Jumaat, 9 November 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


HAMPIR RM10 JUTA UNTUK BAIKPULIH RUMAH-RUMAH DIBINA DI BAWAH BARISAN NASIONAL.

Posted: 08 Nov 2012 11:08 PM PST

Terdapat pemimpin2 BN yang mendakwa tidak ada Rumah Kos Rendah yang dibina di Selangor pada zaman Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa hanya di bawah pentadbiran mereka beribu-ribu Rumah Kos Rendah telah dibina.

Tetapi statistik yang didedahkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini menunjukkan dakwaan ini tidak benar. 

Kerajaan Negeri tidak pernah menafikan bahawa terdapat Rumah Kos Rendah yang telah dibina di bwh BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat tidak seperti pemimpin BN yang sentiasa menidakkan segala pencapaian Kerajaan Negeri walaupun ianya jelas di hadapan mata mereka.

Walau bagaimanapun adalah satu kenyataan bahawa Rumah Kos Rendah yang dibina pada zaman BN, hari ini dibelenggu dengan pelbagai masalah.

Di antara masalah-masalah tersebut adalah lif yg rosak, bumbung yang bocor, tangki air yang bocor, paip yang tersumbat, kemudahan awam yang tidak disediakan dan bangunan yang mulai usang.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah pada bulan Disember 2010 mewujudkan satu program utk membaikpulih kediaman-kediaman itu melalui kaedah perkongsian kos.

Program ini dinamakan Program Baikpulih Negeri Berkebajikan atau CERIA.

Di bawah program ini, Kerajaan Negeri akan menanggung 80 peratus dari kos baikpulih sementara penduduk menanggung 20 peratus. 

Bahagian penduduk ini pula boleh dibayar secara ansuran.

Oleh kerana permintaan orang ramai, program ini juga telah dibuka kepada pangsapuri kos sederhana di mana perkongsian kos di antara kerajaan dan penduduk adalah 60 : 40.

Sehingga hari ini, hampir RM10 juta telah diperuntukan dan melibatkan lebih 70 kawasan pangsapuri.

Bilangan yang tinggi ini mungkin disebabkan kerana program Setinggan Sifar Kerajaan Barisan Nasional senelum ini di mana pangsapuri-pangsapuri kos rendah telah dibina dengan tergesa-gesa. 

Akibatnya adalah kediaman-kediaman yang rendah kualitinya telah dibina.

Kerajaan Negeri sentiasa berlaku adil di dalam memilih kawasan-kawasan pangsapuri yang hendak dibaikpulih.

Pemilihan di buat di atas faktor2 keperluan dan jenis kerosakan yang berlaku.

Kerajaan Negeri membaikpulih tanpa mengira sama ada penduduk  pangsapuri itu menyokong kerajaan atau tidak.

Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri berharap agar penduduk yang terlibat akan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri yang mahu membantu mereka.

Ini ialah kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menggunakan samseng-samseng untuk menghalang kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja membaikpulih.

Terdapat juga mereka yang menghasut penduduk agar tidak menerima tawaran di bawah program CERIA itu.

Program CERIA adalah untuk kepentingan rakyat dan tidak seharusnya dipolitikkan.

Iskandar A. Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
9 November 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang