Jumaat, 9 November 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Lawatan PEKAWANIS Dari Rumah Ke Rumah Di DUN Seri Andalas Sempena Deepavali

Posted: 08 Nov 2012 07:08 PM PST

Pada 7 November yang lalu, PEKAWANIS di DUN Seri Andalas yang diterajui Puan Sheila Devaraj, isteri kepada YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan Encik Nallasamy telah menganjurkan satu program bersempena Deepavali ini.

PEKAWANIS adalah persatuan bagi isteri-isteri ADUN dan ahli Parlimen serta ADUN dan Ahli Parlimen wanita yang berminat menyertainya. 

Matlamat utama PEKAWANIS adalah kebajikan dan perstuan ini juga menguruskan rumah kebajikan di Shah Alam untuk perempuan-perempuan muda yang menghadapi masalah. PEKAWANIS juga menguruskan pusat dialisis di Klang.

Untuk setiap kali perayaan, sebanyak RM3,000 diagihkan kepada wanita / keluarga miskin di kawasan mereka.
Gambar-gambar dibawah ini telah diambil di Taman Maznah, dalam program ini sepuluh orang wanita telah diberi angpow yang berjumlah RM50 setiap satu dan juga goody bag.
 


Dibawah program ini juga, Puan Sheila Devaraj telah menyampaikan angpow kepada 60 orang wanita bersempena perayaan Deepavali ini.

Para sukarelawan telah diminta untuk mengenalpasti wanita-wanita yang layak. Lawatan dari rumah ke rumah telah dibuat, namun disebabkan cuaca yang tidak menentu hanya sepuluh wanita telah berjaya ditemui. Program bersambung pada 8 November 2012.

Kerajaan Negeri Edar Hamper Barangan Makanan Sempena Deepavali

Posted: 08 Nov 2012 02:00 AM PST

Khamis, 8 November 2012, Shah Alam - Kerajaan Selangor telah mengaaih-agih kira-kira 39,000 set hamper barangan makanan untuk diagih-agihkan kepada 56 Dun sempena sambutan deepavali yang akan datang tidak lama lagi.

Purata setiap dun akan menerima dalam 500- 700 set hamper bergantung kepada peratusan populasi masyarakat India yang berpendapatan rendah dan miskin di kawasan dun masing-masing.

Pejabat-pejabat Dun dan Pusat Khidmat rakyat kemudiannya akan mengagih-agihkannya pula kepada masyarakat India setempat.

Stok simpanan barangan tersebut adalah terletak di stor JKR seksyen 17, Shah Alam dimana operasi pengagihan dibuat dari sini.

Kerja-kerja pengagihan dilakukan oleh pegawai-pegawai  dan kakitangan Seksyen Sektoral dan Unit Makro dan Penswastaan , Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Selangor  

EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga pengerusi jawatankuasa tetap Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, YB Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa melihat operasi pengagihan.

Antara kandungan barangan tersebut ialah beras 5 kg, minyak masak 2kg, meehun, tepung muruku, pake-paket kari ayam, kambing serta kari kurma.

Kerajaan Negeri berharap masyarakat India yang berpendapatan rendah dapat memanafaatkan barangan makanan tersebut dalam sambutan Deepavali nanti.





Tahap Pencemaran Sumber Air Selangor Masih Terkawal

Posted: 07 Nov 2012 01:00 AM PST

Tahap pencemaran sumber air Negeri Selangor masih terkawal dengan indeks kualiti Air di tiga sungai utama iaitu Sungai Langat, Sungai Selangor dan Sungai Klang meningkat setiap tahun sejak  2000 hingga 2012.

Indeks Kualiti Air bagi Sungai Langat meningkat daripada 68 kepada 76 walaupun masih berada kelas ketiga dalam kategori sederhana tercemar. Sungai Selangor pula meningkat daripada 81 kepada 86 pada kelas kedua dalam kategori bersih manakala Sungai Klang meningkat daripada 53 dalam kategori tercemar kepada 72 dalam kategori sederhana tercemar.

Sepanjang 2010 hingga Oktober 2012, sebanyak 19 kes pencemaran sumber air yang menyebabkan henti tugas loji pembersihan air direkodkan. Kes-kes ini melibatkan pencemaran daripada pelbagai sumber seperti kilang, tapak pelupusan sampah, kuari dan kejadian alam semula jadi.

Antara sumber utama yang mencemarkan sungai selangor adalah daripada tumpahan minyak daripada kilang-kilang dan sekurang-kurang 2 kilang termasuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham telah diambil tindakan oleh kerajaan negeri dengan meminta jabatan peguam negara untuk mendakwa syarikat yang terbabit di mahkamah.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap kesalahan pencemaran sumber air Negeri Selangor menerusi dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Selangor dan Pasukan Petugas Mengawal Pencemaran.

Bagi kes kecemasan seperti pencemaran yang menyebabkan henti tugas loji, tindakan serta merta akan diambil melalui Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menangani sebarang kes pencemaran.

Secara amnya, pencemaran sumber air adalah disebabkan ketidakpatuhan dan pelanggaran kepada peraturan sedia ada oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. Setiap kes pencemaran diberi perhatian dan tindakan segera oleh LUAS supaya ia tidak menjejaskan keperluan masyarakat.

YB ELIZABETH WONG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor

Tiada ulasan:

Nuffnang