Isnin, 5 November 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Lawatan Mangsa Banjir Dengkil

Posted: 05 Nov 2012 06:08 AM PST

Isnin 5 November, 2012 Pekan Dengkil, Selangor

EXCO Kerajaan Negeri Selangor , YB Dr. Xavier Jayakumar telah meluangkan masa melawat mangsa-mangsa banjir yang dipindahkan ke dewan orangramai pekan Dengkil dan dewan orang ramai Desa Gemilang, Dengkil, Selangor.

Dewan Orangramai Pekan Dengkil merupakan pusat operasi utama pemindahan mangsa-mangsa banjir

Taklimat ringkas operasi menyelamat dan penempatan mangsa banjir telah diberikan oleh Pegawai Daerah Sepang, Haris Bin Kassim yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa bencana alam daerah.  Turut hadir ialah Haji Borhan Aman Shah, penyelaras pusat khidmat masyarakat Dun Dengkil.

Setakat laporan ini ditulis, kira-kira 800 orang sekitar kawasan Dengkil telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan.

Dr. Xavier juga dibawa melihat kawasan-kawasan yang dinaiki air di kawasan Kampung Ampar Tenang, rumah pangsa Taman Permata dan kawasan berdekatan.

Dalam taklimat itu juga Dr. Xavier merakam rasa terima kasih Kerajaan Negeri kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam serta pihak Polis serta Majlis Perbandaran Sepang yang telah bersiap sedia 24 jam untuk menghulurkan bantuan kemanusian.

Ujarnya lagi beliau merasa risau kerana berdasarkan ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia ( Ramalan Cuaca) bahawa hujan dijangka akan berterusan selama 7 hari lagi dan ini memerlukan pihak-pihak terlibat untuk menyediakan lebih banyak pusat-pusat pemindahan bagi menenmpatkan lebih ramai mangsa-mangsa banjir dalam beberapa hari nanti. 

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas Kepada
YB Dr. Xavier Jayakumar




EXCO Negeri Selangor 

Tiada ulasan:

Nuffnang