki tangan awam  yang ingin menceburi bidang industri swasta.

Pada tahun 2009, hanya  19.1% tenaga buruh berkerja di Negeri Johor mempunyai kelulusan tertiari, 61.8% keleusan sekolah menengah, 16.7 % sekolah rendah. Oleh itu, staregi untuk mempertingkatkan ekonomi Negeri Johor adalah meningkatkan produktiviti tenaga buruh melalui latihan dan pendidikan selanjutnya.

Selain dari itu, YB Dato' Speaker, seramai 248,600 pekerja atau 18.7% tenaga buruh berkhidmat di bidang awam, iaitu bilangan kaki tangan awam di Negeri Johor adalah terlalu tinggi berbanding dengan 10% di peringkat nasional, perlu disalurkan kepada bidang swasta untuk mempercepatkan lagi  pembangunan Iskandar Malaysia. Bekas kaki tangan awam boleh berkerja di bidang swasta di Iskandar Malaysia untuk  mengeratkan perhubungan di antara bidang swasta dan awam dan  mengintegrasikan bisines domestik dan asing.

Pendidikan Tambahan Selain dari "Mainstream"

YB  Dato' Speaker,

Pendidikan dan latihan kemahioran dalah mustahak bagi memajukan masyarkat dan membangun ekonomi negeri Johor. Selama-lama ini prasangka bahawa cuma SJKC dan SJKT terabai dari segi pembangunan oleh kerajaan, malahan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Johor tahun 2011 telah menyatakan bahawa kemudahan infratsruktur sekolah-sekolah agama di Negeri Johor  kurang lengkap dan uzur.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabtan Audit Negara sebab dengan fakta-fakta dikemukakan dalam laporan berkenaan, Jawatankuasa DAP Parlimen Gelang Patah telah buat kali pertama meluluskan sumbangan RM 1 ribu setiap sekolah kepada 2 buah sekolah agama di Kawasan Skudai, 3 buah SJKT dan 8 buah SJKC semasa jamuan malam anjuran DAP Parlimen Gelang Patah pada 28 Okotber lalu.

Saya juga mengucapkan taniah kepada dua-dua  Sekolah Agama, SJKT, 6 SJKC sudi menerima sumbangan DAP.  2 buah SJKC gagal hadir menerima sumbangan DAP kononnya atas ugutan seorang pemimpin MCA di Kawasan Gelang Patah.

Baru-baru ini PAS Kawasan Air Hitam di Kawasan Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran telah memberikan sumbangan RM 500 kepada Sekolah Menengah  Persendirian Tiong Hua Yopng Peng.

YB dato' Speaker,

Saya mengajak semua parti politik bersaing secara positif dengan memberikan itkhtiar dan bantuan kewangan  untuk membangun sekolah dan sistem pendidikan tambahan seumpama SJKC,SJKTdan sekolah agama tanpa kira parti politik dan kuam.

Kita sewajarnya berpolitik secara konstruktif  serta menghargai keamanan, seperti dalam buku  "Stones into Schools" oleh seorang karyawan Amerika Greg Mortenson yang mengatakan "promote peace with books, not bombs" denga izinnya.

Oleh itu, saya telah memimpin 10 ribu penyokong Pakatan Rakyat di Skudai semasa Jamuan 28 Okober berikrar bahawa kami akan menyertai PRU-13 secara aman dan memastikan pilihanraya dijalankan secara bersih dan adil.

Oleh itu, saya mengajak semua Ahli-ahli Dewan ini bersama-sama berikrar negara ini akan memara ke hadapan secara aman dan bangga sebagai  Bangsa Malaysia.


Keadaan Kewangan Kerajaan Negeri

YB Dato' Spekaer,


Kumpulan wang disatukan kerajaan Johor adalah sejumlah RM 505 juta pada tahun 2012 tatapi menurun 10.9% pada tahun 2011 kepada RM 450 juta.

Jumlah pelaburan Kerajaan Negeri menurun sejumlah RM 121 juta atau 25.9% pada tahun 2011.

Dengan penjualan aset SAJH kepada PAAB dengan harga RM 4 billion (4,000 juta), sepatutnya Kerajaan Negeri mempunyai pelaburan yang lebih kukuh.

Pada tahun 2010 hutang awam kerajaan negeri adalah sebanyak RM 1,379 juta dan dijelaskan RM 897 juta pada tahun 2011  dan justeru telah menurun ke RM 482 juta.  Sebahagian hutang dijelaskan dengan penjualan aset SAJH kepada PAAB.

Sebenarnya, selepas menjelaskan hutang RM 897 juta, Kerajaan Negeri sepatutnya   mempunyai baki RM 3,103 juta. Kerajaan Negeri sewajarnya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini:  ke manakah baki RM 3,103 juta dari penjualan aset SAJH selepas menjeaslakn sebahagian hutang kerajaan negeri?

Dan kenapa kemerosotan jumlah pelaburan kerajan negeri masih berlaku ekoran penjualan aset SAJH?


YB Dato' Speaker,

Pada tahun 2011, penurunan hasil kerajaan negeri sebanyak 17.7% atau RM 181.40 juta. Kutipan hasil pada tahun 2010  adalah RM 1,023 juta dan pada tahun 2011 menurun ke RM 841 juta tahun   disebabkan kutipan bukan hasil cukai dan  terimaan bukan hasil menurun.

Kutipan hasil yang berkesan amat penting untuk megurangkan defisit keraajn negeri. Oleh itu, usaha mesti diperitnkatkan untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan negeri Johor.


Perbadanan Johor


YB Dato' Speaker,

Jumlah liabiliti Kumpulan Johor Corporation  telah meningkat dari RM 9,349 juta pada tahun 2010 kepada RM 10,890 juta pada tahun 2011.

Liabililti semasa Kumpulan Perbadanan Johor meningkat dari  RM 3,876 juta pada tahun 2010 kepada RM 6,702 juta pada tahun 2011, tetapi jumlah aset semasa hanya RM 4,461 pada tahun 2010.

Maka jumlah liabiliti bersih semasa Kumpulan perbadanan Johor meningkat dari RM 697 juta pada tahun 2010 kepada RM 2,129 juta pada tahun 2011.

Jumlah liabilit Syarikat induk Perbadanan Johormeningkat semula dari  RM 4,303 juta  pada tahun 2010 kepada RM 4, 802 juta pada tahun 2011, iaitu bertambah  sebanyak 10.4%.   Aset semasa bersih Jcorp pada tahun 2010 RM 410 juta telah menjadi pula   liabiliti semasa bersih –RM 1,956 juta.


YAB Menteri Besar sepatutnya memaklum kepada Dewan yang mulia ini berkenaan penstrukturan semula Johor Corp untuk menyelesaikan liabiliinya. JCorp seharusnya menjelaskan bon sejumlah RM 3.48 billion pada 31 Julai tahun ini.

Jcorp telah menjual sebahagian aset perladangannya termasuk Sindora Bhd kepada Kulim Berhad dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran, dan penstrukturan semula QSR Brands Bhd dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd..

Penjualan aset Jcorp bukan sahaja tidak mengurangkan liabiliti semasa Jcorp, malahan memperlipatgandakan liabiliti semasa JCorp.

Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab  memberikan keterangan kepada Dewan yang mulia ini  apa sebabnya keuntungan dari penjualan aset perladangan Jcorp dan penstrukturan semula QSR Brands dan KFC (Malaysia) Bhd tidak dapat mengurangkan hutang JCorp?


YB Dato'Speaker,

Malangnya, rumah seorang pemimpin Pakatan Rakyat  iaituTimbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah dikenakan bom petrol  disyaki sebab mempertikaikan prosidur Jcorp menstruktur semula QSR dan KFC.

Setakat ini pihak polis belum membuat sebrang tangkapan terhadap kes jenayah yang begitu serius khasnya dengan percubaan membunuh seorang pemimpin pembangkang yang cuma ingin memastikan penstrukturan GLC adalah tulus.

Insiden ini telah menjejaskan keyakinan para pelabur khasnya penstrukturan QSR dan KFC kurang tulus. Dewan yang mulia ini sewajarnya mengambil inisiatif untuk memastikan wakil-wakil rakyat dan para pemimpin politik dapat menjalankan tugas masing-masing dengan selamat.

Dijangka 30% anak syarikat Johor Corp telah menjadi dorman atau tidak beroperasi. Anak-anak syarikat yang dorman dan kurang berprestasi sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran kepada bukan sahaja syarikat tempatan tetapi juga syarikat anatrabangsa jika Iskandar Malaysia ingin dijadikan sebagai tumpuan pelaburan asing dan domestik.

Di sebaliknya jika ada sesetengah pemimpin yang ingin membolot proses penjualan aset atau hak milik GLC, beliau akan menjadi liabiliti kepada kerajaan Negeri Johor dan Iskandar Malaysia sebab para pelabur domestik dan asing meragui ketulusan pentadbiran Kerajaan dengan persepsi rasuah berleluasa di Iskandar Malaysia.

YB Dato' Speaker,

Garis panduan KPKT menyatakan pemancar telekomunikasi setinggi 45 meter dan ke atas mesti dijauhi sekurang-kurangnya 30 meter dari tempat kediaman, 20 meter jika ketinggian pemancar kurang dari 45 meter. Tujuan menghadkan jarak berkenaan bukan disebabkan gelombang telekomunikasi yang belum terbukti berbahaya kepada kesihatan penghuni berhampiran  tetapi jarak tertentu diwajibkan untuk mendirikan oemancar telekomunikasi  dari tempat kediaman dalah mencegah keruntuhan pemancar supaya tidak akan mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

Oleh itu, adalah kurang logik jika pemasangan   pemancar telekomunikasi dibernarkan di padang bola sepak sekolah di man kanak-kanak berkumpul. Pihak PBT dan KPKT sewajarnya meneliti garis panduan berkenaan semula sebab tafsiran garispanduan tersebut telah menglirukan sesetengah PBT dan diabaikan oleh Kementerian Pelajaran.

YB Dato Speaker,

Saya mengucapkan taniah kepada Pemaju dan JKR sebab Jambatn Bertingkat Jalan Pontian dan Taman Impian Emas Skudai telah disiap sedia. Namun beigtu, saya berharap pihak berkuasa akan mempertimbangkan serta merealisasikan cadangan penduduk supaya laluan dari arah ke Jalan Sri Skudai, Taman Sri Skudai didirikan dari Jambatan Bertingkat berkenaan.

YB Dato Speaker,

Permasalahn pemungutan sampah semakin menular di seluruh Negri Johr sejak pemantauna diambil alih oleh KPKT. Maka PBT telah kehilangan kuasa untuk memantau pemungutan sisa pepejal di peringkat tempatan. Sebenarnya sistem demokrasi kita telah berundur dengan merampaskan kuasa asas PBT.

Sekian terima kasih.

Tiada ulasan:

Nuffnang